SENANG CARI

22 November 2009

sekolah rendah

... continue
my life part 3..
my school time...bermula semasa berusia 6 tahun di Dewan Orang Ramai kt kg..rasanya thn tu adalah kali pertama tadika diwujudkan.excited sungguh nk ke sekolah.di situlah saya belajar mengenal huruf,belajar menyanyi (part yg sgt saya suka),belajar main plastisin,melukis etc.hujung tahun ada sukaneka.takdelah acara terima sijil mcm sekarang.

masa cuti hujung tahun saya dah get ready utk masuk darjah satu.siap tanya kakak saya cikgu ajar apa masa darjah satu.kakak saya kata cikgu suruh hafal sifir.jadi sepanjang cuti tu saya mula hafal sifir.saya amalkan setiap kali cuti hujung tahun.masuk darjah 3 saya dah boleh hafal sampai sifir 12.jadi matematik sek rendah takde masalah.cikgu suruh baca sifir kt depan pun saya confident jer.kenapa saya buat macam ni..belajar masa cuti sekolah in advance?sebab sifat semulajadi saya yg tak suka kalau cikgu tanya saya tak boleh jawab..pada saya takde jawapan tak tau.satu lg sebabnya..saya tak suka kawan2 gelakkan saya bila saya tak tau jawab..itu saja.


sepanjang sekolah rendah saya punya ramai kawan sebab saya bersekolah bersama anak2 tentera.tentera kan selalu pindah2.jadi tiap2 thn saya ada kawan baru.tapi masa darjah 3 majoriti kawan baru sebab satu batalion tu tukar tempat lain.datang batalion baru.yg tak bestnya kawan2 rapat hilang macam tu jer.iyelah..sek rendah mana pandai nak tulis2 surat.

antara kenangan di sekolah rendah:

1.macam nilah rupa beg sekolah saya masa darjah satu  (warna biru rasanya)
  sementara tunggu jaga buka pintu kelas beg ni saya buat kerusi.
  darjah dua ke atas baru guna beg sandang.







2.  selalu jadi ketua darjah tapi perangai hampeh..
     suka bising dalam kelas.masa darjah satu 
     siap panjat tingkap.
3.  paling tak suka naikkan bendera masa perhimpunan sebab 
    takut tak sama timing dgn lagu nanti kena gelak.
    sebab saya pun suka gelakkan org.nasib baik pandai menyorok..
    tak pernah kena duty  ni.
4.  lagi satu tak suka buat ni..goyang loceng..
    tapi yang ni kadang2 kena juga.loceng macam ni...
    berat ooo..

 5. tiap2 thn dapat hadiah tapi darjah 4 dapat satu hadiah ja..
     merajuk tak mo ambik gambar.
     pas tu rasa rugi plk...padan muka.
6.  cikgu paling garang..cikgu md hussin..suka tibai org..
    tapi dek kerana garang dia tu saya boleh  
     hafal arah mata angin masa darjah 4 @ 5 (tak ingat).
7.  nak raya cikgu bagi duit raya...20 sen sorang..
     masa tu 20 sen dah kira banyak.
8.  tiap2 hari p sekolah bapa hantar naik basikal tua.
    darjah 4 bapa beli basikal bg saya p sekolah sendiri.
9.  bila dapat hadiah hujung tahun tak pernah sampai rumah...
     buka hadiah atas basikal..punya gelojoh.
10.penilaian darjah 5 dpt 4A 1B..tak sempat sampai rumah..
     bgtau keputusan kt bapa masa atas basikal.
     bapa happy sgt masa tu..saya? happy jg.
11.darjah 6..kawan2 sibuk ambil borang utk sek menengah 
    tp saya tak ambil satu pun..
    sebab apa saya pun tak tau.
    tapi dapat panggilan ujian masuk MRSM.
12. guru2 kelas saya...cg fatimah,cg salmah,cg siti zabedah,
     cg ilyas,cg che ah...
     lg sorg tak ingat..sorry cg.
13. guru favourite..cg salmah..ajar masa darjah 2..
     very sweet & nice person..
      kalaulah dpt jumpa semula...
14. geng saya...noormila,mazlina,azlin sham,shahida,nazli,bushro...
      zulshukri,zainudin,ahmad shadli...
      where r u guys???
15. nama paling saya suka...
     ade mastura (kawan darjah 1 &2)..budak lelaki..
     nama cm pompuan kan..
16. yg tak leh lupa..khairi..kawan darjah 2..
      suka bg duit kt saya sampai kena marah dgn kakak saya.


banyak sangat memori..tak daya nk tulis semua..
next...sek menengah yg lagi kalut..


p/s...gambar from google..
harap tuan empunya gambar dont mind.tq.

