SENANG CARI

31 March 2011

YANG DIIDAMKAN

salam.

mengidam masa hamil....betul ke wajib ditunaikan?
kata org kalau tak ikut nanti baby tu kempunan..dah lahir nanti air liur meleleh ja.
tapi kita yg dewasa ni pun kdg2 meleleh gak kan...bila nampak makanan yg sedap2...tapi takleh nak makan sb tgh diet..hihi...sebab tu malas nak diet.

tetiba cerita bab mengidam.puncanya?tengok metro hari ni.suami tu belasah wife dia sb si wife yg tengah pregnant arahkan dia keluar cari makanan yg diidamkan.
wifenya pun satu...husband baru balik kerja...malam2 plk tu.disuruhnya keluar cari benda yg dia nak.nak plk buah munggai (sedap giler kalau masak dalca @ gulai dgn ikan darat).
kat KL senang dapat ke?mau si suami tak hangin.

gambar yg digoogle

utk isteri2 yg mengidam..agak2 la jugak kan.
timing betul2 masa nak minta tu..then gunalah strategi ayat yg sedap didengar.


sapa yg pernah mengidam benda pelik2 pastu tak dapat..?


29 March 2011

SEDAP WEH!!!!

salam..

cantik tak?
nampak sedap kan?

 

jangan terpedaya!!!!!
semua ni tak boleh dimakan.
untuk hiasan semata-mata.
nama dia FAUX CAKE

nak tahu lebih lanjut sila ke blog tuannya kat

AKU MERINDUIMU

salam..
I hate meeting people who looks like my father @ my mom..
it reminds me of them...missing them so much.
just had a patient with body figure very much like my father.
soft spoken just like him too...

miss you so much.....
moga aman di sisi Allah
(i'm in tears)

YA ALLAH...AMPUNILAH SEGALA DOSANYA
JUGA IBUKU
BERIKANLAH SEBANYAK-BANYAK PAHALA KEPADA MEREKA
ATAS JASA MEREKA MEMELIHARA & MENYAYANGI DIRIKU
PELIHARALAH DIRINYA DARIPADA SIKSAAN KUBUR & API NERAKA
SAYANGILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI DIRIKU
LIMPAHKAN JUGA PAHALA DARI PEKERJAANKU INI BUAT MEREKA BERDUA
BAHAGIAKANLAH KEHIDUPAN MEREKA DI SANA BERSAMA ADIK & ABANG
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN


TITLE???

salam.
  1. alhamdulillah...mata dah elok.
  2. hujan sepanjang hari sejak malam tadi...mmmm....bestnya kalau dapat zzzzzzzz...
  3. bambam selsema..hari ni masuk hari ke 2.
  4. petang2 sikit baru update cerita...insyaAllah.

28 March 2011

MATA MERAH

salam.

hari tu main tunjuk2 gambar mata nabila.
kali ni tgk mata umie nabila plk.
adehhh!!!!
bangun pagi tadi tetiba melekat plk la mata dua bijik ni.
pelik gak.sebelum tidur tak la nangis2 pun.mimpi sedih pun takdak juga.

lepas cuci muka belek2 kat cermin...alahai...dah merah2 la.
lepas check patient siangnya dah cuci tangan...boleh jangkit lagi?
kuman apakah ini?
(atau sebab daddy ziyad sebut pasal conjunctivitis dlm comment box saya??..logic?)

janganla melarat...nak kerja.mana ada cuti2 lg dah.
terus ja titikkan BETAGEN..
saya suka guna yg ni.
NICOL tak best..pahit sampai tekak...yg tu saya bg kat patient ja..hehe...
is it fair?of course..

sekarang dah malam...mata merah sikit2 ja...alhamdulillah.
balik satg titik lagi.
insyaAllah selamat.


