SENANG CARI

30 September 2011

JANGAN MAKAN KARBAID

salam.

untuk semua penggemar buah....
rajin2kan diri menanam sendiri pokok buah2an yg anda suka.
(buah2 import tak termasuk dalam cerita ni).


masa kecik2 dulu pernah tengok bapa saya guna karbaid (org kedah sebut kabad) ni untuk peram pisang.tapi jarang sgt guna.biasanya buah masak sendiri kat pokok.kemudian bapa saya ambil satu tandan gantung kat alang rumah.bumbung zink.buah tu cepat masak sebab haba panas.


honestly..baru hari ni saya tau ada kesan sampingan yg teruk macam ni kalau terdedah dgn karbaid.

untuk baca secara detail sila ke page CAP

***dulu2 masa student saya tak suka baca buletin CAP sebab rasa macam semua benda takleh makan.


***sekarang ni kalau musim raya baru karbaid ni famous kat sini...........buat meriam.




SUKA


MY FIRST ORCHID

29 September 2011

CUTI LAGI

salam..

nabila cuti panjang minggu ni...
Rabu cuti sebab cikgu2 ada kerja jabatan kat main office.
Khamis cuti sebab cikgu2 buat lawatan rumah utk pelajar lain (weekly activities).
Jumaat & Sabtu mmg weekend.
pastu Ahad sekolah tapi tak belajar sebab ada jamuan.....ooo...bahagia.

tapi budak ni mmg la kan....
asal cuti ja senang bangun pagi.tak payah nak kejut2.kalau hari sekolah kemain liat lagi nak tinggai katil.
pagi ni pukul 8.30 dah keluar bilik bila dengar alarm kereta.dengan muka tak basuh terus nak sarung seluar panjang nak ikut....muka nampak segar...maknanya dia dah lama terjaga.
sekarang dah pandai buka pintu bilik walaupun berkunci.tangan dah kuat utk pusing tombol.badan pun dah tinggi,senang ja dia capai.

ni pagi semalam...tak mandi lagi tapi sibuk nak makan.biar ja dia makan sendiri.

habis nasi goreng tu...
umie zoom dari kereta ja tapi bila dia perasan terus ja posing peace.

gambar pagi ni tadak sebab kamera tinggai kat kedai.

28 September 2011

HABIS SEMUA......

salam..

malam tadi....was so bad!!!....& so sad.....
kisahnya...
masa balik kerja,elok dekat nak sampai ja nampak something tengah jalan.betul2 kat tengah jalan & depan pagar.
SU naik motor...dia dah sampai dulu kat objek tu.elok saya dekat ja SU cakap..
"ada orang langgar BLONDE"..
sedih........
macam nak menitik air mata tgk BLONDE terbaring.badan semua elok tapi ada darah kat bahagian kepala.darah belum beku lagi..meaning..dia baru ja kena.
siannya....
BLONDE bukan jenis merayap kat luar.
SU postulate dia nak ke seberang jalan untuk membuang najis sebab ada najis kat tepi badan dia yang dah kaku tu...
memang kat depan rumah saya gelap sikit tapi kalau bawa motor @ kereta slow2 still boleh nampak.BLONDE bukannya kecik sangat.dah montel.
...sedih lagi ni....
walaupun saya tak suka kucing tapi bila dah tengok depa membesar depan mata,tiap2 hari bagi makan,siang malam tengok dia bergolek bergumpal...mana tak sedih bila tengok dia mati macam tu...mesti sakit.


habis dah semua 6 ekor ANAK GEBU.
3 mati masa kecik (OREN,TOMPOK,2 ALAM).
2 hilang lepas raya hari tu.....mesti orang ambik sebab dua2 tu cantik (BELANG,BLACK)
1 mati kena langgar (BLONDE)


sekarang tinggal kucing pendatang...sebaya dgn BLONDE...panggil OREN juga sebab kaler oren.sian dia dok sekor2....mesti sunyi.biasa dok bergumpal dgn BLONDE tiap2 hari.


cakap dgn SU tak mau bela kucing dah lepas ni...sedih la bila jadi gini...
(tapi still mengharap BLACK & BELANG balik rumah).
SU pun tak mau bela dah.
baru ja nabila nak pandai sebut nama dia,BLONDE dah tak dak..tapi nabila sebut....BELLE atau BELLO.


