SENANG CARI

30 May 2011

ANTARA KURANG DAN LEBIH

salam...

di sebalik kekurangan,mereka punyai kelebihan.
ini adalah gambar2 lama (yg diambil pada hari terbuka PDK bulan April lepas).


yang ini adalah rakan sekolah nabila...kakak yang selalu tersenyum.
ni pulak saya tak pasti sebab tak tengok muka (gambar diambil oleh SU).
dulu saya pernah ada seorang patient yg macam ni
(pembentukan semua tangan dan kaki yg tidak lengkap).
comel,aktif & ceria.
tengok dia sejak baby.tapi dah lama tak jumpa.
mungkin ini orang yg sama???saya tak pasti.

......kita punya anggota yang sempurna...
......tapi di mana kedudukan kita dan di mana tahap kesabaran kita?

27 May 2011

ANAK GEBU

salam.

gambar terkini anak2 GEBU yang masih belum diganggu gugat oleh 'yot the bambam'.
masih bersembunyi bawah katil tapi GEBU tgh usha2 tempat lain.

ROMPAK GUNA TELUR

salam.
berkongsi sedikit info dari seorang teman sekolah yg dimuatkan dalam FB. beliau kini adalah seorang anggota polis.

Jika anda memandu diwaktu mlm dan cermin kereta dilempar telur ayam jgn on wiper atau pancut air, terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba ditmpt slmt. Jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi susu dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan kita yg akan memaksa kita berhenti disitu kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan perompak jalanan.
-Polis DiRaja Malaysia-

mmm...macam2 cara orang sekarang ni.
to all drivers out there..
berhati-hati selalu.
moga Allah melindungi kita semua.



26 May 2011

TAK NAIK PUN

salam..
berita terkini.....harga minyak tak jadi naik.
alhamdulillah...moga harga sekarang bertahan lama (bukan 5 bulan saja....ooopppsss)

PETRONAS....nak model tak untuk minyak anda?


gambar ni masa umur dia 2 tahun lebih...
kalau sekarang  kena buat beg double size baru boleh masuk.

p/s....agak-agak harga barang runcit naik tak?

25 May 2011

BIAR MINYAK NAIK,JANGAN NAIK MINYAK

salam.
sejak beberapa hari lepas dok dengar berita tentang harga minyak akan naik menjelang bulan 6 ini sebab kerajaan akan kurangkan subsidi.
tadi baca kat YAHOO berita ni...

By Yow Hong Chieh
KUALA LUMPUR, May 24 — The pump price of RON95 petrol could go up by as much as 20 sen next month to RM2.10 per litre as the cost of subsidising the fuel has tripled following unrest in the Middle East and North Africa, AmResearch has said.
The investment research firm estimated Putrajaya is now subsidising at least 90 sen per litre of RON95 versus the intended 30 sen per litre after global crude oil prices surged to US$99 per barrel from US$79 per barrel last year, matching the US$100 per barrel recorded in 2008. But it said the possible hike is still below the RM2.15 level that would have happened if a subsidiy rationalisation programme was carried out and below the actual RM2.80 a litre without any subsidies.

berita penuh baca SINI

ada lebih dari 200 response di bawahnya & saya suka yg ini...
by radi

Kalau pejabat Federal dan negeri, boleh jimat air cond mereka dgn 2 jams sehari, cukup untuk raayat beli Ron95, pjbat semua tinggi sangat, jadi air cond kuat, bil elektik tinggi.
Pjt kurangkan 5% kaki tangan pun cukup untuk subsidi RON95, kalau porgi ke pjt, berapa org yg kerja. Org yg pangkat tinggi sekit, lagi susah, meeting, minum tea, sukan, seminar, tidurla! 10 kali baru dapat jumpa, kalau berhentikan activiti sebulan, kami dapat jimat juta2 untuk ron95, kaji betul2 banyak lagi tempat boleh cut kos untuk Ron95, raayat M'sia sudah buka mata la!!!

