SENANG CARI

28 August 2009

renung-renungkan

saya dapat ni dr emel group sekolah saya.. just want to share.. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Siapakah orang yang manis senyuman nya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidakalpa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka...Waallahual am. Sama-samalah kita bermuhasabah diri...

27 August 2009

tag

Alahai...pandai plk mama niza tag teman...takper..teman jawab ek.. Gambar kt atas ni... inilah Nabila...anak special untuk kami sekeluarga Ngapa pilih gambar ni? suka tengok senyum dia tu.
.:: ANOTHER TAG ::. WHAT IS THE MOST IMPORTANT THING IN YOUR LIFE? Semestinya family..then my job
WHAT IS THE LAST THING THAT YOU BOUGHT WITH YOUR OWN MONEY? makanan buka puasa kemarin..hihihi
WHERE DO YOU WISH TO GET MARRIED? dah kawen pun...
HOW OLD DO YOU THINK YOU WILL BE PERMANENTLY OWNED BY UR LOVE? forever..insyaAllah
ARE YOU IN LOVE? semestinya..
WHERE WAS THE LAST RESTAURANT YOU HAD DINNER? RFC Sg Petani 3 days ago...
NAME THE LATEST BOOK THAT YOU BOUGHT? something about insurance agent..lupa plk tajuk dia..hehe
WHAT IS YOUR NAME? Zurida
DO YOU PREFER YOUR MOTHER OR FATHER? mother - untuk mengadu father - untuk sembang
NAME A PERSON THAT YOU REALLY WISH TO MET IN REAL LIFE FOR
THE FIRST TIME? Tun Dr Mahathir
CHRISTINA OR BRITNEY? none of them
DO YOU DO YOUR OWN LAUNDRY? yelah..sape lagi..kdg2 hbby tolong.
baju anak yg besar2 tu depa basuh sendiri..dah pandai dah
THE MOST EXCITING PLACE YOU WANT TO GO? niagara falls
CAMERA OR MP3 OR HP? HP
POINT OUT 5 THINGS ABOUT THE PERSON WHO TAGGED YOU
  1. nama dia hairulniza
  2. dah kawen 2 thn lebih
  3. ada anak 2
  4. dok kt selangor
  5. keja...housewife ... bestnyer dok umah

3 THINGS I SAY TOO OFTEN?

  1. cepat..cepat... (kat nabila sb dia suka main2 bila org nk cepat)
  2. wei!! apa sepah2 ni!!... kerap sgt cakap smpai dah jd habit
  3. makan kt ner ari ni yang?...hihi..tiap2 ari makan kt luar smpai x tau nk pilih kedai

BOOK I'VE RECENTLY? soalan ni x abis kot..beli ke baca?

4 SONGS I COULD LISTEN TO OVER AND OVER AGAIN?

  1. aku ada kerna kau ada by radja(lagu chenta kami)
  2. purnama merindu by siti...syahdu jer
  3. rama-rama by ella..suka lentok suara dia
  4. andai ku tahu by ungu...menginsafkan

THINGS THAT I LEARNED LAST YEAR?

sabar dalam banyak hal

8 PEOPLE TO TAG? sape2 jelah yg baca blog ni & rajin nk buat...k..

26 August 2009

mercun.. oh.. mercun

Baca paper hari ni ada berita budak umur 6 tahun putus 3 jari sebab main mercun.mercun zaman sekarang ni memang bahaya kot.tiap2 thn ada ja budak2 jd cacat.zaman dulu aku pun gila mercun jg tp taklah smpai cedera...alhamdulillah.zaman dulu kalau ada yg cedera pun budak2 yg kreatif jer..yg buat meriam tu.kerajaan haramkan mercun tapi awal2 puasa lg dah dengar bunyi berdentum.personally aku tak kisah orang main mercun sb kalau benda ni takde hari raya jadi mcm tak meriah...pada akulah.
Masa kat U dulu pun aku main mercun jg.masa tu aku first year.dah habis final exam & dok tunggu cuti nak balik umah.So dah boring2 tu aku dgn sorang member ni g komtar cari mercun.susah betul nak dapat tp last2 dah penat pusing tu dapatlah jg.malam tu kami pulun main..3 org jer.main kt tepi tangga hostel.sekali tu satu mercun yg kami cucuh landing betul2 kt tempat budak lelaki parking motor..punyalah suspen.nasib baik takde yang terbakar...hihihi..kalu terbakar mau masuk paper muka kami..then ada satu set tu yg besar sikit kami main last sekali.suspen jer masa cucuh sb tak penah main jenis tu.sekali bila dia terbakar...hualah..bunga api..wakaka..tapi asap punyalah banyak.dok syok2 main bunga api tu sambil posing2 pak guard mai.nak lari pun tak sempat dah..pak guard tanya..'kamu buat apa ni?'
sambil sengih2 kami cakap ler..'main bunga api pakcik.'dalam hati dok ingat nak kena bebel dah..sekali pak guard tu kata..'oo..takpalah..pakcik ingat ada benda terbakar'
then dia jalan terus jer..fuh..lega..
pas tu dah naik year 2 tak main dah ler...dah besar..hehehe.
tapi tahun ni rasa macam nak main balik pulak..nak main dgn nabila..ok tak.?
jangan jadi camni dahler..
aku suka nengok bunga api gini...cantik

25 August 2009

ANAK DERHAKA!!!!

