SENANG CARI

26 August 2011

JOMJALAN SAHUR DI KUALA KETIL KEDAH

salam..
baru nak up cerita sahur ni...dah berapa lama terperap kat draf ntah.

kisah bermula pada hari Jumaat (5.8.2011) malam.
pada malam tersebut, akhbar Sinar Harian Zon Utara dengan kerjasama NARC dan pejabat penghulu Kuala Ketil Kedah telah berjaya menganjurkan program 'JOM JALAN SAHUR' di mana dalam program ini kami telah melawat dan bersahur bersama-sama 3 keluarga warga emas di daerah Kuala Ketil.
 kami mula begerak secara berkonvoi dari petronas bersebelahan bandar Puteri Jaya sekitar jam 12.30 pagi.kemudian berhenti di petronas Kuala Ketil untuk berjumpa dua lagi team mate dan juga staff Sinar Harian Baling.tunggu punya tunggu staff Sinar tak juga sampai maka kami bergerak dulu ke rumah pertama sebab dah pukul 1 lebih....takut lewat sampai.


rumah pertama yang dilawati terletak di Batu 1.
pasangan pertama yang ramah tamah
(pak tuan & mak tuan)
antara anak2 yang mengikut
pokok bunga mak tuan

penghuninya adalah sepasang suami isteri warga emas yang tidak mempunyai cahayamata.rumah yang sederhana tapi di kelilingi dengan berpasu2 pokok bunga.....rugi sebab tak berapa nak nampak bunga2nya dalam suasana gelap tu.seronok bersembang dengan pasangan ni terutamanya 'mak tuan'......sangat kelakar.kena plk dgn ahli2 NARC dan salah seorang staff Sinar yg kepala tak berapa nak betul...pukul 2 pagi rasa mcm waktu siang.
kenduri bihun di awal pagi

di sini kami dijamu dgn bihun goreng dan air kopi serta teh panas.makan atas tikar kat laman rumah jiran mereka....best.dengan makanan yg sedap & suasana sejuk angin segar di kampung.


lepas makan terus bergerak ke rumah ke 2 di Kampung Nibong 12.
adventure di bulan ramadhan

jalan ke rumah ke dua ni memang mencabar...malam2 buta dengan gelapnya tu,kami dibawa oleh penghulu melalui jalan kebun getah & kelapa sawit yang sunyi sepi.jalannya berbelok2...siap naik turun bukit lagi...perghhh...kalau sorang2 memang tak berani lalu.dari simpang jalan besar ke rumah makcik ni adalah dalam 20 minit kot.

makcik yg ke dua ni tinggal seorang diri.suaminya meninggal beberapa tahun yg lepas,mempunyai seorang anak peliharaan yang tinggal berasingan.makcik ni sering dilawati oleh anak menantuya.masa kami tiba ada cucu menantu yang menemani.makcik ni masih kuat fizikalnya tapi agak pendiam.
sumbangan dari ahli NARC
budak 2 beradik yang suka makan

kat sini sahurnya adalah nasi tomato 'super sedap'....memang sedap sangat.kalau buat berniaga mmg beraturlah pelanggannya.
menurut JKK kampung ni.jalan bengkang bengkok yang kami lalu tadi adalah jalan asal yang diteroka oleh arwah suami makcik ni masa mereka mula2 tinggal di kampung tersebut.tak terbayang betapa kuatnya semangat mereka untuk survive...

sekitar jam 3.30 pagi kami bergerak ke rumah ke tiga...kami dibawa melalui jalan lain..bukan jalan yg kami masuk tadi.jalan yang lebih elok & dekat dengan jalan utama......saja ja depa nak bg kami adventure lebih masa memula tadi tu.