 dan ini....
by wakag

Kerajaan jgn tahu menyarankan rakyat berjimat saje,kerajaan pun kene berjimat..rakyat berbelanja dari wang mereka sendiri, jadi itu hak mereka..tapi kerajaan berbelanja menggunakan wang rakyat..perlu berhemah sedikit..dana untuk jamuan makan di setiap kementerian perlu dikurangkan, jgn asyik makan jer..prestasi kerja pada level yang sama jugak..makan dah la sedap2..duit sape,duit rakyat...Pantau aktiviti rasuah dikalangan pengeluar tender kerajaan..Pengeluar tender ni pun bukan org2 biasa..berpangkat menteri gak..Kesemua pejabat kerajaan yang tidak berorientasikan perkhidmatan kepada rakyat, perlu dikaji semula...dari segi penyaman udara,lampu,kemudahan driver dan sebagainye..staff tidak ramai,tapi penyaman udara punya la banyak,sebab ape,bangunan nyer besar sgt..lambat sejuk..membazir wang saje..

setuju dgn mereka berdua ni??

bila harga minyak naik harga barang secara automatik akan naik.
gaji belum tentu.
yang berniaga sendiri macam saya ni pun terbeban juga sebab kos ubat akan naik.
nampak gaya nak kena naikkan charge kat patient jugak nih...adil la kan??
tapi masalahnya saya jenis yg tak sampai hati nak charge giler2..cemana?
 

24 May 2011

BERITA TENTANG BLONDE

salam..
berkaitan entry sebelum ini tentang kisah BLONDE.
dukacita dimaklumkan bahawa BLONDE telah pergi untuk selam2nya pada hari Ahad 22/5/2011 sekitar jam 9.30 malam....puncanya?tidak diketahui.al maklum semua yang ada tak pernah jaga anak kucing kecik macam tu..
 

20 May 2011

THE BLONDE YANG BERTUAH TAPI MALANG

salam

memperkenalkan BLONDE
yang ditemui oleh SU dalam longkang.
ada 2 ekor tapi yang satu lagi dah hilang...orang ambil agaknya.
nampak hitam tapi sebenarnya perang2 sikit...sebab tu panggil blonde

SU,along & nurul tukang bagi susu sebab BLONDE tak pandai jilat lagi.
saya tak leh bagi...geli nak pegang.
dan bambam adalah tukang BULI
tengok kat bawah ni..
macam2 dia buat kat BLONDE
kalau dia jumpa yang 6 ekor tu tak taulah apa nak jadi.


bangun tidoq ja terus lanyak BLONDE
dah kena cakar tapi tak serik.

tapi the best part bila tengok dia ajar BLONDE cakap
'mama....mama...umie...umie...'

19 May 2011

AHLI KELUARGA BARU

salam sejahtera..
setelah beberapa tahun menghilangkan diri...hehehe...
kesibukan yg belum habis.

saja nak tujuk ahli keluarga baru..
dok tunggu anak orang tapi dapat anak kucing...
6 ekoq pulak tu.
anak2 GEBU
semalam baru lahir. masa semua orang tak dak kat rumah.

nabila the bambam tak nampak lagi nih...jenuh la pasni nak cover dari dia.dapat ke dia habis kena penyet.
actually saya tak suka kucing duduk dlm rumah tapi depa2 ni lah yg biar dia masuk beranak kat dalam.GEBU sebenarnya ada satu rumah lagi.jiran depan rumah saya.yang sebelum ni dia beranak kat sana.
nampak gaya nak kena cari cage utk letak anak2 GEBU kat luar.

selain GEBU ada sekoq lagi anak kucing dalam rumah ni..penghuni baru jugak.
BLONDE....SU jumpa dalam longkang.kecik nonet gak...makan pun tak pandai lg.org dah buang.kesian la plk tengok.tapi tak padan dgn kecik..asal serempak dgn GEBU mula nak menyinga.pagi tadi ja baru tgk depa mcm kissing2 (hahaha)..

GEBU & baby2nya.multi colour...
satu bapak ke?????