 

cuti = kenduri

start jer cuti sekolah maka bermulalah acara makan kenduri. kemarin ja ada 3 kenduri.. lepas sarapan kluar dgn hbby g beli hadiah then g bank settle apa yg patut.lepas zohor terus ke penaga penang untuk majlis akad nikah geng avanza..best jer majlis tu sb cuaca mendung..mmg selesa.cuma gambar jer gelap sikit..almaklum kamera koman.tu pun pulun tangkap gambar ngalahkan cameraman yg bawa kamera besaq tu..hehehe..tp kt sini letak sikit jelah.. yg bestnya kami mai 2 keta ja..jadi mcm jakun sb tak kenai dua2 family pengantin.family lelaki ingat kami sebelah pengantin pompuan..yg family pompuan ingat kami belah pengantin lelaki..tengah makan baru la depa tau kami ni sapa...tetamu tak diundang..heh..muka tak malu..
pemandangan otw ke rumah pengantin perempuan

family pengantin lelaki

akad nikah

dah dapat lesen...

mak pengantin lelaki yg masih muda lela..
 
nizam & wife...sorry cek lupa nama..isk..isk..
 
geng avanza
tunggu 6/12/09 for more happening event

badan sapa lagi bulat?

balik dr penaga terus ke sg petani..kenduri kawen adik angkat hbby.sampai pun dah pk 5 ptg..org tgh nk angkut khemah.sib baik ada food lg.kt sini tak ambik gambar..malu..hihihi..

then ambik brg2 biz hbby yg nak kena deliver kat customer minggu ni.sampai rumah pk 6 lebih..lepas magrib kononnya bertolak ke kenduri satu lg (x office mate hbby)..hujan renyai2.hbby tak pasti rumah tu kt mana.kad kenduri tinggal kt ofis.
so singgah umah abah dulu...sekali abah cakap.."kenduri 6 hb nanti laa.." pehhh...sib baik hbby tak tau umah..if not,tak pasai2 p ketuk umah org malam2...ujan plk tu...
salah sapa???aku ler..silap tarikh wei...
nak wat per...lepak jer umah abah sampai pk 9 mlm sb ujan lebat..

nabila siap pakai baju kurung lg nk g kenduri..
(kt blkg tu brg2 hbby yg nk deliver kat cust)

19 November 2009

dan keputusannya........

result UPSR hari ni.... along dengan jayanya dapat 4C 1E...am I jumped with this result?certainly not..depressed?lagilah tidak..abahnya cakap..'oklah tu..sama dgn 4A 1B'...hahaha...untung kau along dpt mak bapa mcm kami.kalau dpt org lain tak taulah.. ngapa saya tak kisah sgt dgn result ni..coz saya tau dia mcm mana.kalau dpt 5A mmg saya suruh lembaga peperiksaan tu check balik paper dia.bukan merendahkan kebolehan dia but for now his level is expected around that level.infact I thought it's gonna be worse then that.why?dia banyak sgt ketinggalan kelas masa tahap satu (std 1 to 3).hanya boleh membaca masa std 4..so exam std 6 dpt result mcm tu kira oklah kan...acceptable to me.dahlah bukan kaki study.asyik main & tv jer.dia mmg ada good brain cuma takmo usaha..cepat give up.hopefully dah menengah nanti dia makin bijak berfikir untuk masa depan sendiri. untuk along...one day u will read this blog.. umie cuma nak cakap...kamu sebenarnya pandai..cepat dapat bila belajar.cuma kamu cepat give up untuk benda2 yg susah sikit.. jangan putus asa..rajin berusaha..kamu dah tengok & rasa macam mana abah susah dulu & kamu sedang tengok abah usaha untuk naik semula..ikut cara abah..kena rajin baru boleh berjaya.. nak main boleh..nak lepak pun boleh..tapi mesti ada masa untuk belajar..untuk masa depan kamu..bukan untuk orang lain..kamu boleh buat.

