SENANG CARI

30 June 2010

SEMAKIN BERAKAL

salam..
perasan tak?
saya tak pernah tulis perkembangan nabila kat sini kan...
saya pun baru terperasan.
hari ni nak tulis sikitlah.
nanti boleh jg buat kenangan esp utk nabila sendiri.

perkara yg paling saya excited ialah bila nabila start berjalan.masa tu hari raya 2008..nabila was 2 yrs + 1 mth.
mula2 tu jalan few steps then terduduk.tapi masa jamuan hari raya TAVAC nabila berjalan banyak steps..laju plk tu..saya yg teruja terus cakap kt hbby..tak kiralah walaupun masa tu kat rumah org.
sekarang dah hampir umur 4 thn (bln 9 nanti)..
dalam rumah asyik berlari ja.
kat kaki pun banyak parut sb selalu jatuh kat luar...
turun saham kamu budak kecik.

saiz badan mmg macam umur 2 ke 3 thn..ketot sikit.
speech..teramat banyak tp yg kita faham sikit ja.berbanding last year,sekarang dia suka berkomunikasi.semua nak cerita.pantang org lain bercerita dia mesti mencelah...kesian sgt kat dia sb kita tak faham bahasa dia.so..gelak2 jelah..dia pun gelak jg.

tapi awas..dia sgt faham apa yg kita cakap..
suka memerhati & cepat belajar.
sampai stesyen minyak dia tunjuk dua jari sb umie selalu isi minyak rm20..pas tu bayar duit..cepat2 tutup cermin kereta
(kt sini ada lg yg pakai pekerja pam)..
dah tau macam mana nak lock & unlock pintu kereta..
buka & tutup cermin tingkap kereta.
kalau kat dlm kereta cakap jer "buka pintu..kakak nak masuk'..
dia terus unlock & buka pintu.
dah pandai nak masuk & keluar sendiri dr kereta..
kita just tolong pegang jer coz MPV kan tinggi sikit.
dah pandai jg steps utk drive..mula2 kodek2 kat kunci..then handbreak..then gear...sib baik kaki tak sampai..kalau dak mmg dah bergerak kereta tu...takleh tinggal lama2 dlm kereta..bahaya.

kalau nak ikut jalan2 dia cakap.."dodok..dodok.."sambil tangan tunjuk punggung dia & tunjuk kereta/motor...(dodok = duduk).

few other words....
atit (sakit)
acik (nasi)
atan (makan)
tutu (susu)
paq (lapar)
ayaq (air)
....banyak related to 'makan'...hehehe

bila bawa jalan2 nampak ja RFC/kedai makan kalut ja ajak singgah..tangan tunjuk2 dlm mulut nak makan.
kalau nampak Giant dia cakap 'aju..aju..' (baju)
sb selalu beli baju dia kat situ.
satu sikap dia yg sgt saya suka (walaupun kdg2 mengganggu)
ialah sgt ringan tulang...rajin.
bila air tumpah cepat jer g ambik kain nak lap.
suruh ja ambik apa2 cepat jer dia g ambik...
sekali tu saya tgh lepak2 dgn hbby kat ruang tamu (few weeks ago).nabila pun ada.hbby tanya saya nampak tak handfon dia.saya cakap..'ntah..kat atas meja kot'.nabila terus bangun..masuk bilik.then keluar semula bawa handfon abahnya..'bah...bah..!'..sambil hulur kat abahnya...so sweet..

latest malam td..dah pandai buka seluar sendiri.
selalu dia buat halfway jer.last nite dia buat sampai habis.
pampers jer tak boleh buka sb terlindung dgn perut..haha.
now..tak sabar tunggu dia pandai ke toilet.

tengah tunjuk kepala sambil cakap..'atiiitt...atiiitt...'
sebab terkena kat kamera.
kena sikit ja pun...acting lebih.

29 June 2010

JANGAN MASUK CAMPUR...

salam...
suka pelihara kucing???
tak dinafikan kucing mmg comel..saya tak suka pelihara tapi taklah sampai tahap bencikan kucing.biasa2 saja.bila tengok anak kucing lari pas tu tergolek2 terpikat jglah dgn kecomelannya tu.

tapi awas...
jgn pandai2 @ suka2 nak masuk campur bila kucing bergaduh.
saya selalu dpt kes org kena gigit dgn kucing sb nak leraikan kucing bergaduh.baru tadi ada sorang lg.
kena gigit kat pergelangan tangan sb pegang kucing yg tengah angin.
budak ni marah sb kucing tu bergaduh & bising..
dia g tangkap..makanya kucing tu ngap tangan dia..
ada 4 kesan betul2 kat pergelangan tgn.
nasib baik tak kena urat darah yg besar.
mengerang jglah dia tahan sakit tu.
from google

saya halau kucing bergaduh guna air ja..
tu pun kalau dia tenung semacam standby jg nak lari..hahaha