15 May 2011

DALAM SUKA ADA DUKA.......

salam.

esok 16 Mei...HARI GURU.
selamat menyambut hari guru buat semua warga 'pendidik'.
moga anda semua dapat membentuk anak2 Malaysia yang berjaya & berakhlak mulia.
pastinya kebanyakan sekolah mengadakan sambutan hari guru esok..kebetulan lusa (Selasa) hari cuti umum (Wesak).sekolah anak2 saya tak taulah lagi...
tunggu balik sekolah petang ni...adalah berita dari wartawan kami, Nurul.

dalam kemeriahan sambutan hari guru ni saya mendapat khabar sedih dari rakan2 FB...
salah seorang guru masa sekolah menengah dulu sedang terlantar di HDU salah sebuah hospital kat utara ni.belum ada diagnosis tepat ttg masalah kesihatannya.
walaupun dia tidak pernah mengajar kelas saya tetapi kami satu sekolah tetap mengenali beliau kerana dia adalah seorang guru yg sgt baik.begitu juga isterinya...juga guru di sekolah saya dulu.
both are very friendly & easy to get along with.
(segmen kisah cinta kalian antara yang menarik semasa di sekolah dulu)

moga Allah segera menyembuhkan cikgu Teh.
buat cikgu Ummi....sabarlah menghadapi dugaan ini...
we pray for the best for him.
get well soon sir.
 
 saya ambil gambar ni dari fb cikgu without permission.
harap cikgu izinkan.

11 May 2011

HIDUP DALAM KEHIDUPAN


salam.

kenapa orang suka merintih?
kenapa asyik nak merungut?
suka tengok benda2 dalam sudut negatif.
bila di keliling kita negatif macam mana kita nak jadi positif?
tak suka benda2 negatif esp waktu pagi.

hidup ni ada sebabnya...
jadi..
tak payahla nak merungut sangat.

mmmm...fikirlah sendiri.

10 May 2011

SAYA TAK SUKA JEM

salam
area SP tetiba jadi sibuk dalam minggu ni.
puncanya???
tengok gambar kat bawah ni.


merata2 tempat ada streamer ni.
yang tak bestnya kat area jeti Merbok jalan dah jem.
sibuk dgn agenda baiki jalan.dah berkurun jalan tu berlopak & tak rata.tapi bila ada lawatan rasmi ni barulah kalut nak elokkan.memang best bila jalan dah rata.tapi bila buat dalam masa singkat ni faham2 sajalah kualitinya.dah tu buat sepanjang waktu siang.....letih bila nak lalu kat situ.esp time org balik kerja yg clash dgn budak2 balik sekolah.
peang tadi saya pi ambik budak2 ni kat sekolah....perjalanan yg sepatutnya ambik masa 20 ke 30 min (pergi balik) dah jadi sejam lebih...
nak ambik jalan alternatif rasa tak berbaloi sebab jauh.

mujurlah DYMM tak melawat Tg Dawai...kalau tak lagi banyakla jalan nak kena baiki.

takleh nak imagine hari sabtu ni cemana keadaan kat situ.Permaisuri Agung nak datang jeti tu hari sabtu.bebudak ni sekolah ganti....ada exam plk tu.SU tak dak...sayalah nak kena meredah org ramai2 tu....hmmm...tak sukanya.kalau tak exam mmg sah2 bebudak ni kena ponteng.

notes:
1..bagus gak org2 besar ni dtg melawat...barulah nak nampak kemudahan awam dibaiki.
2..andainya org2 besar buat lawatan mengejut kan ke lagi best...baru nampak our real life situation.
3..bila ada event macam ni kenapa tak prepare awal2...lets say sebulan ka...bolehla depa buat jalan time malam2 masa jalan tak sibuk.
4..kesian tengok buruh2 yg bekerja tungkus lumus tengah panas.....membahang cuaca sekarang ni....dengan asap kereta yg lalu lalang lg....habisla lungs depa.

tgh doa bg cikgu besar sekolah budak2 ni batalkan kelas ganti sabtu nanti....amin..