18 November 2009

kena curi lagi....

salam... adoih...lega rasanya boleh bertenet kembali.. alkisahnya...pencuri kabel talipon kembali lagi...nasib baik la tak sampai seminggu dah okay.masa first time kena curi dulu sampai sebulan lebih baru TM ganti..tension menunggu..harap2 lepas ni jangan la kena curi lg.kalau teringin nk curi jg p la ambik kt tempat lain..awat TM tak mo boh karan kt kabel depa..??baru padan muka pencuri tu.setakat tanam dlm tanah tu tak ke mana..malam2 depa p korek juga. lupakan pasal pencuri.. Photobucket well...ini gambar anak dara kenit saya yg siap dimekapkan oleh pengasuhnya.. gedik sungguh..tak padan dgn kecik.siap baca readers digest lagi tuuu.. macam la faham sgt...umie harap nabila jadi anak yg bijak selalu.

13 November 2009

Ular!!!!

gambar dr metro hari ni.. orang yg serempak ular sawa ni kata dia rasa mcm nak pengsan..kalau saya yg terjumpa ular besar cenggini mau pengsan terus...eeee....seram.. kejadian di Baling Kedah...ular tu panjang 7 meter,berat 150 kg..

teringat adik

mylife..episode 2. first time saya belajar secara formal ialah masa umur 6 thn.tadika.tp kt kg jer.guna dewan org ramai.yg mengajar tu pun sedara.saya panggil dia mak ndak.sekarang dia buka kedai jahit baju kat tanah merah jitra.sorg lg cikgu tak ingat nama apa tp org kg tu jg. biasalah kt tadika...belajar sikit.nyanyi dgn main yg banyak.tu yg saya suka.masa tu dah habis tadika takdak graduation pakai jubah2 segala mcm budak2 la ni.nk pakai jubah tunggu graduation uni jer.baru grand. masa ni saya ada adik perempuan.2 tahun lebih muda.tapi adik saya tak sihat.cerebral palsy.masa tu mana tau istilah ni.orang kg cakap sakit lembik jer.sb tak leh jalan..baring kt tempat tido jer.takpun tidur buai.adik saya cantik.muka bujur,kulit cerah dgn rambut ikal..lebih kurang kakak saya yg no 2.dia selalu kena sawan.kesian mak saya.tiap2 kali adik sawan mak mesti menangis.kadang2 jadi masa bapa saya takdak kt rumah.mak lagi kalut.kalau bapa kt rumah sedara yg dekat2 mak lari pergi panggil.tinggal adik dgn kami kt rumah.saya tgk ja..mana reti nk buat apa.kecik lagi. masa adik umur 5 thn dia kena kudis kt badan.teruk jg.lepas tu demam.bapa tak bawa ke klinik @ hospital sb kami miskin sgt masa tu.hosp jauh.adik meninggal kt rumah.saya ada di sebelah memerhati nafas terakhir adik saya tu.saya tak menangis pun.kakak2 saya menangis mungkin sb mereka lebih memahami.saya ikut jenazah ke kubur.tengok pengkebumian.itu kali pertama saya tengok bagaimana jenazah diuruskan.selepas itu baru saya terasa kehilangan adik saya itu.sepupu saya yang sebaya dengan adik saya pun selalu tercari2 bila datang ke rumah.siap panjat tangga..tanya..'kak cik ton mana?' nti mak saya jawab..'kak cik ton tak dak dah..'moga di akhirat nanti saya dapat melihat adik saya lg. yg pasti mak saya sudah punya dua anak menanti di sana.sorang lagi abang sulung saya yg meninggal semasa dilahirkan.kelahiran abg saya ni sgt memberi kesan kepada bapa saya.maklum anak pertama.lelaki plk tu.lahir mati.bapa saya berkampung di hospital selama seminggu sb mak masih dirawat.kenapa?..saya tak pasti.seminggu makan minum tak terurus.mandi tak tentu.tido kt koridor hospital (zaman 60an nie)..sampai badan kurus.tumbuh jambang..org ingat peminta sedekah(ini bapa yang cerita).jadi bila kakak saya dilahirkan dia amatlah dimanjakan.tambah pula jarak dgn kakak ke 2 sejauh 6 thn.kakak ke 2 dgn saya beza 2 thn..so kakak ke dua tak manja sgt.tp saya rapat dgn kakak ke 2.dia beralah dan lembut sikit.kakak sulung sama angin dgn saya.mmg kami bergaduh memanjang.siap kutuk2 lg.sekarang ni jer yg okay.maklum dah berakal. nanti sambung bab sekolah pulak..

