SENANG CARI

31 March 2010

jom cari duit lebih..

salam...
huh..banyak hari tak update blog ni..
bukan sibuk sgt pun tapi just not in the mood to write.

tengok logo kat bawah ni..ramai yg dah familiar kot.saya dpt info ni beberapa hari yg lepas..tak ingat kat mana.tapi hari ni masa blog walking jumpa a few bloggers yg cerita ttg perkara ni.
saya dah sign in 2,3 hari lepas..jadi hari ni nak ajak kawan2 lain utk sign in..FREE jer.
alkisahnya bila kita search sesuatu guna mylook kita akan dibayar oleh kompeni ni.dah free kan..apa salahnya cuba.


biasanya kita searh info/gambar guna yang ni..

atau yang ni..

apa salahnya kita tambah koleksi sambil cari peluang tambah duit.

untuk join boleh klik kat sini.

26 March 2010

hujung minggu untuk shopping

salam..
dah petang jumaat..bestnyer..esok cuti...
weekend ni mesti ramai g shopping kan?org keja gomen kan baru dapat gaji kemarin.sian depa...last gaji aritu awal bulan dua...mesti ramai dah kering kan..tapi minggu ni bestla.boleh shopping sakan.

ingat lagi masa mula2 keja dulu.first gaji dapat lepas 3 bulan keja.binau biji mata dapat pegang duit banyak (dlm akaun ler).dekat rm4 ribu.yelah masa tu rasa 4 ribu tu banyak sgt.maklumlah first gaji.asal plk org susah.masa study duit biasiswa rm5 ribu + tapi utk satu semester..mmg kena bajet.family susah so duit biasiswa tu hantar rumah jg utk belanja harian.
bila keja gaji masuk bulan2 rasa mewah giler.apalagi bila dapat first gaji tu melantak ke KL terus.shopping kat mana ntah dgn member.main beli ja.tak fikir harga dah..
antara barang yg saya beli hari tu ialah perfume ni..
saya suka sgt bau ni tapi sekarang kalau nak pakai kena g beli kat penang..hmm..jauh wei..pakai avon jelah.
apalagi yg dibeli masa tu dah tak ingat tapi habis gakla dlm seribu sekali jalan..fuhh..
sekali tu jelah..pas tu shopping biasa2 ja..

lagipun mana sempat nak shopping selalu.masa houseman keja macam kuli..takde masa sgt nak lepak2.kalau weekend on call pakai habislah.berumahtangga kat hospital jawabnya.weekend kan sumer cuti.makanya satu wad satu houseman ja..melawatlah wad tu sorang2 selama 24 jam..letih woo.dapat MO yg ok takpe jg..dapat yg weng2...hmm..nasiblah.nak habis setahun rasa lama sangat.
sekarang ni tup tap tup tap habis dah setahun..apasal cepat pulak ek?
nilah tempat saya mula2 keja..
HOSPITAL TG AMPUAN RAHIMAH KLANG
sibuk teramat..
banyak kenangan & cerita suka duka di sini....


"selamat berweekend & selamat bershopping"

(semua gambar adalah drp google)

24 March 2010

tooot cak!!!

salam...jom layan budak kecik ni sat...



gambar tahun lepas masa konvoi kt kelantan..tgh lepak kt resort..
background..suara umie & kakaknyer..

jom tolong ibu ini...

salam...
saya blog walking hari ni & terjumpa kisah ini di blog asz..yg dapat drp lya.lya plk dpt drp bujang susah..
saya merasa terdetik utk sama2 membawa kisah ini kepada bloggers lain utk sama2 membantu ibu yg sedang diuji ini..moga bantuan kita mendapat keberkatan dariNya & mampu meringankan beban ibu ini.

saya CP dr blog asz dgn sedikit alteration..sama2 kita hayati..



Pn. Haryani Mat Hussin merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan serta enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.
Ibu Haryani juga dlm keadaan uzur akibat penyakit kencing manis. Semua kerja2 rumah masih dilakukan oleh Haryani spt memasak & sebagainya. Sepatutnya puan Haryani menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni. Namun hasil perbicaraan saya dengan Haryani pagi tadi melalui YM.. Pembedahan itu akan di dianjakkan..Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook. Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan. Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan esok (RM8++) masih tidak mencukupi.


Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-

Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787

Bersama membantu yang memerlukan..
Salurkan sumbangan anda terus ke akaun beliau.

23 March 2010

insuran itu penting

salam..
'60% rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan...'dlm Metro 22.3.2010.
ramainya..
apakah ia melambangkan kemewahan rakyat Malaysia atau
kurang kesedaran kesihatan?
realitinya..bila berlebihan berat badan pastinya mudah kena penyakit..darah tinggi,kencing manis,jantung,tinggi kolesterol dsb.
patient kat klinik ni pun ramai yg kena penyakit2 tu masa umur 30an.

ada tak kajian ttg berapa peratus rakyat Malaysia yg ada perlindungan insuran peribadi?saya sendiri tak pasti tp saya yakin peratusnya lebih rendah drp masalah kegemukan tu.

saya taknak sembang ttg penyakit..nak sembang ttg insuran..kenapa?
sebab:
1. ramai orang kita tak suka nak simpan duit dlm insuran
2. hospital kerajaan dah sesak sgt dah
3. bila sakit semua org nak dirawat dgn cepat
4. hahaha..sebab saya ejen insuran la..(part time)

kenapa kita perlu ada insuran sendiri?
1. satu bentuk pelaburan yg bijak utk anak2/waris.bayangkan kita kemalangan &  meninggal masa anak2 masih belajar...mana mereka nak cari duit utk survive.

2. bila sakit tak payah risau ttg bil hospital.mmg hospital kerajaan ada tapi tengoklah berapa lama kena tunggu utk dpt rawatan...biarlah hospital kerajaan tu utk org2 yg betul2 tak mampu.elaun kemasukan ke wad pun ada.

3. bila hilang upaya eg lumpuh maka hilanglah sumber pendapatan.tgk dlm paper hampir tiap2 hari ada cerita ketua keluarga tak mampu sara hidup sb sakit.syarikat insuran ada elaun utk sara hidup bg hilang upaya kekal..taklah mewah tp drp takde langsung?

4. insuran juga adalah simpanan maknanya boleh dikeluarkan utk kegunaan sendiri asalkan ada jumlah minima sp polisi tidak terhenti.

5. utk anak2..
*boleh guna utk pelajaran mereka.
*kos rawatan penyakit kanak2 sgt tinggi...mana ada ibu bapa
 yg sanggup lengahkan rawatan anak.
 kita tak minta anak sakit tp risiko utk
 kena kanser / leukemia / SLE / kemalangan tetap ada.

mereka wajar mendapat kehidupan yg terjamin

6. walaupun baru simpan rm120 insuran tetap akan bayarkan bil rawatan ribuan ringgit...duit rm120 tu pun tetap ada dlm akaun.

7. insuran jg adalah pelaburan..maknanya bila polisi matang & ditakdirkan kita masih sihat maka semua simpanan dlm insuran itu boleh diambil beserta keuntungan pelaburannya sekali.

8. pelaburan halal? pilihlah yg berasaskan syariah.


PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
PELAN 6 DLM 1..
1.kad perubatan rm500 000
2.jaminan kewangan untuk 36 penyakit kritikal
3.bantuan kewangan tambahan untuk hilang upaya kekal
4.khairat kematian
5.manfaat kemalangan
6.pelaburan dana syariah

untuk maklumat lanjut boleh emel saya di..
idadr_maya@yahoo.com.my

21 March 2010

award...tq fiza & chekuna

salam...
dapat award ni drp fiza (umisofie)
&
thanx to both of you for awarding this to me.

syarat utk dapat award ni..
1.thank & link the person that gave u the award

2.pass to other 15 fantastic bloggers
semua bloggers yg saya tau ada keistimewaan tersendiri
so sesiapa yg baca ni sila terima award ni okay..

3.let them know about it

4.state 7 thing about yourself
i.berkahwin
ii.bekerja
iii.cepat terasa
iv.suka tengok rumah kemas teratur
(tapi selalu tak sempat kemas rumah)
v.sanggup berkorban apa saja utk ibubapa
vi.tak suka bersembang
vii.suka jalan2.