MAKANAN MUSIM HUJAN

salam.
tempat uols hujan lg tak?
sini dah tak hujan.paling lebat hari Sabtu baru ni...sepanjang hari membawa ke pagi Ahad.
best...sb cuti.

pagi2 bangun buat nasi goreng pastu melayan hujan sorang2 sambil makan nasi goreng.
yg lain2 semua sambung beradu lepas solat subuh..biarlah.malas nak kacau.sekali sekala dok melangut sorang2 best jugak...aman ja rasa.

pemandangan dari pintu dapur..
orked jiran yg dah melangit.
nasi goreng ala kadar

by tengah hari hujan masih on off..sat renyai sat lebat.kami lepak2 kat kedai sambil kemas apa yg patut.sampai ke malam duk kedai.tapi tak la kemas sgt pun..kan hujan..seronok mengeram.

roti john abah

malam SU buat roti john...sedaappp...melahap makan.
nabila makan roti bakar ja sb roti john pedas...tu pun tak cukup.
lapar sgt kot time sejuk2 gitu.

liat ka roti tu baby?
senyum tak ikhlas..

hari ni dah tak hujan...mendung sikit2 ja.dah habis kot musim hujan lebat.
sekarang ni susah nak predict.cuaca tak menentu.
ekosistem kat bumi ni dah tunggang langgang.
sapa buat???? kitalah...manusia.

27 March 2011

TUKAR NAMA

salam
hari ni pepagi lg dah keluar ke SP....hujan renyai2.
(tapi tak best drive pagi2 ni...time org pi kerja.ramai yg drive macam org tak dak akal..)

lokasi tujuan ialah pejabat tanah...
nak selesaikan urusan jual beli.
undang2 baru...kena buat tukar milik kat pejabat tanah.
dulu2 boleh buat kat pejabat lawyer ja.
mujur dekat ja.bayangkan kalau orang yg duduk negeri lain tapi jual property kat Kedah...
kena balik untuk buat pindah milik kat sini..lecehkan.
deal dgn pejabat lawyer senang sikit sebab working hours lebih panjang.lgpun kalau ofis tutup pk 6 pm,kita buat appointment nak jumpa 6.30 pun dia tunggu (bisnes kan).

kat negeri lain pun kena ke pejabat tanah juga ke?..just nak tau.

sib baik pagi2 td pegawai pentadbir ada...boleh la settle.before 9 am dah sampai rumah semula.

hantar bambam pi sekolah...
mak oiii...eksyen sungguh dia pagi ni.siap suruh umie & abah keluar..dia nak tutup pagar & grill semua.pastu buat2 tak dengar arahan..masuk kelas dengan seliper tak bukak..terpaksalah cikgu hambat...hehe..pepagi dah buli org.

26 March 2011

MATA-MATA

salam

jom main mata...

mata juling
mata berair/sembab
mata bulat
mata sepet
(penuh eye shadow hasil kerja pengasuh dia)
mata cantik
semua mata yang cantik & tak cantik ni adalah milik budak eksen ini...
cubit baru tau...


TERPEDAYA DENGAN KUIH

salam.

masa pergi pasar terapung @ Floating Market Hadyai last year ternampak buah2an ni.
member beli tapi tak pulak saya belek @ rasa (kedekut...takmo beli sendiri...hihi).

tapi dok terfikir jugak la...cemana benda2 ni dibuat?
pandainya depa...boleh buat jeli bentuk2 cantik macam ni.

semalam jenjalan jelajah blog terjumpalah kuih ni kat blog CITARASAWAN.
rupa2nya bukan buat dgn jeli pun...guna kacang...
ish!!!tertipu teman...jeli tu utk salut dia ja bg berkilat.
ni gambar dari blog CITARASAWAN...(ambik tanpa kebenaran nih...harap2 tak kena saman).
sapa2 yg nak tau cemana nak buat benda ni boleh klik SINI.
buat hantaran  @  makanan utk jamuan mmg sesuai sangat.