Baca Metro hari ni? sangat menyakitkan hati...di bulan ramadhan yang mulia ini seorang anak lelaki sanggup memukul ibunya sehingga patah tangan... kerana kesalahannya sendiri..mencuri barang kemas ibunya. sungguh kejam lelaki ini.. lupakah dia semasa kecilnya tangan itulah yang
  • memeluk tubuhnya tika kesejukan
  • menyuapkan makanan ke mulutnya tika kelaparan
  • membelainya ketika dia menangis tanpa sebab
  • menghayun buaiannya
  • memberinya ubat ketika dia sakit
  • membasuh semua pakaiannya
  • memasak makanan untuk mengisi perutnya
  • melakukan segalanya untuk anak lelaki kesayangan..

memang lelaki ini menderhakai ibunya..semoga dia segera insaf dan bertaubat,selagi hayat ibunya masih ada.hidup kita tidak ke mana.semua menuju ke satu tempat yang sama.kenapa lelaki ini perlu lari setelah memukul ibunya?kenapa perlu takut kepada polis tetapi tidak takutkan hukuman Allah?

semoga anak-anak kita tidak termasuk dalam golongan lelaki ini.semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi Allah dari perkara yang tidak elok.semoga anak-anak kita menjadi hambaNya yang bertaqwa..amin..

dan kita sebagai isteri,jadilah menantu yang baik agar suami kita tidak termasuk dalam golongan anak derhaka hanya kerana melebihkan isterinya.. i luv u mom... nothing can ever replace it

****ingatan untuk diri sendiri jua****

23 August 2009

puasa ke budak ni???

salam ramadhan. hari ke dua dah ni..ujan jer dari petang kemarin.
best jg tak rasa dahaga.tp bisnes slow ler..it's ok anyway.
si kenit nabila pun macam org puasa jg.pagi susu sebotol jer dgn buah betik.petang susu sebotol dgn roti.pukul 6 lebih baru mkn nasi.biasanya by pukul 6 ptg susu dah 4/5 botol.nasi pk 1 tghari.tp kemarin dia pun tak kalut nk mkn.agaknya sb org lain tak mkn kot.time buka puasa bg dia main dgn pinggan2 plastik.langsung tak kacau.bolehla makan dgn aman.
Jom layan aksi nabila lepas buka puasa
....rumahku mmg sepah..wat tak nampak jer k..
gaya apa ntah ni..
gaya mengejek
mulut itik
muka 2 kupang
senyum gatai
muka comei muka hantu saja nak tayang gigi tajam

21 August 2009

meeting cum sweaming

sabtu 15.8.09 hbby & kengkawan dia buat meeting club kt swiss in.. mengambil kesempatan itu kita pun bawalah anak2 p mandi kt swimming pool hotel. hujan renyai2 pun dah tak kisah...punya suka mandi kolam.tp nabila kena angkat keluar sebelum ujan...takut demam... jom tgk gambarlah.. bila marsyal keta beli superbike jd ginilah..sempera abis..wakaka mr marsyal aka tuan punya s/bike - baju cream... macam susah ati jer tgk member pakat dok try.. baru sampai..testing rumput dulu puas hatilah boleh main air..org berenang,nabila jln2 dlm kolam. sib baik ada kakak yg rajin melayan. yg besar2 pun terpaksa main kt kolam budak sb tak bawa short. sini ikut dress code rupanya.

20 August 2009

BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST

Salam semua. hari ni jalan2 kt blog kawan2 terjumpalah pulak contest ni "BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST" kat blog gugu gaga mea zara. rasa teringin pulak nk masukkan nabila dlm contest ni. syarat-syaratnya ialah: 1. Jadi follower Mommy_Zara (set) 2. sila add banner di atas pada sidebar.. (set) 3. buat special entry untuk contest ini dan sertakan sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..(set) 4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri5 sila nyatakan bila gambar diambil. 6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k... Nabila Norfauziah Mohd Azam Tarikh Lahir : 01.09.2006 Gambar diambil pada 10.1.2009 Ni first time abah bg nabila duduk kat sit driver. Gambar diambil pada 24.7.09 Anak special abah.. puas dah ajar nabila.still tak boleh tunjuk 2 macam biasa. mesti naik jari kelingking dgn jari manis. that's about it.. p/s: ayang..jgn marah ek letak muka ayang kt sini..hihihi..