lebih kurang pukul 4 pg kami sampai ke rumah ke 3 di Kampung Sungai Bemban....
terus landing kat pangkin ja bebudak ni..
sumbangan wang tunai dari NARC & dermawan lain.
orang kuat SINAR yg sentiasa tersenyum kat sebelah tu (kak mini)


penghuninya seorang warga emas yg tinggal bersendirian.tapi rumah makcik ni di kelilingi rumah adik beradiknya yang lain.rumah kampung yang sangat lapang.susah nak jumpa rumah macam ni sekarang.halaman luas...ruang dalam rumah pun selesa..dengan mengantuk mata & suasana sejuk di kampung...best sgt kalau boleh 'landing'.
lauk kenduri

kat sini sahurnya dah jadi macam kenduri...siap berhidang.lauk2 kampung yang best...terutamanya sup daging segar.tapi saya lebih suka makan petai masak lemak.selalu makan sambal ja tetiba jumpa yg dibuat masak lemak rasa pelik plk...tapi sgt sedap.
antara yang masih mampu 'celik'

lepas bersahur...dlm keadaan mata yg layu & kuyu kami bergerak balik....sampai rumah lebih kurang jam 6.30 pagi.lepas solat subuh terus ja...dummmmm...


***di setiap rumah yg disinggahi,penghuninya dihadiahkan dengan hamper,wang tunai,pakaian,beras dan jus.semua sumbangan adalah dari Sinar Harian,warga NARC dan dermawan2 lain.


***makanan dimasak oleh penduduk kampung tetapi bahan2 disediakan dari wang sumbangan




LEMBAB

salam..
ramadhan ke 26.
masih dalam cuaca lembab...hujan lagi.
saya suka.
cuma malam @ awal pagi nanti yg merisaukan sikit...
adakah kami akan bersahur dlm keadaan lembab?....@ kuyup?
moga keringlah hendaknya kat kawasan PANTAI MERDEKA tu nanti.
"JOM JALAN SAHUR" yang terakhir untuk tahun ni.

(cerita yg first pun tak up lagi....huhu)

oleh kerana ada program malam ni yg akan berlarutan sampai subuh...maka si kecik bambam dah di postkan ke rumah pengasuh.sebelum hantar tadi umie dia dah rasuah dia dgn aiskrim...hihi..sekarang ni mmg gila aiskrim budak kecik ni.tapi taklah selalu dapat...sekali sekala ja..tak boleh dibiasakan sgt.

pandai plk tu...tadi mak ngah dia (my sis) bg duit.bila saya tanya "nak beli apa ni?"
dia jawab.."kim...kim" (ais krim)......
ingatkan tak faham soalan..(umie dia selalu underestimate..hehe)

malam td bawa dia potong rambut..tapi potong sikit ja.tak boleh nak buat cun2.mood kurang baik.tak mau duduk diam langsung.tak pa lah...asalkan tak cucuk mata.

posing gaya baru dari nabila the bambam.
(masa majlis berbuka puasa di A&W SP baru2 ni)
  

25 August 2011

SEJUK

salam...

hari ni hujan lebat on off dari pagi.
basuh kain sepenyidai...alamat tak kering laa....
ada lagi sebakul belum berbasuh..termasuk jeans...adoi!!!
sepatutnya last day berniaga hari ni...tapi tak jadi.
hujan2 tak rajin nak bersusah payah.
cukuplah dulu..

malam boleh bawa yot potong rambut...
dah cucuk mata org kedah kata.

malam sikit lagi...
zzzzzzzzzzzzz
best!!!!!

24 August 2011

C-BOOK

salam

Ramadhan ke 24....cepatnya masa bergerak.
mesti ramai yang sibuk shopping raya & buat kuih raya.
me?
persiapan raya paling minima tahun ni.
tetapi bulan ramadhan tahun ni yang paling sibuk sebab tolong SU & kawannya berniaga kat bazar ramadhan.
aktiviti amal dgn SINAR HARIAN pun banyak sampai tak sempat nak join aktiviti dgn TOYOTA seperti tahun2 sebelum ni.
semua gambar ada dalam folder tapi tak sempat nak diceritakan lagi.cuti raya nanti kot baru boleh buat entry.
hujung minggu ni ada lagi satu program sahur bersama warga emas.moga berjalan lancar.harap2nya malam tu tak hujan.
sekarang ni kat sini hujan hampir tiap2 hari.memang selesalah untuk berpuasa.

