SENANG CARI

30 August 2010

TIGA BUDAK COMEL

salam..
comel tak dia ni?....
semestinya budak perempuan tu lah...takkan ayah dia plk...
tak pasal2 mak dia pelangkong nanti..hahaha...
comel kan?saya suka tengok muka tembam dia.dah la putih gebu.
sabtu baru2 ni kami ke rumah si comel ni (dayana) tengok baby baru.takla jauh mana pun dgn rumah tapi baby dah 2 minggu baru sempat jengah.ayah dayana,azim adalah kawan hbby dr kelab motor.bila dah suami berkawan maka isteri2 pun berkawan la jugak kan..
nabila bukan main seronok lg dapat tengok baby (afrina).ni first time dia jumpa baby kecik.selamba jer duduk kat tilam baby lepas tu suruh letak baby kat dia.siap nak riba2 lagi.risau juga takut dia buat geram pi lempang baby tu.nasib baik dia ok ja...tepuk2 baby bila baby tu bergerak.siap marahkan nurul lg bila nurul nak sentuh baby ni.

si comel yang tidur memanjang....
jaga baby sambil tengok tv...gaya mesti ada...
dah boleh jadi kakak ke ni???
bila dah lenguh kaki barulah nabila nak bangun ke tempat lain.faham2 jelah..bila dah bangun.rumah orang jadi macam rumah dia.jelajah sampai ke dapur.ada plk datuk & nenek dayana ni yg suka melayan...hmmm...sukalah dia.

nabila tengah bodek auntie nak pegang baby ni pulak.
yg tak pegang baby tu adalah zira..ibu dayana & afrina.
dah tu ada sorang lg baby lain kat rumah ni...baru umur seminggu.sepupu dayana (anak adik zira....zira ni ibu dayana).sibuk plk nabila dok tolong nak mandikan baby kecik ni..yg ni tak pasti plk nama dia.dua2 baby ni baik ja...tak menangis pun.
sekejap saja kami kat situ sb hari dah petang..kalut nak balik beli juadah berbuka...(harap maklum..beli saja tiap2 hari).alhamdulillah dapat suami & anak2 yg tak kisah makan luar tiap2 hari.saya suka masak tp badan letih tak seronok memasak..mood takdak.bila mood takdak masak pun tak sedap...alasankah itu???

29 August 2010

JALAN & MAKAN

salam..
sudah hari ke 19 ramadhan.pastinya ramai yg sibuk buat kuih raya kan...shopping complex pun tambah meriah dgn org2 yg nak beli persiapan raya ni.saya tak suka shopping time2 macam ni tp terpaksa jg keluar sekali sekala.
tahun ni majlis berbuka puasa pun tak sesibuk tahun lepas.27/8 ada satu majlis untuk x-mrsm kulim northern region tp tak dapat attend sebab husband ada majlis berbuka bersama ahli kelab SYM pada hari yg sama.ikutkan mmg dia bagi jer saya join tp sapa nak jaga si kenit tu?nak bawa sekali????ampun!!!...tak kuasa den.
31/8 ada majlis membuat bubur lambuk & berbuka puasa di Kepala Batas PP bersama warga emas & pada 2/9 plk majlis berbuka puasa & shopping raya (sumbangan TESCO) bersama anak2 yatim Wadi Sakinah.dua2 program ni adalah anjuran Sinar Harian dgn kerjasama NARC.kemudian pd 4/9 majlis berbuka bersama ahli NARC & keluarga.....yg ni tak formal.lepas tu?????...open house raya la plk kan...saya tak buatlah...insyaAllah tahun2 akan datang..pernah buat sekali dulu...letih giler...

hari ni kita tgk cerita pd jumaat 27/8..en hbby kan ada majlis berbuka maka saya sorg2 angkut budak2 ke Giant lepas magrib sb dah kehabisan pampers & susu nabila.bulan puasa ni laju plk susu budak ni.nampak kuih raya NORAINI'S kat Giant...beli almond london.saya suka biskut raya Noraini ni..mmg sedap.then beli apa yg patut...mostly food.hbby balik dr buka puasa terus jumpa kt sini.

kemudian bergerak ke tengah pekan..konon nak ke bazar raya depan Kamdar.