OREN & BLONDE
BLONDE SEBENARNYA KALER KELABU...EKOR CANTIK,KEMBANG.MEMANG JENIS MANJA.
BILA KITA NAK MASUK PARKING,DIA SUKA JALAN2 KAT DEPAN KERETA
PASTU TETIBA MENGELIAT & BARING.
DIA JUGA SUKA CIUM2 KAKI KITA.MULUT MEMANG BISING..MEMANJANG BUNYI.
KALAU MAIN SELALU TERLANGGAR SLIDING DOOR.

OREN PENDIAM..TAK BANYAK SONGEH.


6 BERADIK DALAM KENANGAN
YANG MELINTANG TU 2 ALAM
BAWAH TU BLACK,TOMPOK,BLONDE,BELANG & OREN.
KESAN DARAH BLONDE

TEMPAT TIDUR BLONDE UNTUK SELAMANYA
BERSEBELAHAN OREN,TOMPOK & 2 ALAM
(SEBERANG JALAN DEPAN RUMAH)



27 September 2011

BISA

salam..
tiap2 hari kalau baca paper mesti ada cerita gaduh..bunuh...kes culik...dan seumpamanya....rasa dah tak selamat dah dunia ni.ramai orang stress kot.asyik2 nak hangin ja.tapi khabarnya kes psychiatry memang semakin bertambah.apa nak jadi dgn generasi akan datang ni???

tapi dalam paper metro hari ni berita paling sedih ialah kematian adik yang umur 5 tahun tu akibat disengat tebuan....tak boleh bayangkan kesakitan yang dialaminya.
kena temingat pun dah sakit..tambah lg tebuan.budak kecik plk tu.
kat sini selalu gak dapat kes kena gigit tebuan.biasanya org naik motor.musim buah lagilah banyak tebuan berterbangan.honestly saya fobia sikit dgn binatang ni.tak pernah kena tapi mmg suspen kalau dia ada dekat2.

beberapa hari lepas budak darjah dua kena sengat..satu kat punggung..satu lagi kat tangan.saya rasa dia terdududk atas tebuan tu pas tu dia pegang bila tebuan gigit punggung...memang meraung la.

beberapa minggu sebelum tu lagi sadis.budak lelaki sekitar 5 tahun.naik motor duduk kat depan menyanyi2...tetiba tebuan masuk mulut..terus gigit kat pipi bahagian dalam...kesian dia.habis bengkak bibir & pipi.risau gak tengok takut2 bengkak tu melarat sampai saluran pernafasan.bagi injection & ubat,alhamdulillah dia tak apa2.

ada sesetengah orang yang allergic dengan sengatan tebuan & lebah.biasanya sengatan kali pertama tak nampak kesan lagi.bila kena kali ke dua orang yang allergic akan dapat bengkak2 satu badan & gatal2 (urticaria).kalau merebak ke saluran pernafasan boleh menyebabkan orang tu sukar bernafas.peringkat lebih teruk ialah anaphylactic shock di mana jantung orang itu akan gagal berfungsi & boleh membawa kematian.
kalau dah tahu allergic kepada sengatan tebuan @ lebah orang itu tidak dibenarkan membantu orang yang sedang disengat sebab kalau dia yang kena keadaannya akan lebih teruk.saya pernah dapat kes2 yang allergic ni tapi taklah sampai peringkat teruk (minta dijauhkan oleh Allah)...biasanya saya nasihatkan untuk akan datang andai terkena sengatan mesti terus dapatkan rawatan kat klinik & maklumkan kepada doktor yang dia alah kepada sengatan itu.walaupun masa tu belum ada tindakbalas lagi...."biar cepat asal selamat"






****hari ni ada satu kes kena gigit temingat & satu kes kena gigit dgn kala jengking.


****lepas saya up kisah paederus hari tu,berderet kes paederus dermatitis sampai kat saya....mainly bebudak MRSM depan ni.