cuma malam tadi terperanjat tengok air paip kat sinki rumah.air ni direct dari main pipe kat luar.warna dah jadi dekat2 nak sama dengan teh ais.

tak taulah apa kesnya.nak kata loji utama tenggelam,bukannya ada banjir pun.

mujur pagi ni ok sikit tapi still rasa tak selera untuk berkumur.guna air tangki ja...nampak clearlah tapi agaknya cemana rupa dasar tangki kat siling tu ek??
****harap2 SADA buat kerja......****


22 August 2011

CANTIK

salam
dari jendela kamarku 
pagi ini

pagi RAMADHAN 22
 

05 August 2011

INDAHNYA RAMADHAN

salam..

cepat ja masa bergerak..tup tup dah menghampiri seminggu kita puasa.semalam nabila puasa sampai pukul 12.30 tgh hari....sian tgk..melehe org kedah kata...serba tak kena sb lapar susu.dapat sebotol..mmm....macam dapat bateri baru.

berapa umur uols masa start puasa dulu2?
saya tak berapa ingat, rasanya lebih kurang 9 tahun....tapi ada bocor gak.minum air paip masa kumur kat sekolah...hehe...pastu sambung puasa balik.tahun2 selepas tu semua puasa penuh kecuali di waktu2 yg dibenarkan.

kenangan puasa..
masa sekolah rendah:
masa darjah 4 bapa tak bagi saya puasa sb kesian (saya sekolah petang).kena paksa makan sebelum ke sekolah.tapi saya komplot dgn mak.letak kuah gulai sikit dlm pinggan pastu letak air..konon2 dah makan & basuh tgn dlm pinggan tu.berapa kali ntah buat mcm tu tapi bukan tiap2 hari.

masa sekolah menengah:
tinggal kat asrama sejak form 1...sahur adalah masa paling tak best.malas bangun kecuali bila dah masuk form 5.masa tu sahur macam pesta utk kami...tak tau apa sebabnya tapi mmg seronok berjalan ke dewan makan ramai2.lepas makan hu ha hu ha kat koridor...

buka puasa macam biasalah...booking meja awal2.tapi sebelum tu booking tempat utk solat kat surau dulu sb kalau lambat dapat tempat yg tak best....ie...jauh dari kipas.
berbuka makan kuih ja..kemudian solat magrib.lepas tu baru makan nasi.berebut2 la sebab lepas makan kena solat isyak & tarawikh kat surau semula.masa solat isyak ok lagi tapi masa tarawikh mmg kdg2 out jugak....perut kan dah kenyang.lepas solat semua tu ada supper lg...see....banyak betoi makanan utk kami.


paling best bila 'cuti'....pakcik dewan makan siap masak untuk lunch kami tapi tak serve kat tempat biasa la.kena masuk ambik sendiri kat dalam dewan tu...ada gak budak lelaki ngintai pastu jerit2 mengejek...jeles kannnn...kami tapau makan ramai2 kat hostel.geng2 muka tak malu ja yg ambik makanan ni...


masa kat universiti:
buka puasa...merantau merata desa cari port makanan yg best (kat USM asrama semuanya dipanggil desa).jauh tapi sanggup.dahtu berasak2 plk masa nak beli..letih...buka kat bilik ja..lepak ramai2.biasanya beli untuk sahur sekali.malas nak turun tengah2 malam.
masa sahur panaskan lauk ja....caranya...rendam plastik yg ada lauk tu dlm air panas...dapat suam2 pun dah kira ok.
masa kat U Kelantan dapat hostel dekat dgn dewan makan..maka rajinlah sikit turun sahur.tapi awal2 ja..towards the end puasa tak sahur dah.
lepas sahur konon nak study..tapi...peeeyaahhh...dapatla sebaris dua.ngantuk.(saya bukan kaki study punya org).


masa kerja:
HO :..buka puasa kebanyakannya di hospital.kdg2 tibai food dr on call walaupun hari tu tak call sb tak dan nak pi beli.ada sekali tu buka puasa pukul 8 lebih sebab sangkut kat OT...assist MO buat operation utk bleeding ectopic.
sahur utk dr on call disediakan.tapi kalau tak nak yg tu boleh beli kat kantin.kalau tak call mmg beli kat bazar ramadhan...sanggup jalan dari HTAR ke bazar kat taman sri andalas.

