SENANG CARI

31 May 2010

senarai peserta..

salam..
senarai peserta contest:

kakyong72                                            
is3riziburikazz                                     
mummyisma                                         
zaikulim                                                 
honeysour00
dyahahaslittlecottage
nurnuha-syakila
lilo80
lelord-mamanajlaa
myhaiqal
imaan09
norwaninorwi
zakwan-afif-najmi
nureenasir
allynzcontest
adynorkasih
rudy22rudy
hepicookmum
mamaaerishtwo
ibudamia
abdlinafkar
suzieshamhaikal
kamisatukeluarga
ejanblog
maszmadi-maszmadi
umisofie
yusragiftsoul
onshoppershop
ometomeiorked
intankuterpilih
shaziworld
cinta-mummy
qasehhanizd
zue-oklatu
hanaseman
deardelaila
yantimatisa
nisajijah
mamapapaaqish
rosrusli
emanreza
aishah-megahasz
winacunkira
mamalieyaforcontest
diyalova84
lailasanuri
ehemsz
manja-kusayang
kasihabadi03
lizasalebabyclothes
khashfa
saraaryssa
suzie284
fasyafrina
arielaina
ummuabdullahdanhajar
zahirahsofiyyah
erynaraisyajoincontest
bungacokelat
hanifadhlinaabdulrahman
myprecious07
balqissayang
fazdarazat
nibz83

KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN PADA 2.6.2010.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA.

break sat...

TAKE A BREAK..


just listen to this beautiful song while waiting for the list to be updated.
thanx to all contestants..really appreciate your support.
thank you.

30 May 2010

CONTEST DAD'S SPECIAL MOMENT

STICKY MODE
salam...
buat julung kalinya tuan empunya blog ini mengadakan contest sempena ulang tahun tuan blog pada penghujung april ini.
Photobucket
syarat-syarat penyertaan:

1. buat entry contest ini di blog anda
2. letak banner pada entry & side bar
3. link back banner ke page ini

4. masukkan link blog ini ke blog list anda
5. letakkan gambar anak anda sedang dilayan oleh bapanya yang paling touching 
    bagi anda spt memandikan anak,memberi susu,tukar lampin dsb.
6. ceritakan sedikit ttg gambar itu.
7. usia anak mestilah 5 tahun ke bawah semasa gambar diambil.

8. masukkan juga link penaja iaitu MAZcollection dalam entry & bloglist anda.
9. tinggalkan jejak di ruangan komen di bawah sp mudah saya melawat entry anda.

TARIKH TUTUP IALAH PADA 11.30 MALAM 30.5.2010..

HADIAH AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN.

(2 HADIAH MISTERI MENANTI ANDA)


dada yang berasap..

salam..
di bawah adalah petikan yg saya ambil drp Utusan Online ruangan kesihatan..

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAHadawiyah.koh@utusan.com.my


MOHD YUSUF, 59 mula merokok sejak berumur 14 tahun. Dua tahun lalu, enam hari terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya ternyata mengubah kehidupannya. Akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) kerana tabiat merokok, Mohd Yusuf menjalani kehidupan yang sukar.


Sejak remaja, purata rokok yang dihisap sehari ialah 15 batang. Ketika hanya keseronokan yang dirasainya. Sepanjang itu, pernah juga dia merasa sakit dada dan batuk tetapi Mohd Yusuf menganggapnya sakit biasa. Tak pernah kenal apa itu COPD, Mohd Yusuf seronok merokok. 19 hari berada di wad hospital tanpa rokok memberi galakan kepada dirinya untuk berhenti merokok. Walaupun sebelum ini harga rokok pernah ditingkatkan dan larangan anti merokok diperluaskan, Mohd Yusuf tidak pernah mahu berhenti merokok. Malah, hidupnya dirasakan tidak sempurna tanpa rokok. Itu kisah sepanjang 40 tahun dia merokok. Namun, ketika disahkan COPD, dia mula sedar tatkala mengenangkan nasib isteri dan sembilan orang anaknya. Nasihatnya kepada perokok lain, kesedaran datang dari dalam diri sendiri jika hendak berhenti merokok. Kepada remaja sama ada lelaki atau wanita, sebaiknya jangan cuba merokok. Apabila sudah gian, sukar untuk menghentikan tabiat ini. ....


......Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zarihah Mohd Zain, walaupun data terkini menunjukkan perokok lelaki menurun tetapi perokok wanita meningkat. Ia juga berlaku di kalangan perokok bawah umur. Data menunjukkan peningkatan perokok wanita bawah umur pada tahun 2003 ialah 4.2 peratus dan ia telah meningkat pada tahun lalu. Sebaliknya, jumlah perokok lelaki bawah umur sebanyak 36.3 peratus telah menurun pada tahun lepas.

Laporan baru-baru ini menunjukkan terdapat tiga juta perokok di Malaysia dengan 0.2 juta daripadanya di bawah umur.

boleh baca laporan penuh di Utusan Online.

secara peribadi..saya mmg tak suka asap rokok.rimas & menyesakkan dada.dengan mengetahui ada berbagai racun kat dalam asap tu lagilah bertambah tak suka.

kenapa budak2 sekarang ramai merokok..pada saya semuanya bermula dgn ingin mencuba & pengaruh rakan.bila bapa sendiri juga merokok lagilah susah nak tegah..betul tak?

pernah tengok org yg mengidap COPD?..kalau pergi ke medical ward,ada warga emas yg guna oksigen (tiub kat hidung tu)..duduk bersandar kat katil,nampak susah bernafas...itulah COPD...kanser paru2 pun boleh nampak mcm tu tp biasanya kes kanser keadaan pesakit lebih teruk.sgt frustrating bila dapat kes COPD sb tak boleh nak rawat sepenuhnya.sedih sgt bila tgk mereka susah bernafas.

yang dah merokok..berhentilah.langsung tak ada faedahnya.
yang belum merokok..tak payahlah nak cuba.tak seronok mana pun.

saya mengenali beberapa org perokok tegar yg berjaya berhenti tanpa bantuan sebarang ubatan.semuanya kerana niat & tekad.
'HENDAK SERIBU DAYA,TAK HENDAK SERIBU DALIH'

***premium insuran pun lebih tinggi bg perokok***

**gambar dari google**

padat..

salam..
HARI TERAKHIR CONTEST...MASIH ADA MASA UNTUK TURUT SERTA.
saya akan senaraikan nama peserta di sini esok.

semalam..sabtu (29/5/2010) adalah hari yang padat untuk saya & family.keluar pukul 11 pagi balik pukul 11.30 malam.
mula2 temankan hbby hantar design baju kat taylor then ke rumah kawan ambil polisi customer yang dah siap.
sembang sikit sebanyak terus bergerak ke rumah kenduri.tuan rumah ni upline saya asalnya tp dah jd kawan.saya pun tak rajin nk buat MLM dah.kenduri anak bongsunya.buat kat dewan.best la tgk kenduri kat dewan ni..tuan rumah relax jer layan tetamu yg datang..makan2 semua katering uruskan.rumah pun tak bersepah.nanti saya pun nak buat kat dewan jglah..hihi..berangan awal2.
cuma tak banyak tempat duduk so takleh lepak2.tak tunggu pengantin pun.lepas makan terus balik.food...mmm..sedaaap.

petang balik kampung tengok rumah coz my uncle kata paip bocor.
patutla bil air melambung..ishh..
the contractor will come in a few days time.

mak sedara & my 2nd cousin dok sibuk buat sirih junjung..masuk pertandingan gubahan la plk..rajin sungguh depa ni.macam nak kenduri plk jadinya.

otw balik lalu kat Suka Menanti..ada pertunjukan belon panas..ingat nak tengok.sekali sampai situ...hah..parking punyalah jauh.dah tu tak nampak belon pun..balik jelah.

kawan hbby plk call suruh singgah makan kt kedai father dia kat Tanah Merah Pendang.singgah lagi...sampai kt situ ada plk kawan sorg lg dah siap duduk tunggu mknan.mcm janji plk.dia otw balik Perlis.lepak2 makan2 kat situ sampai 10.30 mlm.makan free..tuan kedai belanja...hihi.bestkan ada kawan buka kedai makan.

sampai rumah pk 11.30 mlm.sepatutnya kena g Tg Dawai hantar barang kt kedai kawan hbby tp hbby dah tak daya nak drive.saya??sorryla..mlm2 malas sikit.tambah badan dah letih.kalau drive tu asyik masuk line org jer..hbby mmg tension kalau saya drive mlm..tp siang saya dah drive ke kampung..dia lepak jer kt sebelah.ok la kan.. 

tayang gelang sebenarnyer...