****kalau kes dipatuk ular saya terus refer hospital tak kiralah org tu cakap ular apa.saya risau lebih.dalam ramai2 yang saya suruh ke hospital tu ada seorang yang alami komplikasi pendarahan tapi dia survive....alhamdulillah.

 

26 September 2011

TERKINI DARI BAMBAM

salam..

lama tak tulis perkembangan nabila kan...
demam hari tu dah elok...seminggu jugak la berlarutan.berat badan pun turun 2 kg.paling ketara kat bahagian perut...nampak slim.cuma sekarang ni ada ulcer sikit lagi kat tepi mulut kiri & kanan.tapi takla mengganggu aktiviti makan dia.dah mula makan nasi sejak hujung minggu lepas.

sekarang dah banyak perkataan yang nabila boleh sebut.masa demam hari tu pandai plk mengadu pening kepala.malam tadi pun sama.saya bg ubat pening tablet kat nurul,dia pun sibuk nak jugak.saya kata...tak boleh.ni ubat pening.dia pun kalut pegang2 kat tepi kepala dia sambil cakap.."nin...nin..." (pening).....hahaha...autalah budak ni.

tabiat dia sekarang ialah suka mengusik budak lain.dia suka tengok budak2 tu merengek2 kat mak bapa depa bila kena usik dgn dia.biasanya dia ambil seliper atau mainan.pastu buat2 takmau bagi balik.sampai budak tu dah nangis baru dia bagi...saja ja.

ingatan dia pun bagus.hari sabtu baru ni masa nak ke Kulim lalu kat jalan menghala rumah member sorang tu kat Kepala Batas.memang pernah bawa nabila ke situ tapi tak la kerap sangat pun.hari tu bila sampai kat simpang jalan dia siap tunjuk2 hala rumah member..."ma..ma.."dia bgtau saya sambil tangan tunjuk arah rumah.kebetulan rumah tu boleh nampak dari simpang.
saya cakap..."rumah boboy"...dia pun angguk.."boboy" katanya.....I'm impressed.

hobi dia adalah menyanyi...masuk kereta ja nak nyanyi....dah pandai sebut ..."anyi"...tapi bila nyanyi dia sorang ja lah yang paham.

nak basuh tangan...."angan"...sambil gayakan mcm kita basuh tangan.
bila marah keluar perkataan ni..."amboi!...apau!"...(amboi..melampau).
bila kena gomol dgn abah..."amau laaa"....pastu gelak mengekek.
bila panggil nak tunjuk sesuatu.."ma...mai ni"..(mai sini).
bab berleter tok sah cerita la....kucing pun fed up dengar..punya la panjang.
kat kakak kadang2 dia panggil.... adik.... esp bila nak suruh buat sesuatu.
kat abahnya kadang2 dia panggil....ayang...sb umie panggil mcm tu.
pantang orang pakai lawa sikit dia cepat2 ja..."jom...".


apa pun...dia memang minah lawak kat rumah kami.
nabila with abang baby...dulu musuh ketat tapi la boleh kamcing dah.

25 September 2011

IKHLAS DARI KAMI

salam Ahad buat semua...

ingat lagi entri INI?
tentang lawatan singgah sahur di sekitar kawasan Pantai Merdeka pada penghujung Ramadhan yang lepas.

tersentuh hati dengan kesukaran hidup salah seorang penduduk yang terlibat,kami dari NARC dan Sinar Harian Utara telah sekali lagi membuat kunjungan ke rumah tersebut semalam (Sabtu 24.9.11) untuk menyampaikan sedikit sumbangan.rombongan kami turut disertai oleh Syarikat UZAI MARKETING.