09 May 2011

GATAL TANGAN

salam.

agak2 pokok ni boleh selamat tak?

ini adalah sejenis pokok hiasan yg mempunyai daun yang cantik.
saja gatal tangan ubah tempat pokok ni.
masa nak ubah hari tu hujan tiap2 hari.sekali bila dah ubah, langsung tak hujan pulak.
jenuh bersiram.
moga kau selamat wahai pokok....


08 May 2011

KERJA TANPA GAJI...SELAMAT HARI IBU

salam

SATU KARIER YANG SANGAT MENCABAR
TANPA INSTITUSI PENGAJARAN KHAS
KERJAYA SEPENUH MASA
GANJARAN BULANAN @ HARIAN YANG TIDAK DAPAT DILIHAT
HANYA KEPUASAN BEKERJA

GANJARAN AKHIRAT YANG BESAR ANDAI IKHLAS & DEDIKASI

WALAU TANPA RM
RAMAI YANG GEMARKAN KERJAYA INI

TAHNIAH KEPADA ANDA
SELAMAT HARI IBU

 saya suka quotation di dlm gambar ini
 
berbahagialah anda yang masih punya ibubapa
alfatihah buat arwah mak...moga sentiasa damai di sana.


NAK AMBIL MEDIC?SILA TUKAR PILIHAN ANDA

salam.
beberapa hari lepas saya terbaca berita yg menyebut bahawa mulai tahun ini kementerian pengajian tinggi membekukan pengambilan pelajar kursus perubatan.mulanya saya ingat sekadar membekukan sebarang permohonan dari mana2 IPT utk membuka kursus perubatan.rupanya, membekukan pengambilan pelajar selama 5 tahun bermula tahun ini.alasannya,bilangan graduan perubatan sekarang adalah berlebihan.selain drp itu pihak kementerian mahu menjaga kualiti graduan perubatan dgn menghadkan bilangan pelajar yg ada.khabarnya juga,dengan bilangan pelajar yg ramai,terdapat masalah kekurangan hospital untuk melatih pelajar.

pada satu pihak,ada kebenaran & lojiknya tindakan ini terutama sekali dalam memastikan penghasilan doktor2 yang berkualiti (cuma...apakah kualiti yg dinilai itu?).saya rasa semua orang sedar bahawa bukan 100% pelajar perubatan itu mengambil kursus perubatan atas kehendak sendiri.ada yang mengambilnya semata2 kerana desakan ibu bapa.memandangkan pelajar2 ini adalah golongan genius dalam akademik maka tidak sukar untuk mereka diterima ke kursus perubatan.tetapi adakah mereka ini akan menjadi doktor yang berkualiti?


sebenarnya saya tidak begitu bersetuju dgn pembekuan selama 5  tahun ini kerana ianya seolah2 menutup peluang pelajar2 yang betul2 berminat untuk menjadi seorang doktor.andai dari keluarga berada ianya tidaklah menjadi masalah kerana mereka boleh melanjutkan pelajaran di luar negara.tapi bagaimana dgn anak2 yang kurang  mampu?
sekiranya dalam setahun ada 100 orang yg genuinely ingin menjadi doktor,maka untuk tempoh 5 tahun kita kehilangan 500 bakal doktor dedikasi....kerugian yang besar pada pandangan saya.


adalah lebih baik andainya dikurangkan pengambilan setiap tahun.lakukan juga screening yang lebih baik.mana2 pelajar yg berminat untuk mengambil bidang perubatan perlu didedahkan dgn situasi kehidupan sebenar sbg pelajar & doktor terutamanya semasa menjadi doktor siswazah.jangan sekadar mengambil kira kelulusan akademik & temuduga selama 10 atau 15 minit (temuduga saya dulu sangatlah simple) untuk memilih pelajar.ibu bapa juga perlu diberi penerangan tentang kerjaya ini.ianya bukan kerjaya untuk mencari glamor.bukan juga kerjaya untuk mengumpul harta....