MO:...sama ja.berbuka @ sahur kat hospital kalau on call.masa ni dah kamcing dgn nurse so dapatla makanan yg sedap2.depa masak & bawa ke hospital.
tahun ke 3 MO saya kat klinik kesihatan..so tinggal kat rumah...at last...setelah beberapa tahun merantau.
bila kat rumah biasalah kannn....mak masak mmg terbaik la.


masa2  selepas itu:
masa mak sihat mmg dia masak utk berbuka & sahur.saya & kakak tolong ja.bila dia dah tak kuat kami berdua take over kerja2 kat dapur.
family saya lain sikit.bapa saya tak makan sahur sekali.kami kena makan awal sikit.dah selesai semua makan baru dia makan sorang2....memang pesen dia gitu.tak suka tangan bersimpang siur kat meja makan.waktu berbuka kena letak makanan dia kat meja berasingan(tapi duduk kat satu ruang jglah).


sekarang.....tahun yang berbeza sikit.
both parents dah takde....sunyi.

tahun2 akan datang....
nak ajar bambam puasa....BOLEH KA??????



BUDAK SEKSI DI PAGI HARI

salam...
ramadhan 5.
budak kecik bambam tak sekolah hari ni...cuti.
tapi pandai plk dia bangun awal (takla awal sgt pun).
umie start kereta nak g kerja cepat2 dia masuk...
nak ikut..
ish!!!....dengan tak mandinya..

abah kena tarik keluar....

bye.....
see u petang2 satg....


notes..malam ni ada event dgn Sinar Harian Utara & NARC
            bersahur bersama warga emas di Kuala Ketil Kedah.
            ada 4 rumah untuk dilawati.
            moga semua berjalan lancar.

04 August 2011

HIKMAH YANG TERSEMBUNYI

salam...
ramadhan 4.

setiap kejadian ada hikmahnya...bezanya,hanya cepat atau lambat untuk kita melihat kebaikan yang tersembunyi.

kisah malam tadi...cuma kisah kecil tapi boleh memberi implikasi yang besar.
petang semalam sewaktu bazar ramadhan tengah sibuk, nabila ditinggalkan sekejap oleh pengasuhnya kpd saya sebab dia nak ke bazar lg satu kat pekan...memang maklum sgtlah...tak boleh bawa budak ni.tak jadi kerja kalau bawa dia.
seperti biasa budak ni mmg tak duduk diam..meronda dari hujung ke hujung tapi berjalan kat kaki lima kedai ja.saya 'keep an eye on her'...takut dia ke jalan tar.dah boring jalan tu dia kelebek motor abahnya plk.pandai ja buka satu ruang yg abahnya suka letak kunci.terus ambik kunci tu nak bg kat abahnya.tapi abah tgh membeli kuih..saya minta, dia tak bagi...so suruh simpan balik kat tempat yg dia ambil....yg bagusnya budak kecik ni, dia akan simpan balik kat tempat yg sama kalau kita suruh elok2 (tp saya tgk juga utk pastikan dia betul2 letak). kemudian dia sambung meronda lg...sampai pengasuh dia datang & ambil bawa balik rumah.malam dalam pukul 10 baru saya g ambik dia.kunci yg dlm motor abahnya tu adalah kunci avanza.

sampai kat rumah malam td cari botol susu dia.teringat beg sekolah ada dlm avanza.cari kunci kat motor,takdak kat tempat nabila letak tu.tanya abahnya kot2 dia dah keluarkan...tak jugak.saya kata mmg saya pasti the last time saya tgk kunci kat motor tu sb saya yg suruh nabila simpan.katanya mungkin tinggal kat kedai ataupun jatuh atas jalan sebab dia terlanggar lopak air masa balik tadi & tempat letak kunci tu terbuka.double check kat i10 pun takdak...(botol dapat ambil sb ada kunci spare).saya mmg tak puas hati selagi tak jumpa sebab takut orang ambil.masa buka puasa motor tu tersadai ja kat luar kedai....senang2 ja kalau org nak ambil pun.

