SENANG CARI

29 October 2011

SESI MENGGUNTING

salam...

hari ni kita layan cerita nabila lagi.
kisah potong rambut....rimas tengok rambut dah masuk mata.serabai.
so lunch break Jumaat (28.10.11) bawa dia ke kedai gunting auntie winnie...abah pun nak potong rambut jugak.rambut abah hanya boleh dipotong oleh auntie winnie..org lain buat tak jadi.so nabila pun dah jadi pelanggan setia kat sini.
habis digeledahnya drawer orang...ish.....

dah nama pun pelanggan setia...kedai orang dibuatnya macam rumah dia.siap gunting rambut habis satu kedai dijelajah sementara tunggu abah siap.bila tengok abah basuh rambut dia pun nak jugak.
best??

macam kena pasung daaa....

auntie basuh tipu2 ja..just bagi basah.
gaya macam budak besaq...

dah basah kena la blow kan...
terjelir2 lidah kontrol ayu.

menghayati sungguh la...

dah siap sila bayar sendiri okay....(duit minta kat abah).
terima kasih auntie...nanti nabila mai kacau lagi.

semua RM13 ja....
dapat hadiah maruku plk tu..


28 October 2011

AKU GILA HAMPER

salam Jumaat...


jom layan cerita baru ni..
terakam pada jam 1 pagi tadi.

tahniah!!!!
saya adalah pemenang pertandingan pakaian beragam
dengan tema
"tanpa BAJU"

abah buka reben ja tau....yang lebih tu nabila buat

ish....ish..ish....
abah ni kacau laaaa...
dah la selotep banyak sangat ni.

kih...kih...kih.....abah ni lawak la.....
nak buka hamper pun slow.

heeee..........agak2 tahun depan baby boleh menang lagi dak?


****hamper tu sebenarnya abahnya bawa balik hari Ahad baru2 ni..dapat masa program kenduri dengan Sinar Harian kat Perak.dok tunggu hari nak suruh nabila buka.bukan apa...saja suka tgk dia excited dapat hadiah****

27 October 2011

RM 970

salam..

senang saja duit keluar kan?
mujur berpunca dari diri sendirikalau org lain yg buat hal mesti ralat.

what was that RM 970 for?
my i10 la.....
tukar tayar dgn rim sekali.
bukan saja2 gatal tangan nak rim lawa tapi dah terpaksa.
lebih sebulan lepas terlanggar lubang kat tepi jalan...terus bengkok rim depan kiri.dahla tayar belah situ ngok ngek.asyik hilang angin ja.memang pernah kena paku tapi kat tempat tampal tu elok ja.bila g check tak jumpa bocor pun..3,4 kali pi baru dapat...kecik sesangat lubangnya.bila rim bengkok tayar pun pancit sekali.
oleh kerana masa tu agak kering,just repair saja rim & ganti tayar 2nd.drive memang tak sedaplah kan.kereta baru (tak sampai setahun) tapi bila drive rasa macam kereta 10 tahun.

sejak minggu ni rasa macam tak balance (tayar gelong) bila bawa slow.SU belek2 barulah terperasan tayar 2nd tu dak teramat botak.nak nampak benang dalam tu dah......fuh!!!!sib baik tak meletup masa kat jalan.dahla masing2 drive macam ribut. 3 tayar lagi pun botak jugak.walaupun tak teruk sangat tapi dah sampai tahap kena tukar.
makanya....memikirkan keselamatan kenalah keluarkan jugak budget utk i10 ni....no compromise for any car defect okay...

lunch break tadi melepakla kat kedai tayar member SU selama satu jam setengah.
balik tu rasa macam drive kereta baru...hihi...ringan ja.
mahai laaa benda alah ni


****ingatkan kena keluar dalam 5 atau 6 ratus ja...hmmmm****
****kan elok kalau ada jual rim sebiji2...takyah nak beli 4 sekali gus****
****bila tayar elok minyak pun jimat****

26 October 2011

COLOUR OF THE SKY

salam...
fenomena selepas hujan..
view dari depan klinik petang tadi.
(tiap2 petang hujan maaaa.....best tidoq)

ada dua pelangi....yg kanan blur sikit.