Hadiah dari Dj Epoi buat bloggers!!!!

cepat..cepat...sapa nak hadiah???
Dj Epoi nak bagi hadiah menarik sangat ni..
upgrade rumah blogger bertuah.
sapa nak join sila klik benda kuning kat bawah ni yer..


segala syarat sila baca di sana ok.

ish...ish..ish...

salam...
ish..ish..ish anak abah...
ni baru separuh..tak full view close-up lagi..
kena start diet ni..


yesterday..nothing much happened..lepas masak lepak jer kt rumah.hbby pun balik lewat.pk 6.30pm ajak hbby g pasar mlm cari makanan..nasib baik naik moto.jalan jem giler.best gak sandar2 kt carrier baru moto ni.

nilah aktiviti hbby kt penang.launching produk baru by GIVI..dapatlah kotak ni & few other souveniers..kena bayar yuran jg..ingatkan free semua.



19 March 2010

bestnyer hari ni...

salam..
today is Friday...i luv working on Friday..why???
because tomorrow is Saturday..my off day...
yesss...boleh relax sikit maa..

pic fr google
lagipun esok hbby ke penang..ada club event from 11am till 3pm.bolehla lepak2 kt rumah.kemas2 apa yg patut.takpun tgk tv jer sambil layan toyot..

petang kalau tak hujan boleh bawa bdk2 p garden...tu pun kalau rajin..hopefully hbby balik awal coz kalau sorg2 nk bawa toyot tu mmg tak daya...letih nk melayan nak2 lg kalau kena dokong..kalau hbby ada boleh gak dating2 kt garden tu...hehe

18 March 2010

do you ever......

salam..
do u ever regret with what  u've done in ur life?
lots of good things happened in my life..alhamdulillah..
but as a human beeing i cannot run away from looking to the other side..
sometimes i wish i could turn back and do better..

17 March 2010

yang pergi telah kembali...

salam..
my hbby was safely arrived yesterday (around 3pm)...alhamdulillah everything was ok & they had fun there..nabila was very excited seeing her abah around again.terjerit2 hilang arah..hihihi..
she's even more excited when abah gave her a new tshirt..
gambar anak gajah..abah perli ker??

ait...muka masam la plk..

so..let's view the beauty of krabi thailand..

'bas pesiaran' fr hotel to the beach.
on top of the boat
scuba diving tapi ngadap ke langit..hahaha..


konvoi kereta akan menyusul...sapa nak ikut??

16 March 2010

a very goooodd morning

salam...
bestnyer hari ni..pagi2 lagi dpt 2 cek.satu rebate insurance personal loan.satu lg cek apa pun tak tau.dah 2 thn dapat from takaful.org bg kita terima jelah kan.
ada lg yg best hari ni...today my hbby is coming home..dah habis konvoi ke krabi.tp tak taulah pk berapa sampai rumah.nilah yg tak bestnya naik motor...takleh nk tpon.kalau drive bleh gak msg2 / calling2....huh...4 hari tak jumpa rasa mcm lama sgt...bulan lapan nanti tak taulah cemana..nak g jelajah semenanjung plk.lagi lama kena tinggal...harap2 tak jadi..hahaha..
apa cerita nabila hari ni?...huh...si kenit ni ponteng sekolah lg..asal suh p sekolah muka cebek..sib baik kecik kenit lg..tp besok kena hantar jg..abah ada boleh kejut bangun pagi..hanya abah yg ada skill utk bg si kenit ni bangun dgn senyum lebar..kalau org lain kejutkan mmg angin satu badan.
nabila bermata juling...pandai plk dia buat gitu

15 March 2010

jumpa kawan.

salam..
ni citer hari sabtu 13.3.2010.
spt biasa hari cuti..mmmm..amatlah malas nk bangun awal2 tp memandangkan kena balik kg atas urusan family kenalah rajinkan diri..lepas settlekan sarapan anak2 (beli jer) terus drive ke kg sorang2.
drive 1 jam dah sampai kg..ambik barang..sembang2 sat dgn mak & bapa sedara..terus drive balik.otw singgah kt alor setar nk p ke ofis insuran..sekali cutilah plk.nak singgah pekan rabu beli minyak angin (tok awang...kegunaan family sejak zaman berzaman) round 2 kali takde parking jg.nak park tepi2 jln takut kena saman.so balik jelah.