12 November 2009

Bila Emergency

Pernah tak terfikir kita akan berada dalam keadaan yang memerlukan bantuan orang lain seperti kita pengsan/lemas/kena heart attack?

ada tak orang di keliling akan buat CPR untuk kita?

senang dipelajari tapi bukan senang nak buat kalau tengah panik.

NABILA KE KLINIK

muka macam orang sakit tak?
ada la sikit-sikit.tapi nabila bukan sakit apa pun.saja mai klinik nak tunjuk tocang dia kat umie.hari ni nabila kena duduk dgn bb sitter lg.
selalu abah yg jaga.tapi minggu ni abah start sibuk semula.banyak order nak kena settle.
so pagi2 nabila dah kena angkut p rumah bb sitter.sian..tengah sedap lena umie terpaksa
angkat masuk keta.bila dah masuk keta mana boleh tido lg dah.terbeliak biji mata.
mujur nabila ni baik.tak menangis.senang jaga.
muka macam amoi pulak...tak cukup tido..
takpa..satg sambung tido kt rumah kakak.
abah pulun kerja la ni sebab abah ada target baru..
dah gila kt benda alah ni pulak..
(from google)
siap berangan nk kaler apa..(nak putih sb nak bg nmpk mcm moto polis)..
boh lampu kt mana..dah plan nk p konvoi plk tu...
man will always be a man...hmmm...layan jelah..
p/s..ayang..nanti konvoi avanza ayg jd marsyal naik moto..syg drive...ok dak?

11 November 2009

CONTEST - AKSI SI COMEL

Contest!!!contest!!! yang ni contest aksi si comel by tintacomellote. sila ke sini untuk dapatkan syarat2 penyertaan dan hadiah yg ditawarkan. aksi si comel saya yg sangat suka beraksi tp jarang dapat capture.. salah satu yg sempat di cekup... nama: nabila norfauziah tarikh lahir: 1/9/2006 umur: 3 tahun 2 bulan+ aksi:yang ni kat perdana beach resort masa konvoi bulan 6 thn ni. kat bilik resort kan ada pensil dgn memo pad...apa lagi. sikecik ni pun dengan penuh perasannya ambil pensil tu & tulis-tulis kat kertas sambil mata pandang2 kat atas...kononnya tengah fikir nak tulis apa ler tu.. kan kita kalau tgh fikir nak tulis apa kita pandang atas,ha..dia pun tiru jelah. Idea saya untuk penaja memberi keistimewaan kepada pelanggan.. ...dapatkan tarikh lahir pelanggan.setiap kali ulang tahun kelahiran mereka penaja boleh memberikan kad ucapan hari lahir sebagai tanda ingatan..bagi e card pun boleh. kepada kawan2 semua..jom meriahkan contest ni. penaja contest 1.http://comellotecollection.blogspot.com 2.http://muslimahonlineshop.blogspot.com