*****sila tulis warna pelangi mengikut susunan.......sapa pandai?*****

25 October 2011

SUBUR & SIHAT

salam..
ingat entry kat bawah ttg pokok melur saya yang kena pangkas?
pagi tadi sebelum pergi kerja saya jenguk2 batang yg tinggal tu.
alhamdulillah....ada tunas.

moga terus membesar tanpa gangguan selepas ni.


sedikit cerita tentang nabila.
sekarang dah tak boleh panggil bambam sebab dah tak tembam.kakaknya ejek..."nabila kurus".
sejak lepas demam hari tu dia dah kurang susu.sehari nak habis sebotol pun susah.suruh minum dalam cawan pun tak mau jugak.
bila kurang susu berat badan pun turun.mujur juga selera ke benda lain tak terjejas.

ni gambar pagi tadi masa nak pergi sekolah.
macam biasa sembang2 dulu...entah apa dia kata wallahualam.
babai abah ikut tingkap....abah sakit kaki.takleh keluar. 

baju lama pun nampak ok lagi
mulut herot2 tu sebab tengah menyanyi.dia ingat saya rakam...beria pulun menyanyi.
gila nanyi budak ni sekarang..



***ahad minggu depan ada pemeriksaan gigi untuk anak2 istimewa ni...cemanalah agaknya nabila punya reaksi...jgn dia yg jadi doktor gigi udah ler..

24 October 2011

THE LONGEST SO FAR

salam..

hari ni saya remove IUCD (intrauterine contraceptive device) yang dah 19 tahun terpasang kat dalam rahim...
tersuspen sekejap sebab lama sangat..biasanya 3 tahun ja.paling lama 5 tahun.

scan dulu...nampak.

speculum examination...ada benang.

removed.....mujur senang.
bleeding sikit.tak pa lah...expected since patient dah menopause.
alhamdulillah.


iucd en google.
biasanya kita guna yg melengkung tu (atas).


20 October 2011

KAU YANG KU SAYANG

salam.
sekarang musim hujan kat utara ni.tiap2 petang hujan.bila hujan bisnes pun jadi macam tanah kena air jugakla.tapi saya tak kisah sgt sebab saya tak payah nak susah2 siram pokok.jimat tenaga.jimat bil air.
setakat mana kamu sayangkan pokok yang kamu tanam?
hanya org yg suka tanam pokok ja yg faham.
last week kawan saya datang mesin rumput kat rumah.dek kerana hari tu saya kerja saya pesan kat SU suruh bgtau org tu jgn kacau bahagian depan.sebabnya kat situ ada pokok2 kecik yg saya yakin akan kena cantas kalau member ni mesin rumput.pokok mangga yang tinggi pun kena inikan plk pokok2 kecik tu.so SU pun bgtau la kat kawan ni.

malam bila balik kerja saya tengok area tu dah kena mesin....ish!!!!!....sakit jiwa betoi....& exactly like I thot...memang dua pokok yg dok agak akan kena tu mmg kena.satu hilang terus dari pandangan...harap2nya adalah tunas dia menjenguk nanti.
satu lagi pokok melur ni...

pelik jugak.takkan batang tinggi ni dia tak perasan.pokok ni adaah melur jenis 7 lapis.saya ambik dari staff saya masa keja gomen dulu.dah berpindah banyak tempat.kat rumah ni dia dah mula berdaun lebat kat pangkal batang tu.sekali tengok dah gonjeng macam ni.

hari ni saya belek2 adalah nampak tunas.dengan hujan tiap2 hari ni saya harap sgt dia tumbuh balik....sayang giler dgn pokok ni.
nak marah pun tak boleh...kawan...



yg ni bunga raya daun putih hijau...cantik kalau merimbun.dah banyak daun sebenarnya.tapi jiran sebelah plk pi racun laman dia...tempias racun tu kena pokok ni.luruh setengah daun.so saya ubah ke tengah sikit.ada tunas baru..insyaAllah selamat.


ni pokok apa ntah.saya panggil pokok Tharapark sebab masa pi kat hotel Tharapark View Thailand tengok depa tanam pokok ni sepanjang laluan....cantik.saya beli masa pesta Peladang.sepokok RM12...kecik ja masa tu.dah tinggi ni malas plk nak bebunga.suka bunga dia...wangi sangat.
tepi2 tu ada pokok rambutan & cempedak.saja ja semai.sekali meninggi plk.rambutan tu bolehla tanam kat depan.yang cempedak tu saya tak tau nak letak kat mana.rasa macam nak tanam tepi padang depan rumah tu ja....agak2 bandaran marah tak?



pokok jagung ni saya tanam 5 lubang.satu ja yang tumbuh...4 lagi jadi habuan semut kot.tapi yg satu ni pun ok jugak tengok...gemuk ja.harap2 adalah hasilnya nanti.boleh recycle buat benih baru.


ada lagi pokok2 kat tepi rumah lagi satu...nantilah kita tengok kemudian k...
saya main tanam ja..tak dak susunan lagi.just nak bagi hidup dulu.nanti2 baru ubah suai bagi lawa.....bila masa nak siap wallahualam..