28 June 2010

LINGKUP DIKERJAKAN BUDAK NI...

salam...
beberapa hari lepas saya kemas rumah.tengok tin2 ni dah berhabuk.buang saki baki biskut pastu saya basuh.esoknya dah kering saya letak kat meja tepi.cadangnya nak simpan buat isi kerepek masa raya nanti..takyah beli tupperware tambahan.
sekali mek kecik ni nampak plk.maka jadilah hak peribadi dia.
multi purpose plk jadinya..
dia buat gendang,tiang gol,kerusi,alas pijak,bola....
bab buat kerusi & alas pijak tu lah yg menjahanamkan tin2 tu..
tghari td saya balik tgk tin tu dah jadi gini...

bentuk ntah apa2 dah
hmmm...masuk tong sampahla jawabnya...
pandai la budak kecik ni..

ORANG MELAKA TAU TAK?

salam....
ini adalah gambar pokok istimewa yg diambil oleh en hbby
masa singgah di Melaka baru2 ni..
walaupun dah pernah g Melaka tp tak pernah tgk pokok ni.
so special....
anda perasan tak??

*
*
*
*
*

buahnya melekat pada daun.

agak2 pokok ni boleh hidup tak kat negeri lain?

27 June 2010

SESI CUCI MATA..

salam..
entry gambar..
aktiviti last nite...lepak kat rumah..mainly melayan nabila.

bb pun pandai laaa........
tapi satu lubang jer laahhh...pas tu kakak kena buat
kalut nak pakai stoking plk..
kakak jg kena adjust..
jeng..jeng..jeng...
kakak ni kapur kasut tak sama laa...
tak lawa...takmo pakai..
stoking kakak yang...dot..dot..dot..
jom main bola....
yey..!!!..tak gol...
gelak sampai meleleh air mata..
sat...sat...penat...top up dulu..
kasut lagi???...along kacau laaaa....
sat...sat....
ait...????
kakak yang kena balun???
kakak silap cakap ke???

26 June 2010

BAHAGIA YANG TIDAK BERKEKALAN..

salam..
copy from Utusan Online..

Anne Ngasri sah bercerai talak tiga

25/06/2010 12:11pm

KUALA LUMPUR 25 Jun - Pelakon Anne Ngasri sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.


Hakim syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan tiga talak yang dilafazkan sebanyak tiga kali oleh Abdul Wafi terhadap Anne iaitu talak pertama pada awal Julai tahun lalu, talak kedua pada pertengahan Julai lalu dan talak ketiga pada 25 Mac lalu.


Pasangan tersebut disahkan rujuk semula dalam tempoh terdekat selepas berlakunya talak pertama dan kedua.


Namun bagi talak ketiga, tiada rujuk berlaku. - Utusan

pic from google

hmmmmm....moga bahagia dengan kehidupan masing2.

KEMBARA CAKNA DAY 4 (14.6.2010)

salam...
sambung kembara cakna..hari ke 4 (terakhir).
namapun last day..takdelah nak rushing.
budak 2 org ni kalau tak kejut mmg tak bangun.

dah siap2 angkut semua barang masuk kereta (ingatkan sikit..rupanya brg dok banyak tu jg..ish..ish..),
lepak2 kat cafe tunggu member2 yg lain dtg.
sambil2 tu tgk Sinar..banyak berita ttg konvoi ni.tiap2 hari ada.
masing2 dok tgk kot2 muka ada dlm paper..bukan artis..
mestilah syok tgk muka kuar paper...hihihi.

destinasi pertama...rumah mertua sool.nama tempat tak ingat dah...buat makan2...sedapppp...dah penuh perut & sepahkan rumah org baru boleh sambung berjalan..thanx sool & ina.

singgah kat Keropok Lekor Sukaramai plk...beli sikit ja..
geng2 pilot pulun makan kat situ jg.

pas tu singgah makan lg kat penarik.tokey nak makan udang salut tepung plk..tapi yg lain pun pulun sakan jg.
dah semua geng suka makan kaaannn..dan lagi susun kereta..
acara wajib bila berkonvoi.
kedai sempoi tapi pelanggan ramai...sedap & murah

dari sini ada yg bergerak ke Rantau Panjang...4 kereta kot.
yg lain2 terus bergerak balik.
sampai area bukit bunga time asar..
kat sini barulah hujan.before that mmg panas giler.
berenti solat,beli2 sikit & ada yg minum.
then sambung perjalanan.