28 May 2010

kereta makan duit..

salam...
aduhai....boleh terlupa hari ni PH..beria2 la p bank
coz ada urusan via counter..
dah nak sampai bank baru teringat cuti..
tu pun sb DJ radio mentioned.
so terus ja ke mekanik coz nak check bering keta.
dah bunyi lain macam jer.
sib baik kedai ni tak tutup.
kalau dia tutup mmg sesia jelah keluar tengahari rembang mcm ni.

ni kedai mekanik feveret saya kt SP.tokey kedai ni baik...cool jer.
servis pun bagus.cuma lambat sikit sb dia kerja sorg2.
dulu ada pekerja tp budak tu g keja tempat lain plk.cari pengalaman kata uncle ni.masa saya sampai takde keta lain..so oklah.

suruh uncle ni drive..dia kata mmg bering kong.so tukar jelah.

sementara dia repair hbby dtg ajak g lunch..ingatkan takmo makan tp sian kat hbby mkn sorg2.temankan jg lah..
lepas makan g semula kt bengkel..tengok dah hampir siap.
dah settle bering suruh uncle ni check bateri sb kdg2 susah nak start.dah check tu katanya bateri tak berapa elok.bila2 masa boleh kong.since hbby dah mentioned dia nak g kedai bateri esok saya tak suruh uncle ni tukar.tetiba nak balik tak leh start plk...
pandailah ngko wahai bateri..dan2 tu jg nak kong.
tapi better la kan drp kong kat traffic light.
call hbby yg dah g buat keja dia..
katanya tukar jelah..since harga yg uncle ni bg pun murah drp kedai lain.

so semua sekali kena banyak ni...
RM 330...bering + upah + bateri....ok dak?

saya tak tau sgt harga2 benda alah ni..bayar jelah.
janji keta ok & selesa di pandu.
masa keluar td drive 60km/hr ja
tp masa balik boleh speed mcm biasa...
100km/hr..hehehe

27 May 2010

staf gomen yang tak OK

salam..
hari ni kan khamis 27/5...esok jumaat public holiday utk Kedah.
nasib baik teringat cukai tanah tak bayar lg..masuk bulan 6 kena denda plk.mmg tak banyak tp psikologinya saya mmg tak suka kena denda.

so lunch break td pergi bayar kt pejabat tanah.nasib baik tak ramai.
ada 2 org ja depan saya.
ingat lg dlm 3 thn lepas g bayar bulan 5...org punya la ramai.berjam2 jg la kena tunggu.agaknya sekarang dah boleh bayar online sb tu org tak ramai..
ke ramai org takmo bayar???ishh..
tapi kerani dia tak bestla..veteran tp muka sombong habis..

lepas bayar cukai tanah bawa my staf p JPJ bayar lesen moto/kereta..saya tunggu ja dlm kereta dgn nabila & nurul..
tak rajin nak jalan..panasss.
staf saya cakap kerani kat JPJ tu pun teruk..
pompuan tp cakap kasar & tengking2 customer..
sib baik bukan depa yg kena tengking.dua2 tu cakap lepas.
mau kacau bilau pejabat JPJ tu kalau depa yg kena tengking.
agaknya pompuan tu baru lepas kena marah dgn laki dia kot..
takmo kerja balik ja...ambik EL.takyah dok marah2 org.

tengok macam nabila ni..dah boring tunggu..
layan jelah telipon tu..takde nak marah2..

makan...makan..makan..

salam..
apasal ntah kebelakangan ni kelaparan betul..esp petang.pagi boleh tahan lg..tambah gemuk la mcm ni.
malam td pukul 12 boleh makan roti john lg..huhuhu..

untuk hari ni..sarapan makan ni.
pulut dgn ikan kering + kelapa/nyoq parut..sedap.
beli seringgit jer.

tak ambik lunch.
then petang makan ni plk.
cekodok durian..beli seringgit jg.

baru setengah jam abis makan dah lapar semula..ishh..
minum jelah kan..

ingat tak entry pasal blogger pnut tu?
rupanya gimik jaa..hampeh..tertipu teman..
tapi saya suka dia blogging mcm biasa..suka baca tulisan/cerita pnut.
sapa yang belum pernah baca dijemput ke sana...