mula bergerak dari Tikam Batu sekitar jam 12.15 tengah hari,kami tiba di rumah beliau kira-kira setengah jam kemudian.
semasa kami tiba adik MUS FAZRY (berusia 20 tahun) sedang nyenyak tidur.langsung tak terjaga walaupun suasana bising dengan suara2 ahli rombongan.sehingga kami bergerak balik adik ini masih lagi lelap.
kasih seorang nenek


adik ini merupakan anak sulung.menjadi anak istimewa setelah diserang demam panas semasa bayi.tinggal bersama neneknya sahaja.ibunya yang tinggal di Tikam Batu akan datang menjenguk beberapa kali dalam seminggu kerana beliau juga bekerja.bapa dan datuk adik ini telah pun meninggal dunia.
dia tidak mampu menggerakkan anggota badannya.sekadar boleh bersuara (seperti menangis) bila lapar.semua urusan hariannya dijaga oleh neneknya.andai nenek tidak sihat mereka akan tinggal di rumah ibunya buat sementara waktu.ada seorang cucu nenek ini tinggal di rumah berhampiran.dia juga turut membantu jika keadaan memerlukan.

nenek ini sebenarnya sudah tidak kuat untuk berdiri.beliau memerlukan tongkat untuk membantu semasa berjalan.urusan mandi dsb hanya mampu dilakukan dengan menarik cucunya ini bersama2 tilamnya ke bilik air.

moga Allah memberi kesihatan yang baik buat nenek ini untuk terus menjaga cucu istimewanya.

***sumbangan yang diberikan adalah daripada ahli NARC,Sinar Harian,UZAI Marketing dan penyumbang2 yang ikhlas membantu.
moga dapat membantu meringankan beban nenek  dan MUS FAZRY.



sepanjang masa dalam rumah nabila duduk kat situ ja...diam macam budak baik.
sebelum balik sempat lagi berkenalan dgn kawan baru.

lepas melawat adik Mus Fazry kami ke Pantai Merdeka untuk menghilangkan lapar.
makan minum ni adalah sumbangan peribadi seorang dermawan....terima kasih buat beliau.
nabila makan ais kacang tu separuh mangkuk!!!

dalam perjalanan balik singgah solat kat Masjid Al Khalidiah (masjid Datok K).
cantik & selesa.

masih nak beraya.....singgah kat rumah member NARC kat Kulim untuk beraya..
perut dah penuh tapi isi jugalah.kesian member masak penat2.

22 September 2011

SAKIT!!!

salam.

tengah pening pala!!!!!
ambik PC pg tadi....wajah baru plk lagi.baru nak familiar dgn function yang install hari tu dah kena tune kepala dgn function2 baru plk....loading pun lambat...bila minimise window tetiba tak dak kat bawah...kalut cari.rupa2nya dok dalam logo mozilla...cheh!!!

buta IT ginilah gayanya.....

ni dok pulun buat segala neka letterhead...referral letter...rekod hutang ubat  etc.yang lama semua dah hilang.tp takpa la boleh buat baru.yang ralatnya gambar2 YOT masa kecik dulu semua hilang....nak kena check PC lg satu.harap2 ada la kat situ.abahnya pun tak simpan...mmmm



20 September 2011

KAPUT

salam.
baru nak dapat balik momentum berblogging harddisc plk 'kiok'....adehhhh...
laptop pun takdak.SU bawa pi mapping.last nite dia balik.hari ni baru boleh menyelit.

sepatutnya PC tu siap hari ni tapi sampai la ni tukang pebaik tu tak call lagi...esok plk la tu.
nak wat cemana kan..terima ja lah.

cerita mapping..
SU & the geng baru selesai mapping Phuket & Krabi untuk sesi jalan2 isi perut sambil mengosongkan poket Disember nanti.dia pergi survey hotel,tempat makan & kos keseluruhan untuk aktiviti 4 hari 3 malam.tambahan satu malam untuk yang nak sambung ronda kat Hatyai sebelum balik.Hatyai tu dah kerap sgt dia sampai so takyah nak survey2 lg dah.
bulan 12 peak season..harga bilik naik hampir 4 kali ganda drp biasa...letih la...sib baik SU dapat gak bodek2 utk harga special.tunggulah nanti dia kira semua..saya update kat sini.sapa2 nak ikut pun boleh ja.


kena mula himpun duit dah ni....
tgk gambar ni mula rasa tak sabar nak pi sana..


rupa sama ja dgn kat Malaysia tapi rasa sgt berbeza.