at last abahnya keluar pi cari....masa tu dah pukul 11 lebih.hujan renyai2.kesian jugak kat dia tapi kalau tak cari tak senang hati..nak lena pun tak boleh.sekejap lepas tu dia balik....katanya jumpa kunci tu atas jalan raya.dah kena langgar tapi kena kat key-chain ja...kunci elok lg....alhamdulillah.

sebenarnya bukan risau kunci tu rosak.cuma takut dapat kat org lain.bayangkan kunci tu ada kat org lain & kebetulan dia tau kunci tu adalah kunci avanza kami....senang2 ja dia nak ambil kereta tu kat mana2 pun.

apa yg saya maksudkan dgn kebaikan di sebalik sesuatu kejadian?
biasanya kami mmg tak suka nabila ambil kunci dari tempat kunci tu.tapi bayangkan andai dia tak keluarkan kunci tu...saya pun tak tau abahnya letak kat situ.abahnya lagilah...mmg tak ingat (ntah apa yg penuh dalam kepala dia pun tak tau...semua tak ingat).mesti tak terfikir nak cari kat atas jalan raya.
moga Allah membenarkan avanza ini bersama kami selamanya
terlalu banyak kenangan & banyak jasanya buat kami dan insan2 lain.
kalau ada yang terserempak dgn kereta ni yg dipandu dlm keadaan huru hara tolonglah maafkan....
ia hanya berlaku bila keadaan terdesak.....

notes....mujur tak marah nabila masa dia ambil kunci tu...kalau tak, mesti nyesal..hehe


03 August 2011

AKSI TERLAMPAU

salam
ramadhan ke 3
untuk yang merindui yot the bambam
sapa rindu saya????
hehehe...
jom minum
gulp...gulp...gulp.....
jangan jeles yer...
yot takleh puasa lg sebab nak maintain bambam
terbaik dari umie....air tembikai
umie beli ja pun...hihi

budak kecik ni pada hari pertama ramadhan..
dah pukul 7 lebih....
org lain dah layu tapi dia sesuka hati pi dok menayang minum kat ruang tamu..
dah la minum dgn penuh aksi.....siap..'mmm....ga ga ga.....atham....' (mmm....lega..lega..lega....sedap)
sambil geleng2 kepala tanda nikmat sgt dapat minum tu..
pastu gigit ketul ais plk...krup krap krup krap....
meleleh kakak tengok (abah & umie pun..)
sabaq sajalah...

02 August 2011

MASALAH SEMASA

salam semua..

NUFFNANG problem ka hari ni?
iklan semua tadak....
data visitors & earnings pun kosong.

moga NUFF cepat sembuh...


01 August 2011

HARI 1 RAMADHAN

salam..
Ramadhan pertama.

Kedah cuti hari ni tapi saya macam biasa malas nak cuti...ganti masa raya nanti.cuma bulan puasa ni saya buka straight tanpa waktu rehat dari pukul 9 pg hingga 5 ptg.tahun lepas sampai pk 6 tp ada break 1-2 pm.
petang2 tak ramai customer sebab semua sibuk nak berbuka jadi buat apa saya nak melangut kat dalam bilik ni kan (eh..eh...biasanya melangut kat luar tgk org shopping kuih).parking depan ni jadi bazar ramadhan.hari pertama ni takla sibuk sgt cuma ada a few yg berebut tapak.

bebudak wallahualam...depa kat rumah.petang2 satg baru tgk..tapi yg pasti 'yot bambam' bahagia sebab boleh makan tanpa gangguan...no sharing katakan.sahur pg tadi dia tak bangun.last year ada beberapa kali dia bangun bertenggek kat meja makan tapi tak makan pun.wrong timing kot.

sempena Ramadhan ini saya ucapkan kepada semua yang singgah di sini....
"selamat menjalani & menghayati ibadah puasa dgn sepenuh jiwa....moga bertambah amalan di bulan mulia ini.
jgn lupa...elakkan pembaziran".