1st BIRTHDAY GIVE AWAY - jom join contest

salam..
jalan2 pg ni ternampak plk contest ni.
CUTE PINK BABIES CONTEST
teringin nak join.kebetulan nabila ada banyak gambar baju pink.
jom sama meriahkan contest IBUQISQAS
tarikh tutup besok..sempat lg kan..

                                        Powered by BannerFans.com

ni antara gambar nabila yg saya suka...

nama: nabila norfauziah
umur : 3 tahun 8 bulan
tarikh lahir : 1.9.2006
(gambar ni masa nabila berumur 2 tahun lebih)

pesanan untuk nabila..
jadilah umat Islam yang mulia..
kekalkan sifat ramah & humor nabila..
we love you forever baby.

26 May 2010

cikgu vs murid

salam...
dua kisah pelajar & guru di muka depan Metro hari ni..


satu cikgu pukul murid
satu lagi murid pukul cikgu
kejadian di tempat yang berbeza...of course.
tapi to me it looks like....2 x 5 & 5 x 2
tak payah cari salah sesiapa
masing2 tengok diri sendiri
elok ke buat benda2 macam ni????

sekolah tutup lagi..

salam..
hari ni nabila bangun awal..6.30 pg.saya ketuk pintu agak kuat utk kejutkan kakaknya..sekali dgn nabila terjaga.mlm td dah plan dgn hbby nak hantar nabila sekolah hari ni.last week tak pergi sb sekolah asyik cuti.cikgu ada aktiviti lain.so elok jg dia bangun sendiri.sementara saya buat kerja,biarkan jer dia main dgn abahnya dlm bilik.
my father request nak nasi goreng utk sarapan so pagi ni saya buatkan..just goreng jer sb semua rencah dah siapkan malam td.nasi pun masak siap2 sebelum tdo.

mandikan nabila then pass kat abahnya utk dressing sb saya plk nk mandi.dia ok sikit kalau abah pakaikan baju.kalau dgn saya jd lambat sb dia suka main2.dgn abah takut sikit..so ikut jelah arahan abah.
sambil tu dia bodek abah..peluk cium bagai..ish..budak ni..
nak suruh bawa jalan2 la tu.


tengok umie pakai belt dia pun sibuk nak pakai..
main2 dgn belt lg satu.dengan rambut tak bersikat.
kepakaran nabila adalah mengambil barang dgn kaki..
dia kepit antara ibu jari dgn jari ke 2 tu.


bawa ke sekolah dgn motor jer.dlm hati dok rasa mcm tak sekolah hari ni tp cikgu tak msg pun.sekali sampai sekolah...hmm..mmg tak sekolah pun..cikgu ada latihan nasyid...
sukalah budak kecik tu dapat ronda2 then takyah p sekolah.
balik lepak kt ofis abah sambil makan nasi goreng.
esok??? nabila bangun awal lg tau..kita g sekolah.

25 May 2010

serba serbi comel..

salam..
saya suka sgt tengok muka budak kecik ni masa dia nak start nangis..
muka kerenyot abis tp suara tak keluar lg..tu yg mahal.
lg satu yg best ttg budak kecik ni..bila nangis cepat jer berenti.senang pujuk.takde golek2 bebal..nangis rengek2 etc.
yg ni masa umur dia around 2 thn.
sekarang ni dah susah nak nangis.
kalau kena marah pun dia berlakon mcm nangis jer..
bunyi..huuu..huuu..huuu...
sambil sorok2 muka.banyak auta la sekarang nih..

sedih la pulak..

salam...
sedih...sedih...sedih...
mcm biasa petang2 saya blogwalking..baca blog2 kt list saya tu then terjah ke link2 lain.ptg ni dgn semangatnya buka blog kawan ni..
saya suka baca celoteh dia..simple,kelakar yet very meaningful.
sekali buka nak baca..alamak!!!..pnut tutup blog..apasal nie???
rasa macam tak complete bila takde blog pnut.
nasib baik ada no tepon..
pnut jgn tukar no tpon plk..

bagaimanapun,saya hormati pendirian pnut...u must have a very strong good reason to do what u are doing now.walaupun kenal gitu2 jer..i know u'r very determined person..
to my friend pnut..may you & family have good life forever..be happy..enjoy your two pumpkins..they are sooo sweet..

rajin2lah jenguk blog kawan2 ek..
komen2 ke...jgn guna nama anon tau.
balik kg sila bgtau..saya tak jadi nak block border..hahaha.. 