jalan di kampungku yg aman damai...

petang pnut msg dia nk ke tg dawai..alhamdulillah..boleh jumpa kt situ jer.kebetulan saya pun ada hal nk jumpa kawan kt restoran anjung muara.

maka jumpalah pnut,hbbynya & anak terunanya yg comel tu kt anjung muara.pnut bawa cupcakes...dr KL tue..jauh cake tu berjalan...thanx a lot pnut.sedap.saya suka toppingnya..just nice..tak manis sgt.budak2 pun suka.

matahari terbenam di tg dawai

unfortunately takde kamera nk ambik gambar  sesi jumpa2an ni
sb hbby bawa p konvoi.
pertemuan yg sgt singkat sb hari dah magrib..tak puas sembang.harap2 nanti boleh jumpa lagi.by that time hopefully rumah baru dah siap.boleh jemput ke rumah.rumah sekarang ni mak ooiii..punyalah lintang pukang.mmg malu nak ajak kawan mai.

to pnut..thanx for susah payah bawa cupcakes tu.
sorry tak tau nk sembang apa dgn hbby pnut sb tgk dia pendiam jer..
harap dia tak terasa hati.

cupcakes pnut yg sedaapp..sapa nak rasa sila order sendiri
from tokey pnut okay..
ni nak tunjuk gambar jer..pnut bawa yg rupa lain.
(pnut..saya ambik gambar fr kedai pnut nie..jgn marah noo..)

14 March 2010

semoga ibu ini tabah..

salam..
baca metro semalam?kisah rumah artis jadi tempat memproses dadah.puas saya berfikir siapalah artis tu...baca paper hari ni,sesungguhnya saya terkejut dengan berita yg dipaparkan.sungguh saya tidak menyangka artis ini yg terlibat.selama ini saya membaca kisah2 @ cerita2 baik ttg dirinya.seorg anak yg sgt menyayangi ibunya.saya tidak mengatakan dia jahat sekarang tetapi saya simpati terutama sekali kpd ibunya yg saya yakin seorg ibu yg baik...ayat2 ibu ini didlm sms kpd harian metro sgt menyentuh perasaan..saya bukanlah peminat artis yg ditahan ini tetapi saya meminati lakonan ibunya.biarpun kadang2 nampak over tp saya suka cara beliau.

(gambar from google)
saya harap moga azean dapat menempuhi situasi ini dgn tabah...moga masyarakat tidak mencemuh beliau hanya kerana kesilapan anaknya.
benjy masih disiasat.belum ada keputusan kes tapi andai disabitkan kesalahan hukumannya adalah maksima...jauh disudut hati saya mengharapkan perkara ini tidak berlaku kepadanya.kenapa?kerana saya membayangkan betapa besarnya kepedihan yg perlu ditanggung ibunya....

semoga anak2 muda lain mengambil iktibar kejadian ini.biar susah mana sekalipun hidup kita ini elakkanlah drp melakukan kerja2 yg menyalahi undang2 dunia & undang2 agama.sebelum lakukan sesuatu fikirkan ttg ibubapa dahulu.
saya berdoa moga Allah melindungi anak2 & ahli keluarga saya drp terlibat dgn perkara2 sebegini.

12 March 2010

kena tinggal lagi...

salam..
jumaat 12.3.2010 jam 4 ptg...en hbby akan berangkat menyertai konvoi SMBC ke Krabi Thailand.oleh kerana ini adalah konvoi motosikal maka tinggallah kami 4 beranak kt rumah...huhuhu..
tgh excited giler tu walaupun sakit kaki tak 100% ok lg.balik selasa nanti mesti tersadai punyalah.masa tulah nak cover segala tidur yg tak cukup ni..malam td pun tidur lambat dok siapkan segala paper yg nk kena bawa ke konvoi tu.tiap2 kali konvoi mcm tulah jg..banyak kerja last minute..tapi setakat ni alhamdulillah last minute pun turns out excellent.harap2 yg ni pun berjalan lancar sb melibatkan negara luar and this is his first job in this club.


i know that en hbby hanya akan baca posting ni beberapa minggu lg..
anyway to my en hbby..i'm proud with what u'r doing walaupun kadang2 kesian tgk ayang buat kerja tonggang terbalik.take good care of yourself.gonna miss u..
....we luv u so so so much....