kita boleh mencapai nisbah doktor:pesakit seperti yg dikehendaki iaitu 1:400 tetapi bolehkah kita mencapai nisbah doktor berkualiti dgn pesakit seperti angka itu?


bagaimana pula dengan bilangan pakar?andai peratusan doktor2 yang ada melencong keluar semasa di peringkat MO adalah tinggi,maka jelas sekali bilangan pakar berkurangan.kenapa MO tidak menyambung belajar untuk menjadi pakar?semestinya kerana tidak berminat.sebab itu pemilihan pelajar itu sangat penting.

kesimpulannya...adalah lebih wajar mengurangkan jumlah dengan memilih yang betul2 bersesuaian daripada terus menutup peluang kepada semua orang (walaupun untuk sementara).

saya punya teman2 yg bekerja di hospital yang merungut bahawa HO yang ada sekarang tidak lagi seperti zaman dahulu.ramai yg malas & mengambil mudah dalam hal kerja.
begitu juga dengan jururawat pelatih....ramai yang malas bekerja/belajar.
kerajaan juga perlu melihat kepada kualiti jururawat sekarang..terlalu banyak nursing school.adakah produk mereka ini juga berkualiti?...saya pernah melihat jururawat pelatih melarikan diri bila melihat pengajarnya datang sebab ingin mengelak dari ditanya & disuruh melakukan prosedur...dia bernasib baik kerana saya bukan bekerja di situ....



06 May 2011

PROBLEM SOLVING

salam.
hari ni just nak share satu lagi perkembangan nabila the bambam.
setakat ini mmg nabila dah faham hampir semua arahan atau suruhan yg diberikan kpd dia.cuma kalau ayat yg terlalu panjang,nabila agak susah nak faham...so dia buat muka blur.kemudian tanya kita balik..."ni?...'a ni?" kalau jadi mcm tu kena ulang balik arahan satu2.

petang tadi masa saya kat dapur tgh buat kerja (di kedai SU),nabila minta nasi.kat kedai manalah nak ada nasi.so saya suruh dia minta duit drp abahnya untuk beli nasi tu.lenggang lenggok ja dia jalan ke depan ke tempat abahnya.tak taulah apa yg dia cakap.then dia datang balik kat saya.kacau2 saya buat kerja.

saya tanya mana duitnya...dah minta dari abah ke belum?
dia ulang ja cakap saya..."uit...uuit.."(duit).
tahu dah...mesti tak minta lagi.so saya cakap slow2..
"pi kat abah...minta duit nak beli nasi"
dia buat muka tak faham.
"nabila...pi kat abah...cakap....abah,nak duit.beli nasi."
dia jalan ke depan....tapi bukan cakap dgn abahnya...
boleh dengar suara dia cakap ni..
"kakak...mai ni.."
ooo...rupanya dia panggil kakak yg mmg ada kat depan tgh buat kerja sekolah.
dia pegang tangan kakaknya bawa ke tempat saya buat kerja..
pastu tunjuk2 saya kat kakaknya...
sambil mulut bercakap..."kakak...ni"
rupanya dia nak saya bgtau kakaknya apa yg saya suruh dia buat tadi sb dia tak boleh nak faham...

so sweet...
nampaknya nabila dah develope skil baru...dia guna otaknya untuk berfikir macam mana nak selesaikan masalah.
mungkin simple bg kita but definitely a great achievement for a special kid like my bambam.


moga nabila terus membesar dgn sihat & menjadi anak yg pintar.