tempat berkawan era internet

24 May 2010

moga dia selamat..

salam..
baru dapat berita drp kawan2 FB.suami kawan satu universiti dulu sedang dirawat kerana mengidap denggi berdarah. plateletnya rendah.
bagaimanapun dah dibenarkan keluar
drp HDU (high dependency unit)..
tak pasti plk dah berapa hari admitted.

si kecil yang mampu menyakiti manusia....
gambar google
dalam range demam denggi ni denggi berdarah mmg bahaya.
moga teman saya Lin tabah menghadapi dugaan ini.
moga Allah selamatkan suami Lin.
saya harap teman2 di sini dapat tolong sama2 mendoakan keselamatan suami beliau.
terimakasih.

pertengahan tahun mmg musim denggi.
jagalah kebersihan persekitaran.

23 May 2010

cinta kami....

salam..
anda suka lagu nie??
saya suka.
melodinya relax..
wordings sgt tepat...
......lagu cinta kami.....


"aku ada kerna kau ada"

kamu ada??

baby keluar ikut tingkap

 salam..
masa hari ibu saya jumpa video ni kat FB..it is actually a good one.showing step by step how LSCS is done.medical student & HO boleh belajar ni.cuma video ni tak tunjuk closure jer.yg ni baby dah lemas kot.tengok air mentuban pun dah kaler hijau (maeconium stained liqour)..perasan tak baby tu dah berak?nampak masa dia ditarik keluar tu.baby ni breech (songsang).



saya suka buat caeser ni...threshold sgt rendah..sikit2 nak caeser sampai kena tegur dgn kawan..hihi.tapi saya tak suka kalau kes placenta praevia anterior...maknanya uri kat depan & di bawah.bila buka rahim kena potong bahagian uri dulu.pastu baru sampai kat baby..bleedingnya...mak ooii..punyalah banyak..dah tu kena cepat, takut baby lemas.kena masa tu mood tak elok,assisstant plk slow...volume naik la jawabnya.
saya suka planned caeser...relax jer.baby keluar pun ok jer.

cuma satu jer.bila buat caeser ni OT table kena set level paling rendah..then saya berdiri lapik stool lg.org pregnant bila baring kan badannya tinggi.kalau tak buat mcm tu cemanalah saya nak tarik baby keluar..kan kena tarik ke atas...nasibla dapat doktor tak cukup inci..haha.

apa pun..bukan semua kes boleh suka2 buat caeser.ada indikasi tertentu yg mesti diikuti.risiko bersalin melalui pembedahan adalah lebih tinggi berbanding bersalin biasa.komplikasi pun banyak sama ada kpd ibu atau pun baby.
 

22 May 2010

tidur pun memilih..

salam..
lama tak citer ttg nabila.makin banyak akal sekarang ni.manja plk tu.
dulu nabila tidur dgn kami.tp sejak hujung thn lepas saya & hbby decided bg nabila tidur dgn kakaknya nurul sb dia dah lasak.katil king tu pun tak muat.dgn kakak ada banyak space sb kakak slim jer.mula2 tu mmg dia nangis tengah malam tp la ni dah ok.kalau hari hujan lagi sedap dia golek.

malam ni ada jamuan KRT kat taman ni.so saya suruh nurul & abangnya ke sana.makan free.tinggal saya dgn nabila kt rumah.layan nabila dlm bilik saya.tengok dia dah ngantuk saya ambil botol susu suruh dia minum & tido jer.dah hbby takde apa salahnya tdo sekali..

sekali dia tak nak....merengek2 tunjuk kt pintu nak keluar.saya cakap akak takde.tdo sini dulu..dia takmo..merengek2 lg.mulalah tunjuk punggung konon2 pampers basah.nak tukar..tp bab ni saya arif sgt dah..kelentong jer budak ni.paksa dia tdo..pun tak mau..then saya tanya 'nak tido bilik adik ka?'...dia ngangguk..dlm hati saya '...pandai dah dia ni...nak tdo bilik sendiri ja'....hmmm..how fast she grows huh..

saya bawa ke bilik dia..baru nak minum susu.tepuk2 sekejap terus lelap..dgn umienya sekali..hehe.
terkejut jaga masa kakaknya balik..
uish..anak dara ni ambik hati umie dia..siap bawa balik rojak dgn bihun sup utk umei...thanx girl..sometimes u can be so sweet..that's why I married your dad..hahaha..