17 August 2009

sihat itu anugerah

salam & selamat tghari... sibuk sungguh minggu ni.tinggal 4 hari lagi nk puasa...semua kerja nak kena settle dlm 4 hari ni..boleh ke???ntahlah...kerja pun sibuk sb musim demam tak habis lagi. malam kelmarin pergi alor setar dengar talk ttg quantum pendant.sampai rumah around 2 am.siang kerja macam biasa. last night pergi dengar talk yg sama sekali lg tapi kat sp ja..discuss2 lepas talk at last sampai rumah pukul 2.30 pagi jg..ergh...tak cukup tidur ni...hari ni mengantuk sikit tp alhamdulillah still boleh kerja. kepada yg nak tau..(yg tak berminat xper) quantum pendant ni sangat elok kita guna untuk kesihatan secara umum.yg ada penyakit insyaAllah boleh pulih..yg belum sakit daptlah meningkatkan tahap kesihatan.tambah2 musim jangkitan macam ni. saya sedang menggunakan pendant ini untuk diri saya & family.alhamdulillah walaupun terdedah dgn kuman batuk/selsema ni tiap2 hari,setakat ni saya belum dijangkiti.sakit lutut pun dah kurang walaupun kena banyak bergerak kt tempat kerja.rasa lesu pun takde cuma mengantuk sebab tak cukup tidur. sesiap yg berminat nk tau boleh hubungi saya.kat blog jusmate5-ida.blogspot.com ada no saya. blog khas untuk pendant ni in progress.
ceramah oleh Dr Fadil
kulit tidak melecur bila di layur api
keseimbangan badan lebih baik bila menggunakan pendant

13 August 2009

tawakal jelah...

Eh..eh...banyak harinya tak tulis kt sini..rasa mcm baru jer..cepat betul masa berjalan. so..what's up?ari ni tak bz sgt kt tempat kerja.kecoh H1N1 pun macam dah kurang jer.walaupun kt paper still report banyak kematian.sometimes i just wonder...before H1N1 how many death per day due to pneumonia?i guest a lot but never reported in paper coz nobody bother to know. biasalah..manusia.. la ni kalau jumpa org pakai macam ni kt mana2 dah tak pelik..yg tak pakai plk jd pelik.walaupun tak 100% protection tp better than nothing..kan..aku sdiri tak pakai pun...hihihi..tak selesalah nk bercakap dgn org.kalau kt OT oklah...KKM jgn marah yer...Apapun..aku tawakal pad Allah.lg satu..aku ada guna something yg aku rasa membantu (in a way)...nak tau amende?? benda ni...quantum pendant.. nak tau lebih lanjut??? tungguuuuu....wakaka.. alhamdulillah...dengan izin Allah aku masih diberi kesihatan yang baik. kita berusaha..kemudian tawakal...selebihnya atas kehendakNya jua..

06 August 2009

Hmmmm....bestnyer hari ni...ujan dari pagi..punyalah sedap tidur sampai anak tak pegi sekolah..hahaha...cemana nak gi...sedar2 dah 7.30 pg..org dah masuk kelas pun..
subuh pun dah habis...qada la jawabnya..ish...tak baik betoi..
tapi yang tak bestnyer masuk ari ni dah 3 hari yot tak BO (uuk..uuk)..sian yot.nanti bila nak buang mesti nangis2.pagi td dah masukkan ubat sembelit dlm susu dia.balik tghari tak buang lagi.so bg sekali lg.balik keja mlm ni nk tgk cemana.kalau tak jalan gak kenalah bg enema.bab enema yg paling umi dia tak gemar.bkn apa..nanti yot mcm sakit sgt nk BO.siap jerit lg.kdg2 airmata umi pun nak menitik jg bila yot meraung.tp tahan jugalah sb tak mau hbby & anak2 tgk..hehe..segan jg.
yot lahir tanpa lubang punggung (imperforate anus..common in down's syndrome).so kecik2 dulu dia dah kena operate utk buat saluran tu.saluran artificial mana nak sama dgn ori.kalau buang tiap2 hari dia oklah.bila selang jer...kesakitanlah yot...tapi yot tak bebal..walaupun nangis jerit2..lepas abis BO boleh terus gelak2..macam takde apa2..
moga yot sihat selalu...

04 August 2009

H1N1 all around

ish...lamanya tk jenguk blog ni... bz sikit this week. H1N1....make me 'pening' increasing number of cases..increasing number of death.. plus at this time around..every year is like a season for respiratory tract infection. with this new virus..people are more aware @ afraid??? for me...tawakal kepada Allah.. everyday i pray all my patients get well.. whatever illness they have..i just want them to get better.. and i always pray deep in my heart... whatever germs landed on my body doesn't go to my family... especially the kids.. amin...