MomBloggersPlanet Cutest Baby In NATURE Contest

Contest lagi drp MOMBLOGGERS PLANET Tema bulan November - CUTEST BABY IN NATURE Untuk terma & syarat serta hadiah yang ditawarkan sila ke sini pihak yang terlibat dalam contest ini: 1. MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/ 2.PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/ 3.AliceWonders : http://www.alicewonders.com/ * * Ini gambar2 yang diambil semasa membawa anak2 berkelah/riadah nama: nabila norfauziah mohd azam tarikh lahir : 1.09.2006 Photobucket
7.02.2009..pantai teluk bayu p.pinang 28.3.2009 - air terjun lata bayu kedah
sangat suka main air sampai sejuk menggigil 15.08.2009 - taman hotel swiss inn sg petani
pusing2 senaman kaki sebelum terjun kolam
kebaikan membawa kanak-kanak keluar beriadah & mengenali alam sekitar?
semestinya untuk menenangkan fikiran mereka setelah seharian terkurung di rumah...
kanak-kanak pun stress juga.
biarkan kanak-kanak meneroka alam sekitar mereka supaya bila dewasa mereka menghargai pentingnya memelihara persekitaran agar sentiasa bersih.
memberi ruang untuk ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak dengan lebih ceria.
bagi anak istimewa seperti nabila ia adalah satu bentuk pembelajaran secara tidak langsung kerana bukan mudah untuk mengajar anak ini melalui buku.
oleh kerana itu kami sekeluarga sering mengadakan outdoor activity bersama anak-anak tak kiralah di mana...dan biasanya akan pergi bersama keluarga teman-teman.
Jutaan terima kasih kepada
Penaja BABY PHOTO CONTEST BULAN INI