15 September 2011

16 SEPTEMBER

salam..

pukul 11 pm sekarang..
lagi satu jam kita melangkah ke 16 September....
selamat menyambut HARI MALAYSIA
selamat bercuti..(semua cuti 3 hari...saya 2 ja)
selamat berarak (saya nak lepak depan TV tengok perarakan...moga2 YOT tak kacau...aminnn....)


dan
selamat ulang tahun buat SU..
happy birthday dear.
moga panjang umur...sihat selalu...
murah rezeki...
& sentiasa dalam perlindungan Allah..


...I LUV U.....


notes:  dia bangga birthday dia cuti umum...ek eleh...


notes 2:  sapa ingat sejarah penubuhan MALAYSIA?

LEBIH BAIK

salam.

alhamdulillah...budak kecik bambam is getting better.
dah tak demam sejak malam tadi.pagi ni lebih ceria.
cuma ada selsema & batuk sikit-sikit.
terima kasih kepada yang mendoakan kesembuhan bambam.
pagi ni belek badan dia masa berdiri...dah kurang bambamnya esp kat perut.
kalau boleh maintain gini bagus gak.

muka budak kecik bambam pagi ni.


14 September 2011

SENSASI

salam..

ada klinik pasang CCTV kat tempat rawatan?
baca ni.

petikan dari SINAR HARIAN hari ni.

SELAYANG BARU,SELANGOR:
Pesakit yang mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Jalan Besar Selayang Baru di sini kesal kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di klinik terbabit didakwa merakam keadaannya tanpa pakaian.
.........

"Selepas membuka pakaian dan menjalani pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di klinik itu baru saya perasan dalam bilik itu dipasang CCTV."
............



hati-hati wahai semua pengunjung klinik....perhati dulu keliling bilik tu.

note: bilik rawatan klinik saya ada lampu & kipas ja...



13 September 2011

BASAH LAGI...

salam...

Perlis dilanda banjir....
untuk yang menetap & bekerja di Perlis...jaga diri baik2.mana2 yang kena pindah tu...sabarlah ek..

teringat soalan seorang teman FB masa sesi bersama PM hari tu..
"Perlis selalu banjir...kenapa kerajaan tak upgrade empangan Timah Tasoh?"
jawapan dari PM ialah..... bersangkut paut dengan budget yang besar.

moga kerajaan cepat bertindak.
susah kalau selalu kena hadapi banjir.


google pic


12 September 2011

SIAPA CHARLIE?

salam..

belek2 folder gambar ternampak gambar ni.
saya capture dlm bilik mandi kat rumah beberapa minggu lepas.
kita lupakan cerita raya sat.

pernah tengok tak?


ada orang panggil charlie....tak taulah sebab apa dia jadi charlie.
serangga ni dari kumpulan "PAEDERUS".
nampak ja lawa..kaler2 gitu.tapi kalau tersentuh dengan cecair dlm badan dia tu...habis melecet kulit.

saya pernah kena masa year 5 dulu.
kena kat leher...pedih sungguh rasanya.sangat tak selesa esp bila hari panas.
memula pi check kat doktor OPD..depa pun tak tau sakit apa.then refer kat skin.masa tu bos takdak.jumpa MO ja.terus dapat ubat kayap.masa review lepas seminggu baru jumpa bos (skin specialist).siap kena gelak la MO tu dgn bos dia...'bukan kayap la'....katanya.'ni paederus dermatitis....sejenis iritasi kulit akibat terkena serangga'.
kenapa saya boleh ingat scene ni?
sebab masa tu specialist tunjuk gambar serangga ni.beberapa hari lepas tu kami jumpa haiwan kecik ni..terus tangkap simpan dalam plastik.kebetulan masa tu posting skin.MO yg silap diagnosis tu ambil kelas saya.kami letak plastik tu kat meja depan.bila dia masuk my friend tanya..."dr...kenal tak binatang ni?"....dia senyum2 ja..pastu jawab.."kenal..paederus".
google pic


binatang ni suka lepak kat rumput2 di sekitar kawasan rumah padang sekolah.waktu malam dia terbang ke arah cahaya lampu.sebab tu boleh ada dalam bilik.biasanya terkena kat badan masa kita tidur.bangun tidur ja rasa pedih2 kat kulit.bila tengok ada macam lecur & blister.