09 March 2010

sedih pulak hari ni...

salam..
apasal ntah hari ni rasa sedih plk tinggal nabila kt sekolah.dia pun macam takde mood ja..otw mmg dia excited sb bleh naik kereta.bila sampai sekolah dia buat muka sedih.saya duduk2 sat temankan dia.
masa nabila nk main2 dgn sorang budak lelaki ni (downs jg) tetiba budak ni tolak bahu nabila sampai jatuh terduduk..sian nabila.dia mcm nak nangis tp rasanya bukan sb sakit.sebab terkejut.terus dia mai duduk kt riba saya..sib baik lepas tu cikgu bawa buku2.boleh alih perhatian nabila sb dia suka tgk buku..
tp masa saya nk balik nabila buat muka sedih plk...alahai..

my angel..

07 March 2010

kerja..makan..lepak..

salam..mmm..banyak hari tak update...ada cerita tp malas nak taip.
so,what happened yesterday?saturday..my off day.seperti biasa dipenuhi aktiviti keluarga.
pukul 8.30 pg dah keluar.kebetulan nabila pun bangun awal (sb dah tau nak p jln2).punca keluar awal sb susu nabila dah habis langsung..so pagi2 dah ziarah tesco beli susu.takde offer la plk.pampers pun harga biasa.belilah jg sb kt rumah dah takde stok.bancuh susu depan tesco tu jugak sb nabila dah ketagih sgt2 dah.
lepas tu terus gerak ke jitra.sarapan kt R&R gurun.

pergi jitra hantar baju2 ni kat cust hbby (kwn jg)..tp yg dah siap berlipat & packing la..yg ni tak lipat lg.isnin hantar group ni plk.

lepas hantar baju & sembang2 sat,terus balik kg.singgah rumah mak sedara.ingatkan nak makan nasi kt sini rupanya cu tak masak sebab ada kenduri dgn wakil rakyat kt kg...alahai...sian hbby sb tadi sarapan karipap jer..budak2 mcm tak kisah pun sb seronok dpt main kt luar.

saya suka 'eye contact' dlm gambar ni...looks so loving
daniel (anak sepupu saya)yg malu2 kucing
along pun teringin nak naik buai

best lepak kat sini tambah2 lagi waktu petang..memang rasa malas nak balik rumah.
hbby dah lelap kt ruang tamu.lepas mandi & solat zohor terus ke rumah kawan hbby kt penaga sb ada kenduri sempena merasmikan pangkin baru...
(naik pangkin pun ada kenduri tuu).
patutnya kenduri ni minggu lepas tp di tunda sebab member dr lumut tak dapat dtg.minggu ni dia ok so majlis pun on jelah.
elok2 jer sampai org tgh menghidang..laparrr...hmm..nasi,lauk semua best.
nilah lauk kami..ayam belanda..masak cili & masak kurma.
aiii...sungguh tidak sopan dudukku..yg baju merah tu tuan rumah..yg sebelah kanan tu member lumut yg mesti ada sebab jd tukang masak..
botol ni jg yg dia cari..
mini bike tuan rumah jd mangsa along & nabila..tp takleh start enjin.nabila takut sb bunyi kuat sangat..apa daaa budak ni...

best sgt dok kt sini...angin kuat.sejuk.pukul 6 ptg gerak balik.nabila hangin jer sb tak puas main motor kecik tu.sampai takmo salam dgn sapa2 pun.dlm keta pun dok angin lg.kena marah sekali baru diam.
sampai rumah terus landing..letihhh...tp enjoy.

thanx to tuan rumah..abg zaini & kak norlia.

p/s...konvoi amal ditunda ke bulan april sebab hbby (RT Sports) tak sempat nak uruskan dgn jbtn2 lain.beliau perlu uruskan satu lg konvoi yg lebih besar melibatkan Thailand yg akan berlangsung hujung minggu ini.konvoi avanza tetap akan diadakan..kepada penderma2, sumbangan anda akan disampaikan kpd penghuni rumah anak yatim ini nanti.