sekali bila ke situ...alahai...no parking.!!..so ke road walk depan BANK RAKYAT jelah.
first time ke sini.banyak jg gerai tapi kebanyakannya baju.

dapatlah beli kemeja utk along..POLO tp ciplaklah kan...
tak kuasa nak beli yg ori..bukan pandai jaga pun.nabila berdukung saja awalnya
sb abahnya kata takyah bg kasut..
nanti susah nak kontrol.tapi bila sampai satu gerai kasut ni
mak bapak dia plk yg excited nak beli utk budak kecik ni.

apalagi..masuk ja kasut...ngam2 size plk tu,pecut jelah..suka tak suka mmg kena beli.hilang lenguh mendukung tp dapat plk lenguh kaki dok hambat dia.

mujur jg kat satu tempat tu ada macam stage so dia dok naik turun kat situ ja.sekali sekala menjelajah gerai org.pastu tegur semua tuan2 kedai tu...macamla org faham apa yg dia cakap.sempat juga beli sandal utk along satu sb yg lama dah rosak sikit.
untuk nurul ja yg tak jumpa lg.
dah penat berjalan terus bergerak balik tp tak terus ke rumah.singgah HUSSEIN NASI KANDAR plk...isi perut & basahkan tekak.padat betul kedai nasi kandar malam2 ni.macam lepas gian plk org2 ni makan.tp tak semualah...ada gak yg lepak2 minum ja.saya dapat tahu dari sumber yg boleh dipercayai bahawa tokey kedai ni sgt suka menderma / bersedekah.bagus kan?sb tu rezeki dia murah.murtabak bulan puasa kat sini sedap sangat...tebal & penuh isi.sebiji boleh makan satu family.

apa kami makan kat sini?

along...semestinya nasi.

nurul...kuey teow tanpa sayur..makan separuh ja...abah yg kena habiskan.

abah & nabila...roti canai.tp nabila buat main ja.bila umie ambik makan punyalah dia marah...
umie...minum ja & habiskan roti nabila.

lepas tu baru balik rumah...sampai dekat2 pk 12 mlm.

27 August 2010

AWET IKAN DENGAN PENGAWET MAYAT

salam..
selamat meneruskan ibadah puasa.
rasa macam dah lama tak review berita dari HARIAN METRO.
apa kata hari ni kita tengok cerita ni.

Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains & Teknologi Makanan UPM,Profesor Madya Dr Fatimah Abu Bakar mencipta 'Biosensor Elektrod Enzim' iaitu sejenis alat untuk mengesan kehadiran formaldehid di dalam ikan & makanan laut yg dijual di pasaraya..Tahniah kpd Prof Madya Dr Fatimah.

mungkin saya ketinggalan tetapi ikhlas cakap mmg saya tak tahu yg formaldehid ni digunakan untuk menyegarkan makanan laut & ikan di supermarket..saya jarang2 sgt beli ikan kt supermarket tp lepas ni confirm tak beli langsung.nak tau macam mana bau formaldehid tu?memang teruk bau dia...sgt memeritkan hidung & mata.nak bau pun tak sanggup takkan nak makan plk...iyerk!!!
saya masih ingat lg masa study dulu kami kena study ttg anatomy @ struktur badan.maka kenalah pegang mayat2 yg dah diawet dlm formaldehid ni.(masa tu USM tak guna kaedah lilin/wax mayat lg).seksa rasanya menahan pedih mata & tekak menyedut bau formaldehid ni...untuk makluman mayat ni mmg nampak fresh & basah2 dek larutan  tu..tp takde darah la...bila balik hostel bau tu masih melekat kat lab coat...nak makan pun terbau2 je lagi..
bila ada kelas anatomy kat lab jer mmg susah hati.bukan geli tapi tak tahan bau perit tu.

bayangkan cecair yang sebegini masuk dalam saluran pemakanan & darah kita.patutlah banyak sangat kes barah sekarang ni.makanan kita banyak yg beracun.kenapa tak haramkan saja penggunaan bahan spt ini di dalam industri makanan?

kepada sesiapa yg suka sgt ke supermarket utk beli ikan &
malas nak ke pasar basah.... fikir fikirkan.