google pic
kalau tak pernah jumpa mmg org akan kata kena kayap.
bezanya...
kayap sangat sakit.kadang2 sakit datang dulu.lepas beberapa hari baru nampak kesan blister kat kulit.paederus dermatitis tak sakit sangat.cuma pedih.

kayap berlaku mengikut distribusi saraf.maknanya ia berkelompok dan tidak berlaku serentak di kedua2 bahagian badan iaitu kiri dan kanan.paederus dermatitis berlaku tak kira tempat secara serentak...contohnya boleh ada kat muka,badan & tangan dalam masa yg sama.

rawatan utk paederus dermatitis biasanya adalah krim steroid,antibiotik & ubat tahan sakit.
untuk kayap plk ialah ubat anti virus secara oral & krim(mahal wei) dan ubat tahan sakit...steroid tak boleh bg kat kayap.


lepas ni kalau ada anak2 yg duduk kat asrama balik rumah tunjuk kesan2 lepuh macam ni kat merata2 badan dia janganlah risau sgt...dia dah kena kiss dgn 'charlie' ja....tapi kena jumpa doktor & ambil rawatan juga, takut dapat secondary infection iaitu jangkitan bakteria.





PANAS

salam..
masuk hari ni dah 5 hari budak kecik bambam tak sihat..
letih la nak melayan dia.dulu2 kalau demam tak meragam pun.dah besaq ni pandai plk merengek2...serba tak kena.
mujur dah makin senang makan ubat.boleh minum ubat dgn sudu...tapi tu pun abah kena suapkan...kalau setakat umie nak bg mmg payah la budak ni nak telan.


pagi ni dia bangun awal...pukul 7 lebih.mentang2 la malam tadi bgtau dia tak yah pi sekolah minggu ni,senang ja dia bangun sendiri.untuk pagi ni....badan dah sejuk macam biasa..merengek dah kurang.selsema ja masih ada.
harap2 tak la panas semula badan tu.
yg eloknya demam kali ni selera makan tetap ada....boleh telan nasi lg.kira ok la tu.susu ja kurang sebab bibir mulut atas pecah sikit...susah nak nyot nyot.


moga budak kecik bambam cepat sembuh...dah banyak hari tak dengar suara gelak megekek tu...


budak merajuk sebab lama sangat tunggu abah snap.


11 September 2011

GILA RAYA

salam..

ini aktiviti kami kemarin...geng NARC yang disertai oleh geng Sinar (depa teringin nak merasa beraya dengan kami....amacam?..letih??...tahun depan nak ikut lagi dak?) beraya seharian.
6 avanza semuanya...
satu lg kamilah...dok belakang sekali tukang ambik gambar.
aktiviti yang dirancang minggu lepas.sebenarnya tujuan utama nak ke rumah salah seorang peserta singgah sahur kat Kuala Ketil dulu tu.tapi alang2 dah menghala ke situ ada member ajak meronda sampai ke empangan sana nun...ajak plk singgah makan kat rumah abangnya...kalau ada makan2 kami mmg on ja..

kami bergerak dari rumah sekitar jam 9.20 pagi...hujan renyai2.sekali sekala lebat.sedih betul kena berpisah dgn katil.
gather kat tol Gurun then bergerak ke destinasi.
lepas singgah makan kat pekan Sik kami teruskan perjalanan.dalam kereta saya tanya SU..
"kita nak ke mana ni sebenarnya?"
kata SU
"ntah...ikut ja orang depan"....boleh gitu....


sebenarnya kemarin saya pun blur pada awal tu...arah ke mana sebenarnya depa nak pi beraya.rupa2nya nak pi tengok empangan...


dengan baju melayu bagai pi dok lepak tepi empangan..
yg ni atas sikit drp empangan Beris.