18 October 2011

JANGAN INGAT NAK CANTIK SAJA

salam..

untuk yang suka kaler-kaler rambut.....hati-hati.
google pic

saya suka juga tengok rambut yang dah dikalerkan..merah2 sikit tu lawa.
tapi mesti kena dgn kulit org tu laa...kalau kulit gelap rambut perang semacam pun pelik gak..nampak macam orang tak cukup zat ja.
cuma kita yang Islam ni janganlah sampai gunakan bahan2 yang boleh menyekat air dari sampai ke rambut..tak sah solat nanti.
orang Melayu cantik ja dengan rambut hitam..tapi rambut saya tak hitam sangat.mungkin masa kecik malnourished.almaklum orang susah.so far tak pernah lagi nak kalerkan rambut & insyaAllah tak akan buat sebab tak minat.sekadar suka tengok rambut orang ja.


kenapa dengan statement kat atas tu??
baca ni


dari page yahoo..

Tragedy as teenage girl dies minutes after applying hair dye


****kisah yang hampir sama di SINI (tapi dah agak lama berlaku)

 

 

****baca arahan pada kotak..ikut dengan betul.sesetengah bahan kimia boleh menyebabkan alahan kepada orang yg tertentu.hanya melalui serapan dari kulit ia mampu mengundang padah..

BAYI DIKELAR

salam..

berita tragis lagi..
apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang ni?
hilang pegangan agama...hilang perikemanusiaan.
zaman akan datang macam manalah agaknya.....



berita diambil dari metro online.
cerita lain boleh baca di sini...

nak lebih detail?
....belilah paper.

17 October 2011

KEMENGANTUKAN

salam..

hari ni adalah hari yang sgt memengantukkan (bahasa apa ntah la) buat saya...baru ja mengata nabila marathon tidoq...hari ni berjangkit kat saya plk.
mula malam tadi lagi.pukul 10 lebih dah drowsy.nak buat kerja tapi nabila ajak main dgn dengan dia.layan dia main sat ja...nampak dia menguap terus ajak dia masuk bilik.
tak lama pun...saya yg terlena dulu.sedar2 pk 12 lebih...terus sambung dalam bilik sendiri sampai pagi...
pagi ni & in fact seharian ni dok mengantuk lagi.....kena badi nabila ka ni???


nabila plk ok ja hari ni...cergas.tambah cergas sebab dapat elaun tadi masa kat sekolah..biasalah..umie simpan.
budak ni sekarang dah kurang minum susu.nak dapat 2 botol sehari pun susah.badan pun dah susut.benda2 lain makan macam biasa tapi bila susu kurang otomatik badan jadi kurus sikit.dah nak kena start supplement ni.
tapi saya suka dia slim sikit..nampak lg comel & yg penting tak berat sangat nak dokong.


16 October 2011

ALKISAHNYA...NABILA LAGI

salam..

kembali kerja hari ni.
sakit kepala pasai pa ntah...terkena virus2 yg dibawa pengunjung ke sini kot.
tak pa lah...janji tak demam.tak suka demam sebab badan jadi lesu & malas nak bergerak.
banyak keja nak buat.


hari ni nabila ke sekolah dgn riang ria.dia ni kadang2 ok...kadang2 moody semacam ja.siap buat manja2 nak suruh kita tunggu kat sekolah...tapi mana boleh layankan...umienya kerja.
kemarin seharian dia buat marathon tidoq.apa kes tak taulah.nak kata tak cukup tidur sebelum tu pun tak jugak.
pagi2 saya buka pintu bilik dia, tengok dia tersadai dalam bilik mandi sorang2...air paip terbuka.pampers kat depan pintu...dia dok meniarap menikmati air paip tu.....tak taulah dari pukul berapa dia berendam.kakaknya dok sedap lena g.dek sebab saya nak siapkan barang nak balik kampung saya suruh kakaknya mandikan.
lepas mandi dia bantai lena lagi.kata nurul masa tgh mandi pun dia terlelap.
dah tu sepanjang jalan pergi balik ke kampung pun dia pulun lena lagi.macam org mabuk ja.
kot malam nak tidur lewat...tapi pukul 10 lebih dia dah menguap2.....so bg tidur awal jugak.


pagi ni bila kejut nak g sekolah dia senang terjaga...tersengih2 ja.
sampai sekolah pun ok sebab buah hati dia ada....hehe...buah hati dia kecik ja lagi.uwais namanya.anak penyelia kat situ.umur lebih kurang 3 tahun.kalau banyak hari tak jumpa siap peluk cium lagi...kawan baik dia farah pun ada.
dah sampai tak mau masuk kelas.nak main buaian dulu....pandai2 la cikgu pujuk masuk ek...umie nak masuk kerja dulu.
saja buat muka pelik.