10 November 2009

KAMPUNG OH KAMPUNG

hampir setiap hari kalau ada masa terluang fikiran saya pasti terimbau kpd kehidupan semasa kecil di kampung.saya sangat sukakan suasana itu.dan impian saya suatu hari nanti saya dapat kembali tinggal di sana.saya sudah siapkan rumah untuk itu walaupun belum pasti bila boleh menetap.sekali sekala kami pulang menjenguk.walaupun bukan di tapak asal rumah tempat saya membesar ia masih terletak di kg yg sama.di kelilingi pokok manggis yg telah berbuah dan saya menambah pokok rambutan dan mangga pula.rumah tempat saya dilahirkan & dibesarkan telah roboh dimakan usia kerana ditinggalkan tak berjaga (ada cerita pahit di sebaliknya).saya lebih suka kawasan rumah lama kerana terletak di tepi bendang/sawah..saujana mata memandang.kawasan udaranya juga menjadi laluan jet2 TUDM membuat latihan semasa saya kecil dulu.sekarang saya tak pasti mereka masih melalui kawasan itu @ tidak.walaupun tidak selalu tapi bila ada jet2 yg lalu di situ saya sungguh seronok.mereka bukan saja terbang rendah malah kadang2 terbang up & down...kejap tinggi kejap rendah.memang bising tp seronok.kawasan rumah saya memang luas.penuh dgn pokok buah2an.ada yg mmg di situ sejak saya lahir.ada yg ditanam oleh bapa saya.bapa saya mmg suka berkebun.segala macam pokok ditanamnya.semua menjadi.sekarang kalau musim buah dapat juga merasa hasil2 tanaman bapa saya tu.di ntara dua petak bendang yg paling hampir dgn rumah saya itu ada kawasan tanah yg agak luas.di kawasan ini bapa saya menanam pelbagai jenis sayur secara bergilir.jadi walaupun tak ad duit kami masih dapat makanan berkhasiat.sayur free.nak makan ayam sembelih jer ayam kt rumah..tapi nak tangkap ayam ni yg seksa.perlu kemahiran & kesabaran.beras pun free sebab ibu bapa saya tanam padi sendiri.saya pernah tengok ibubapa saya proses sendiri padi ni menjadi beras.sangat memenatkan..semua manual. kehidupan saya semasa kecil sangat susah tapi alhamdulillah kami adik beradik jarang jatuh sakit.cuma yg saya ingat masa umur saya sekitar 5 thn saya mendapat jangkitan telinga yg teruk.bernanah tapi tak sakit.kerana miskin kami tak ke klinik.akhirnya jangkitan tu sembuh sendiri.semasa darjah satu saya dapat kudis2 pada tangan.orang kg panggil kudis buta.mujur tangan kiri.masih boleh ke sekolah dan boleh menulis.tp saya malu bila kawan2 tengok.jadi saya tutup dgn sapu tangan.waktu rehat kakak saya tolong belikan makanan di kantin.masa tu dia darjah 3.puas letak ubat biru tak mau hilang juga (ubat ni diambil dari van kementerian kesihatan yg masuk ke kampung2 untuk memberi ubat secara percuma..tp botol kena bawa sendiri..recycle).gatal sangat.ada nanah lagi.pagi2 sebelum ke sekolah saya rendam dgn teh kelat yg suam.kemudian letak tangan kat tepi api dapur bagi rasa bahang panas..(dapur kayu jer).akhirnya bapa saya bawa saya ke klinik yg paling dekat dgn rumah..naik basikal.nak tahu klinik apa?bukan klinik biasa tapi klinik haiwan..itu jer yg paling dekat..takdirNya saya sembuh.tak taulah doktor tu bg ubat apa.sejak tu saya tak pernah dapat kudis sampailah sekarang walaupun sering menyentuh pesakit kulit..mujarab kan ubat tu..hihi.selepas tu saya cuma kena demam biasa masa darjah 4.sepanjang sekolah rendah saya ponteng sekali saja pada hari sekolah & sekali masa tuisyen..masa tuisyen tu pun ponteng sebab teringin sangat nk ponteng bila tengok kawan2 lain tak datang sekolah.bukan sakit apa pun.masa menengah tak ponteng langsung sebab dok asrama.masa matrikulasi pun tak ponteng.tapi bila masuk medic bermulalah episod ponteng kelas tapi pilih2 subjek jg. berbalik ke kisah zaman kanak2...banyak kenangan yg tak dapat saya lupa selagi ingatan masih baik..(ibu saya mengidap dementia/nyanyuk..mana tau satu hari saya mewarisi penyakit ini).salah satunya..masa umur sekitar 6 tahun saya telah mencederakan kawan sepermainan (budak lelaki yg lebih tua dr saya) dengan kapak.saya suka meniru perbuatan orang dewasa.jadi bila dapat kapak tu saya jadikan budak tu macam batang kayu..pernah tengok orang membelah kayu dgn kapak?budak tu baring terlentang.saya berdiri dgn mengadap bahagian kepala dia...angkat kapak & hayunkan ke kepala budak tu.nasib baik tak kuat.tapi berdarah jugalah kat dahi dia.kalau kuat mungkin dah arwah budak tu.saya dah tak ingat nama dia.tapi masa tu ibubapa tak campur sgt hal budak2.jadi takde adegan serang menyerang oleh ibubapa budak tu kpd ibubapa saya.kalau zaman sekarang masuk mahkamah agaknya. ........sambung kemudian...lenguh bahu dah..... pokok durian jiran kt tepi rumah baru suasana kampung yg sangat saya suka... masa ni kenduri kawen sepupu tahun lepas.

03 November 2009

BIZ BARU

selamat malam.. sibuk sungguh minggu ni..dalam proses mengubahsuai kedai.clinic still going on as usual.cuma nk buat new biz.sangat besar harapan & doa moga biz baru ni menjadi dgn baik..what is it?tunggulah..nanti akan diceritakan. lunch break pergi pilih tiles dgn kontraktor.then petang kemas2 barang yg ada dlm kedai tu..change biz so banyak nk kena bersihkan.kalau kedai kosong senang ler sikit.besok the renovation will begin. tonite ??..rest jelah...tp tak boleh kot..banyak baju nk kena lipat.asyik basuh jer ..lipatnya tidak..hopefully si kenit nabila tak kacau.btw yesterday p beli tricycle kt dia.bukan main excited lg.dlm supermarket tu pun dah nak naik.siap2 jerit dlm trolley sb tak bg dia naik.balik rumah berkayuh sakan..actually tak pandai berkayuh lg..tolak dgn kaki kt lantai jer.takpun abg dgn kakak kena tolakkan..kehkehkeh.gambar dia..tak sempat snap lg..nantilah..will come soon.