dari situ kami patah balik ke rumah abang member...tak jauh dari empangan tu.singgah untuk lunch.depa dah sediakan ikan talapia & ikan baung.konon2nya nak bakar & makan gitu ja...
Cip yang rajin....
sampai gantung baju melayu.


tapi last2 penuh gak meja.
sedapppp....

banglo di lereng bukit
best sgt dok kat sini...di lereng bukit.saya siap mandi lg kat rumah ni...tak tahan bila masuk bilik air...sejuk nyaman ja.


dah kenyang2kan perut kami bergerak ke sini plk...

tunjuk perasaan
LADANG ANGGUR TASIK BERIS
kalau ada buah yg kurang sila cari budak Sinar ni...Indie...kat situ tulis 
dilarang memetik...so ngap ja boleh kot...hehe...
tapi Indie eksen ja tu...

pada saya buah2 kat sini macam tak terjaga dgn baik...banyak yg kena sengat binatang.ada bintik2 kat buah tu.
satu perkara yang agak kureng ialah....tak dak buah free...
well...kita tak minta utk makan sampai kenyang la kan.tapi at least letak la satu bekas kat tempat tiket tu untuk pelancong rasa..sorang ambik dua tiga biji takkan nak rugi kot....
tiket utk masuk tak la mahal...RM3 utk dewasa & RM1.50 utk kanak2 7 hingga 12 tahun.masuk dalam kawasan tanaman tu sekejap ja sebab panas berbahang walaupun hari mendung.
masa ni tengah angin elok
mek kecik tu meragam ja on & off...demam pun tak kebah sgt.sian dia.tapi time badan sejuk kemain lagi ligatnya.bila panas sikit segala benda tak kena....sabaq je lah.




lepas tu baru gerak ke rumah Mak Tuan & Pak Tuan....ingatkan tak dak org sebab sunyi ja...rupanya Mak Tuan tengah lepak tgk TV.Pak Tuan pi beraya tapi sekejap ja lepas kami sampai Pak Tuan balik.sembang2 sat & bagi apa yg patut (& ambik apa yang boleh...haha) kami bergerak ke rumah member yang buat open house plk.perut pun dah lapar balik.
sepanjang kat rumah ni budak kecik tak senyum langsung.
nak dok atas riba ja.
budak rambut pacak lapaq kek
ambik dari rumah Pak Tuan

sampai kat rumah Mamu dekat2 pukul 8 malam...rumah dia dekat dgn surau.senang nak solat.
makan2  & SU sembang2 dengan kengkawan dia sat...pastu terus ajak balik sebab tak daya dah nak melayan budak kecik bambam yg asyik merengek...nak sembang dgn member pun tak boleh.sebelum umie dia hangin lebih baik angkat kaki....perut pun dah penuh semula kannn...9.15 pm gitu kami balik....
thank you Mamu & Ton...
beriyani terbaik...budak demam pun makan banyak jugak.


team Sinar balik awal sikit sebab kena attend open house lagi satu...Indie dah pot pet pot pet sebab malas nak pi..sabaq...sabaq...




DEMAM RAYA

salam ahad buat semua....
 masih beraya?

cuba teka siapa ada apa bawah selimut tu?
clue?
ada dalam gambar tu jugak...


tadaaa.......
hehehehe...
budak kecik yang demam.
tengah berselimut depan TV.


konon2 nak sembunyi dari umie la tu...
budak ni demam start hari khamis lagi.berjangkit dari kakaknya.ni first time demam untuk tahun 2011.selsema sikit2 tu biasalah...
gambar ni saya capture hari jumaat.lunch break.
balik rumah tengok berselimut depan TV.badan tak la panas sgt pun.
masa mula2 sampai abahnya jenguk dari sliding door..nampak dia berselubung siap buat gigil2 badan...boleh nampak selimut tu bergerak2 kata abahnya...saya tak sempat tengok.
pandai la berlakon...sapa ajaq ntah...

kemarin on off panas dia....pagi ni masih tidur masa saya keluar.malas nak kacau.biar dia tidur puas2 sebab kemarin beraya seharian.