26 August 2010

ENTRY JADI CONTEST...

salam...
bulan puasa ni nabila lebih banyak duduk dgn abahnya.kadang2 kat rumah...kadang2 abah bawa ke ofis @ kedai.bila dgn abah faham2 jelah...aktiviti wajib semestinya menyemakkan rumah / kedai.abah biar ja sb takmo dia kacau abah buat kerja.
jom tengok apa dia buat petang semalam.

menyelongkar rak TV....walaupun rak tu sebenarnya kosong.

nampak ja umie pegang kamera...terus bangun.

nampak makanan atas meja abah terus g ambik...sekali dgn fail abah terjatuh...
haaa....kalut nak letak balik.

satu lg benda yg boleh bg nabila duduk diam...makan.
ada cheese tart ja baby oiiii....
abah tak bawa susu so umie beli air kotak ja.

siap baca doa tu...

huh!!!...ni apa hal plk????jilat tangan umie....
tak cukup makan ke??

CEPAT!!!!!!SIAPA JAWAB DGN TEPAT DAPAT DUIT RAYA DRP NABILA....SERIUS NI.
KENAPA NABILA JILAT TANGAN UMIE?
ANDA ADA MASA SEHINGGA PUKUL 12 TGH MALAM 5/9/2010.
JAWAPAN & PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 6/9/2010.


SILA TINGGALKAN JAWAPAN ANDA DI KOTAK KOMEN ENTRY INI.
SERTAKAN LINK BLOG ANDA SUPAYA SENANG SAYA CONTACT NANTI.
ITU SAJA....

25 August 2010

HALWA TELINGA

salam..
hiburan di pagi hari.
comel betul budak ni esp masa dia senyum bila
terlepas kayu pemukul drum tu..


agak2 nabila boleh tak di train sampai jadi macam ni???.....hmmmm...

24 August 2010

JUMPA KAWAN BLOGGER

salam..
dalam masa setahun berblogging ni saya baru berpeluang berjumpa 2 org blogger.first ialah PNUT & yg ke dua ialah KAUTHAR.dulu jumpa pnut sb pnut nak bg cupcakes.....sedap ooo...thanx again.malam td jumpa kauthar sb nak bagi cheese tart yg kauthar order drp saya.sedap tak?confirm sedap kan?

sepatutnya keluar lepas isyak & terus jumpa kauthar then baru ke kulim utk urusan en hbby.tapi plan berubah sebab kawan en hbby tu nak keluar pukul 10pm.maka terpaksalah kami berkejar lebih awal.lepas maghrib terus keluar.pergi kulim dulu settlekan kerja en hbby.lepas tu baru ke kubang semang jumpa kauthar.nabila tidur sepanjang jalan dari SP.sampai kubang semang baru terjaga....laloq jer.
actually saya sekeluarga mmg dah selalu ke kawasan kbg semang ni sb ada kawan kat situ.malam td pun dia datang jengah sekejap...sempat juga bawa balik nabila ke rumahnya.tp dia takleh sambung sembang sb ada kawan lain plk dok tunggu nak jumpa.so kami lepaklah kat restoran cikgu ni dgn family kauthar...(signboard restoran ni kecik jer...awal2 tu tak perasan pun).first time jumpa tp rasa mcm dah kenal lama.kauthar & suaminya mmg peramah.si kecik atif tu lagilah pot pet....syok sembang dgn dia.tanyalah apa pun semua dia jawab....keletah sungguh.the best part was bila dia cakap...

atif : mama...atif nak tawen.
saya: bila?
atif : esok
saya : dengan sapa?
atif : ....... ada nama girl dia sebut..lupa plk saya nama tu
mama : sapa tu?
atif : girlfriend atif
saya : baju kawen dah buat?
atif : dah
saya : warna apa?
atif : tuning (kuning)
saya : pelamin dah siap?
atif : dah
saya : pelamin warna apa?
atif : tuning

hehehehe....yg bestnya dia senyum ja sepanjang sembang tu..amboi..tak padan dgn kecik dah nak kawen nooo...tapi bila kena cium dgn nabila, malu plk atif.nabila mmg tak malu...suka cium2 org ni.
harap2 masa kecik ni sajalah kannnn....
seronok sembang...sampai pk 12 tgh malam baru bergerak balik.tapi tak terus ke rumah.en hbby dah teringin nasi kandar so kami ke kedai bawah pokok...(exact location tak pasti tp area bagan).nabila yg mengantuk2 tu boleh plk makan nasi.banyak plk tu.dok suap dia makan sampai pk 1.30 pg baru settle.kira sahur teruslah ni.sampai rumah pk 2 am+.
di kulim...sedapnya tidoq..
family kauthar...nabila mmg suka nempek kat org.
khusyuk tgk video kat handphone...
lenguh kauthar??
bakal pengantin yang keletah..
kedai bawah pokok
tak cukup tau nasi tu...nabila tambah lagi.
simple kan?..tapi nasi dia mmg power..
makan sudah...duit raya pun dah dapat...happylah budak kecik ni..