**abah sakit kaki...dah seminggu.start dari ambil gambar kursus marshall hari tu.
   



14 October 2011

CERITA CERITI

salam..

sudah kurang sibuk hari ni...alhamdulillah.
sekarang dalam fasa serabut kepala @ serabut milo.
sebab kena kumpul duit bayar segala bagai bil & hutang (tiap2 bulan pun sama ja),untuk kenduri bulan sebelas (tak sampai sebulan lagi!!!)...kenduri apa akan diceritakan nanti...
kemudian duit untuk ronda2 Siam hujung bulan 12 (yang ni sengaja cari pasai nak habiskan duit..).moga2 semuanya dapat dicover dengan sempurna.
kadang2 terfikir gak...kerja makan gaji lagi senang sebab dah tau hujung bulan dapat berapa.kerja sendiri ni belum tentu lagi...hari ok oklah...hari tak ok..mmm....alhamdulillah saja la kan..

cerita hujung bulan 12 nanti....alhamdulillah setakat ni kuota 15 family dah penuh.in fact dah terlebih pun.moga cuaca baik pada masa tu.sekarang kan tengah banjir besar kat Bangkok..banjir terburuk khabarnya..risau jugak la...tapi SU kata.."bukan nak pi la ni"...
gambar dari page yahoo news.

tadi kelebek2 map Thailand..nak tgk juga jarak tempat banjir tu....

nuuuuunnn...jauh wei.....alhamdulillah.
janganla dia menuruni kawasan pada hujung tahun nanti.tak sanggup nak redah banjir...fobia.dah terkena tahun lepas memang tak mau rasa dah...gerun.dah la tak pandai berenang.

ceritanya boleh baca sini.....

moga semuanya dimudahkan Allah......amin.


12 October 2011

??

salam....

SIBUK...................



10 October 2011

BIBIKKU

salam di pagi Isnin....

saya ada bibik baru hari ni..

dia marah bila umie ambik gambar.

moga besar nanti maintain rajin yer....


mmmm......orang mengiron dia pun sibuk nak buat juga..mula2 baju dia ja.pastu habis baju umie dgn abah di ironnya....tapi iron tak panas la...training katanya kan..


09 October 2011

SABTUKU

salam..

just back from kampung this morning...terus hantar nabila ke sekolah,nurul ke rumah (cuti bebudak PMR.....hari ni ada sekolah tp dia tak mau pi sebab cikgu tak ajar katanya.Selasa baru start sekolah macam biasa semula) & I'm back to work.
SU masih di Alor Setar menjalankan tugasnya....ambil gambar utk kursus Marsyal.hari ni last..malam baru sampai rumah kot.


last nite tidur kat kampung...best sejuk ja.hujan plk tu.tapi awal tu tak de letrik sebab fius utama meletup.habis sekampung bergelap..jenuh jugak la menunggu.pkl 11 lebih baru ada.
......alangkah bagusnya kalau hari ni cuti.....boleh sambung lepak kat kampung.




****hairan ada orang tak suka balik kampung.....

 

08 October 2011

MAKAN & TEBUS

salam.

makan...pastu dapat hadiah.
sapa tak suka kan?

saya pun nak..tambah2 lagi kalau suruh makan coklat.

sapa nak join klik link CADBURY ni.


jom ramai2 beli  ZIP CADBURY.lagi banyak makan lagi best hadiahnya.
ada masa sampai hujung tahun.
jangan lupa gosok gigi lepas makan coklat.

nabila takleh makan ni...
umie dgn abah ja...hehe...



07 October 2011

BAJET 2012

salam.

bajet 2012 dah siap dibentangkan tadi.saya tak tengok pun.not interested sebab rasa macam takdak direct effect kepada kehidupan seharian saya.
masa kerja gomen dulu tunggula jugak sebab nak tau berapa bonus boleh dapat.
btw...tahniah kepada yg akan terima bonus nanti...sikit atau banyak jangan dipersoalkan.bersyukur apa yang dapat.

dah baca secara ringkas ttg bajet tadi kat blog GTO...cepat betoi dia update.
yang saya suka satu ja...yuran persekolahan dimansuhkan...thank you PM.
cuma harap2nya janganlah cikgu2 minta macam2 bayaran atas nama yuran lain bila dah start sekolah nanti...selalunya macam tu lah.

apa2 pun esok kena beli paper jugak.....esok cuti tapi kena keluar awal coz paper mesti habis cepat.