05 May 2011

NABILA MAIN AYAQ

salam.
jom tengok aktiviti bambam masa berkelah kat ULU KENAS.

seperti biasa.....kita zzzzzzz dulu

yeayyyy!!!!!....i'm free!!!!!

ait...apasal air paras lutut akak ja...tapi kat baby sampai kena perut???

best gak lepak atas riba abang ni...empuk ja.
abang cik pun nak tolong jaga baby ke?

dah sejuk berendam kita panaskan badan dgn durian pulak.

pastu masuk air semula.....
umie!!!apa nie???

sebelum turun ke seberang yg lebih dalam,
kita nyanyi bangau oh bangau sat dulu...boleh kan?

makcik nor buat facial kat abg baby

adik baby pun nak jugak!!!!

dah sejuk kita isi perut dgn durian lg.
lagi sedap bila umie tolong suapkan.


ronda2 tengok kawasan sebelum balik

04 May 2011

SALAM KEMBALI...JOM CUCI MATA

salam kembali..
tu diaaaa!!!!berkurun tak masuk rumah ni...ish..ish..ish...

minta maaflah kepada semua tetamu yg menjenguk..tuan rumah weng2 sikit.banyak kerja nak kena buat.tapi dalam banyak kerja tu sempat lagi pi makan angin...eh!!...makan durian.

30.4.2011 (sabtu)...weekend yg agak panjang.
memang pantang la ada weekend panjang2 gini...mesti nak berarak kat jalan raya.makanya,sempena meraikan penghujung musim durian (season pertama) kami ahli2 NARC sempat memeriahkan kawasan perkelahan ULU KENAS Kuala Kangsar Perak.

keluar rumah pukul 7.30 pg kemudian berhenti sana sini nak cukupkan korum maka akhirnya sampai juga kat tempat berkelah tu sekitar jam 11 pagi.semua yang join adalah 9 keluarga (avanza sahaja)

ketibaan kami disambut oleh deretan ini...

seperti biasa,acara pertama ialah mengisi perut.
pulut pun ada.
nasi & lauk pauk pun ada gak.

abang baby dgn penuh gaya...tapi gagal..hahaha!!

sambil tu chip potong kek dgn anak2 terunanya..
3 beranak ni lahir bulan april..

sikecik & abahnya berkongsi tarikh lahir....
sebab tu perangai serupa kot.

lepas makan terjun sungailah....
nurul...nabila...anis

area kami

pasir halus & bersih..macam kat pantai
haris & ???...lupa nama la dik...sori no..

turn abah pegang nabila
budak kecik ni tak tau takut...letih nak pegang dia.dah la berat.

ibu2 bergosipping..
budak baju merah (boboy) baru lepas sentap

bahagia la depa...
our sukuriti gad

tempat yang cantik.....air laju mungkin sebab musim hujan.
memang kena hati2 sebab kedalaman air tak sekata walaupun dalam satu 'pool'.

sisa makanan 'opet'

lepas mandi..makan lagi...pastu mandi lagi...pastu makan lagi..
memang hantu air & hantu makan la geng ni..
si kecik kenit yang sangat baik...
lain kali ada konvoi join lagi yer...

main dgn pokok sb semua org tak larat nak layan dah.
dia uk..uk masa ni tapi umie tak perasan.dia dah bgtau tp umie tak percaya...(hihi).
sib baik sebelum bergerak tu terperasan jugak...terus salin.terpaksalah org lain tunggu.
bukan senang nak salin pampers budak ni...banyak main2.

lebih kurang 4.30 ptg baru bergerak balik.tapi singgah dulu kat pekan KK sebab ada KARNIVAL VESPA,MOTOR KLASIK & KERETA ANTIK.saya tak join..tunggu dlm kereta ja sb dah tak berdaya nak jalan...lgpun hujan.mek kecik pun dah terbongkang.


4 sekawan...our bujang teruna

actually pameran tu pun dah nak habis sebab dah lewat petang.
lepas pilot2 & anak2 teruna jamu mata kat situ kami bergerak untuk isi perut sekali lagi (see...hantu makan kan???)
dah tak cukup 9 family

lepas makan baru bergerak balik rumah.
highway jem!!!

sampai rumah pukul 9 lebih sebab SU ajak singgah PERDA utk isi perut lg...(lagi????)...dia ja yg makan.kami minum ja pun.

sekian laporan cuti kami...
(laporan ttg budak bambam menyusul kemudian)