terimakasih kauthar sb bg duit raya awal kat nabila.
insyaAllah raya nanti kita jumpa lagi.....nak tengok 'pengantin baru'...hehehe

DAH RAYA KE???

salam..
sukaaaa....semalam hari ke 13 puasa tapi dah dapat hamper raya.

big one..mmg tiap2 tahun dapat hamper drp company ni...one of my supplier for clinical products.kalau semua supplier macam ni kan best...
masa new year pun dapat hamper juga..
thanx to scan medi & mr neoh.

23 August 2010

BERBUKA DI SEMANGGOL

salam..
ni cerita aktiviti hari sabtu 21/8....sebenarnya tak plan pun nak buka puasa kat sini.tetiba ja masa makan rojak jumaat malam tu kawan hbby yg kat lumut (cik mat) cakap dia balik semanggol esoknya.oleh kerana ada barang yg nak diambil & dipas kpd cik mat & wife maka elok sangatlah ke semanggol ....daripada nak terjah ke lumut yg jauh tu..memang dah selalu macam ni...takde plan awal2.kalau plan awal biasanya tak jadi.

so hari sabtu tu pagi2 lg saya keluar cari barang2 nak masak.bukan utk bawa p rumah kawan tu tp utk parents saya.sb petang nak keluar.takde org nak tolong beli lauk.kakak saya takleh keluar sb kena temankan bapa saya.dia mmg takmo ditinggalkan dgn org lain.lepas beli terus balik rumah depan masak apa yg patut.simple ja pun...ayam masak kicap,sup,gulai ayam & goreng ikan.lepas masak ingatkan nak keluar ke bank.tapi bila balik rumah en hbby dah keluar.takde mood plk nak keluar sorang2...so melayan anak2 sajalah sambil bg nabila makan.

pukul 4 petang baru bergerak ke semanggol.join dgn kawan satu family lg (chip) kat tol sg dua.sepatutnya ada lg satu family tp depa tak jadi plk...nak mengemas rumah katanya.
sampai semanggol around 5pm.singgah bazar ramadhan dulu..membeli apa yg patut.hbby yg turun dgn along & nurul.saya duduk dlm kereta main dgn nabila...tak dayalah nak bawa dia jalan kat bazar ramadhan tu...dekat pk 6 sampai kat rumah yg dituju...actually ni rumah parents cik mat.masa kami sampai cik mat & family tak sampai lg pun...seganlah juga rasanya..mujur dah pernah datang last year.

cik mat sampai around 6.30 pm..singgah bazar ramadhan dulu cari murtabak..tu yg lambat.kalut2 ja ummi masak mee hailam dgn MIL dia.saya mmg tak tolong masak sb tak reti nak masak ramai2 ni.dah jenis masuk dapur sorang2.so saya ambil tugas membasuh pinggan mangkuk lepas makan.

lepak dulu sementara tunggu cik mat
nabila menjelajah
mee hailam tak turun lagi
my feveret ever..buah cempedak yg chip bawa
tunggu azan...muka memasing...
lepas berbuka & solat magrib...bergasak la pulak
best rumah ni..ada ruang asing utk budak2 ni main
nabila pun nak join juga...
terjerit2 marah sb org tak tunbuk dia
en hbby dgn cik mat dah surrender..chip masuk round ke 2.
tapi lepas tu chip plk pulun lena

banyak betul makanan...semua nak rasa...kekenyangan sampai rasa malas nak balik.tp terpaksa balik jg sb ahad sekolah & chip risau anak2 kucing dia tinggal kat luar rumah.sampai rumah around 11.30pm....awal lagi..

.......menanti majlis buka puasa ramai2 geng NARC..