panas...!!!panas....!!!!

salam..

sekarang ni siang malam panas.
hujan sikit2 macam takde effect.
pemanasan global nie...pokok2 dah kurang...manusia makin ramai..kereta makin banyak.environment tak macam dulu lg dah.masa kecik2 dulu best...sejuuuukk jer..sekarang balik kampung pun rasa bahang panas.
bila dah panas macam ni mulalah badan naik ruam..adoi!!!
leceh betul.naik pulak kat leher.rambut dahler panjang..nak potong pendek terus hbby tak bagi.actually I prefer short hair.selesa.

hbby takdak ni.agak2 kalau esok g potong pendek (boycut) dia marah tak??apasal org lelaki suka pompuan rambut panjang ek?ayu sgt ker?? 


21 May 2010

asyik kena tinggal

salam..
kena tinggal lagi.
sapa yang kena tinggal?
sayalah....sapa lagi.
alkisahnya...en hbby dah mula sibuk dgn aktiviti jalan2 habiskan duit.
hari selasa malam en hbby dgn 2 org kawan setianya bergerak ke pantai timur.












misinya adalah utk ke kelantan & terengganu.patutnya bergerak rabu pagi tp sebab mengejar masa malam2 buta dah keluar.sampai kelantan pukul 2.30 pg.
tujuannya?apalagi..mengukur jalan utk konvoi nanti.

dulu saya ingat nak g konvoi ni just set masa then pergi jelah.rupa2nya kena buat mapping.dulu saya bising gak sb ngabiskan duit tp la ni dah tau pentingnya mapping tu tak kisah dah ler.lagipun duit dia..biarlah.hari rabu dia ke trengganu then malam tu balik semula ke kelantan.pagi khamis lepas pusing2 beli barang dia gerak balik kedah.around pk 10 mlm sampai...tapi tak balik rumah.lepak kat ofis dulu dgn kwn2nye tu + their wives.

pk 12 mlm baru balik rumah.saya plan nak kemas2 rumah sikit tapi tersangkut plk dgn citer Ghost Whisperer
....saya suka citer ni.mmg mengarut tp best.















hari ni lepas zohor hbby ke cameron highland plk..kali ni naik motor sb kena escort geng RELA yg ada program kat sana.ahad baru balik.
tapi nanti nama jelah balik rumah..sure tak dapat mesra mesraan sb dia sibuk nak siapkan program konvoi tu.surat sana sini...tepon sana sini.bil tepon for sure melambung tinggi...adoi!!!

apa hal p dok citer kisah ni??
halnya...saya boring ler weekend hbby tak dak...huhuhu.

gambar dari google

20 May 2010

dia datang lagi....

salam..
bulan mei dah ke penghujung.cepatkan masa berlalu.tapi saya suka time tengah tahun ni.sebab???

musim buah dah tiba...yesss...

sekarang dah ramai org jual durian tepi jalan.
kebetulan area saya tinggal ni banyak dusun durian.tp saya belum start makan lg.kan sekarang panas..tunggu dululah.lgpun awal2 ni mahal sikit harganya.tunggu peak season nanti murah sikit.
kdg2 dapat free..hehe..tu lg best.


saya sgt2 suka durian.dari kecik lg.dulu durian kampung..sekarang banyak durian kahwin.pada saya durian kampung lg sedap.dulu mmg pulun habis.sekarang kurang sikit...umur dah meningkat kena jaga maaa..

untuk kurangkan panas bila makan durian org tua2 kata kena minum air yg diletak dlm pangsa buah tu...tau tak pangsa tu apa?pangsa tu kulit buah la..bekas isi ulas durian tu.tp saya tak percaya sgt..just minum air banyak2 jer.lg satu saya suka makan manggis lepas makan durian.manggis kan sejuk..
yg ni gambar google

durian ni buat cekodok pun sedap.
buat bubur kacang campur durian pun best.
kecik2 dulu arwah nenek saya suka buat lempuk durian..
balut dgn daun kelapa..gantung kat dapur.
sedap....
mmmm...dah lama tak jumpa lempuk mcm tu.
ada lagi ke sekarang??

p/s:nurul sangat2 tak suka kalau saya bawa durian dlm kereta..muncung jer.