25 March 2011

HANTU ITU SANGAT TAKUT!!!

salam.
boring2 ronda kat FB jumpa post ni kat wall member...
it makes me laugh..thanx bro.
karangan sapa tak taulah.
jom baca ramai2.
cikgu dia mesti gelak jugak.
agak2 apa cikgu tu cakap bila murid ni pi jumpa dia?

antara response yg ada..
SU baca yg dlm bulatan kat bawah tu...
pulun gelak sampai pening kepala.

MOOD ELEK...

salam

inside of me today

why?dont know
wait till it change....hopefully soon.

24 March 2011

LOKASI BARU

salam.
baru dapat lokasi makan yang baru.
nun di Alor Setar.
milik senior sekolah menengah dulu.
restoran dalam taman (garden).

tak sabar nak jengah tapi kena tunggu next weekend.
minggu ni busy sikit.
nanti saya dah terjah & rasa2 barulah boleh promo kat sini.
(promosi bergambar baru best esp bab makanan)

HELANG BATU,KETAM BESI

salam.
masa g Krabi hari tu jumpa burung helang besar macam kat Langkawi.
ingatkan kat Malaysia ja ada burung besar ni.
rupanya Thailand pun ada.

tapi yg kita punya lagi besar & lagi lawa.

posing cek...posing.....panas berdengung masa kat sini.

bertentangan dgn burung helang ni ada ketam besi yg besar.
dah tulis kat notis tepi tu jangan panjat...tapi ada bebudak ni kisah???
mak bapak pun sama..
idlan booking port paling tinggi

"panjat dok ataih tu...ha..kat situ...baru cantik ambik gambaq"
bukan ada org jaga pun....hehehe
tapi mak bapak takleh panjat la...patah satgi...naya...
aksi terlampau seorang bapak..
(tokey...back marshall @ sweeper)

(utk pnut...geng kami jenis2 gini belaka..pakcik gebu takyah malu2 nak join)

SU kata nama tempat ni Dataran ZERO....tp tak nampak pun sign board.


23 March 2011

MELAYAN SUNGGUH....

salam.
apasal semua org suka tengok cerita P Ramlee esp budak2 kecik?
budak2 ni tak lahir lg pun masa zaman P Ramlee tapi boleh melangut khusyuk bila dia buat lawak kat TV.kalau tengok cerita @ drama zaman la ni sat ja depa dah bangun buat kerja lain.
ada aura daya penarik gamaknya seniman agung Malaysia ni.
kat rumah saya semua suka cerita P Ramlee.
termasuklah si kenit bambam ni.

tengok....melangut sungguh
(pemandangan kain baju berlonggok atas kerusi
adalah normal di rumah saya...
hanya akan clear pada hari cuti)
sampai cawan air pun kepit celah kaki ja.
dari duduk kat lantai ubah naik kat kerusi pun tak pandang ke lain.
tapi bila part lagu dia bising.dia suka tengok part bercakap2.faham gamaknya.

ni tengah tengok cerita P Ramlee kat TV2 hari Isnin malam...
yg ada tikar terbang tu.

saya pun minat gak tapi taklah fanatik sgt sebab dah baaaanyak kali tengok.

p/s:pas ni boleh cari CD P Ramlee...
time nak masak boleh pasang bg nabila tengok...confirm aman kat dapur.


22 March 2011

RAHSIA TERBONGKAR

salam.
nak tau apa dalam beg sekolah nabila?
sama ja tiap2 hari..
bukan mainan
sb kat sekolah dah banyak mainan.
bukan makanan
sebab kat sekolah mmg ada makan free

yg takdak kat sekolah ialah...
poket depan...
botol susu (siap2 bubuh susu tepung...bila nak minum cikgu tambah air ja)
 & saputangan
ruang utama..
tuala,baju (complete set) & pampers.

sapa teka dgn tepat???

auntie ju (nuyin2u) & auntie ayu (ibu aisya) hampir tepat.
sorang satu FM (simple ja) dari Krabi...
sila emel nama & alamat kpd saya.