baru ja bergerak si kenit uk uk plk dah..
ish..mana ada tempat dah nak stop.hbby target hentian rehat kt tasik banding.terlupa plk Titiwangsa sebelum tu..
dah konvoi ni kena ikut plan asal.takleh berenti sorang2.terpaksalah menghayati haruman si kenit ni sepanjang jalan.
dah tu dia ngantuk plk.kena adjust tido atas riba..lenguhnyeerrr..
sampai kat hentian rehat tu terus mandikan dia..leegaaaa...
baru lepas cuci

dapatla bergerak dgn suasana yg lebih nyaman..ujan mmg lebat.sampai kat pengkalan hulu pk 8 mlm.kedai wajib singgah bila ada tokey..restoran kari kepala ikan salim..solat then makan.kat sini pun hujan still lebat.
bila hujan dah reda baru boleh balik.
yg ni last stop..so salam2 bagai...then balik.
sampai rumah pk 12 mlm.
hujan2 pun restoran ni tetap meriah.


berakhirnya kembara yang sgt best & meriah.

thanx to all NARC's & other families.
thanx a lot to
SPRM Penang,Kelantan & Terengganu
KSU Terengganu
PDRM Penang,Perak,Kelantan & Terengganu
Majlis Daerah Grik
Marsyall
Sinar Harian
THR (kru GEGAR)
&
semua pihak yang terlibat
termasuk orang ramai yang memberi laluan


esoknya saya udah kerja weeiiii...


25 June 2010

MUDAH & ENAK..

salam...
petang2 cerita ttg sarapan...hehehe
pg td rajin sikit...tp boleh jg masuk kategori malas ni.
masak nasi goreng utk budak2 bertiga tu.
ni sarapan bawa sekali ke lunch (sb tu boleh masuk kategori malas gak).
budak2 ni senang ja..tak yah nak masuk banyak2 bendan
saya just letak bawang,telur,cili kering & ikan bilis.
pas tu masuk perencah nasi goreng ayam & garam..
siap...
by lunch gerenti clear.

along panggil ni nasi goreng putih..dulu letak cabai melaka.tp dah nabila nak makan sama tak leh letak dah ler...sian plk kat dia..so kakak & abang berkorban la kaannn...kurangkan pedas tu.

umie makan apa?

serunding dari kelantan.

BAPAK LAWAK...

salam...
saya tak ingat bila saya start suka cerita ni.
tapi dah lama.
best tgk cara dia layan wife & anak2.
lawak tp penuh makna.

malam tadi..
tengok sorang2...gelak sorang2...

DALAM MENDUNG ADA SINAR

salam...
dah berapa hari tak mendobi...mlm tadi nabila tdo awal.so dapatlah saya beroperasi tanpa gangguan...membasuh & mengemas.
pagi ni nak sidai baju...
tengok2 matahari plk malu2 nak keluar...alahai...

tempat sidai baju yg berbumbung sikit ja.
last2 kena buat mcm ni...

guna perkhidmatan sang kipas.

harap2 nabila tak jadikan kerusi ni tempat mainan dia.

saya suka musim hujan tapi bila mai bab basuh kain yg jadi lemah sikit..
tp satu yg best ttg sidai baju dlm rumah..
apa dia???
*
*
*
*
....rumah jadi wangi....

24 June 2010

KESIAN NABILA...

salam...
sian nabila hari ni.lewat minum susu.alkisahnya umie nabila ni terlupa nak beli susu utk anaknya.pg kemarin (yesterday) dah perasan susu nak habis.petang g mini market lupa bawa duit lebih.mmg tabiat saya bawa duit ngam2 utk beli barang...tak teringat pasal susu ni.malam plk dok teman abahnya buat kerja sampai pk 12 mlm...sekali balik umah nurul cakap susu bb dah habis..what to do???tunggu siang ler..(umah dgn ofis dekat jer...walking distance).

mini market plk bka pk 10.30 am..
so around 11 am baru nabila dapat nenen dia..
dia minum susu ni...dari dulu lg tak pernah tukar brand..kalau g supermarket dia pun dah kenal susu dia yg mana satu.

biasanya bancuh tak penuh botol.sekarang minum tak banyak sgt sb dah minum air lain jg.peket 1 kg tu boleh tahan 2 minggu.dulu tak sampai seminggu dah habis.

muka budak happy yg kuat makan..